Monday, 30 March 2015

PEMUDA UMNO PERLU TERAJU PERPADUAN UMMAH DEMI KELANGSUNGAN NEGARA BANGSA

Menyelaras persidangan perwakilan cawangan Taman Wira Block E, Dun Bakar Bata
1. Segala puji-pujian kepada Allah SWT dengan limpah rahmatNya kini sidang mesyuarat cawangan-cawangan Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Alor Setar sedang berjalan lancar penuh harmoni dan barakah. Lebih menarik melihat begitu ramai ahli Pemuda UMNO di Bahagian ini yang hadir bersidang, memberi tanda komitmen perjuangan yang tinggi di kalangan anak-anak muda di UMNO Bahagian Alor Setar. Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada ketua-ketua Pemuda UMNO Cawangan yang begitu bersemangat menganjurkan persidangan cawangan masing-masing. Meskipun sederhana majlisnya, namun pertambahan jumlah kehadiran ahli Pemuda UMNO di setiap cawangan itu begitu meriah dan amat saya hargai.

2. Boleh dikatakan setiap kali berucap di hadapan Pemuda UMNO di bahagian kami, saya sering menekankan tentang erti jatidiri seorang Islam, seorang Melayu dan seorang anak Tanah Melayu. Pada saya, asas kefahaman Islam yang kuat, memperjuang kepentingan bangsa bumiputera di tanah tumpah darah sendiri dan mendaulatkan tanahair dengan sifat patriotisme yang tinggi amat penting bagi seorang anak Melayu Muslim. Islam sebagai tonggak teratas dan di dalamnya terkandung mengenai cintakan keturunan bangsa dan tanahair. Perkara berkenaan perlu tersemat di dada pendekar muda Melayu di zaman serba mencabar ini.

3. Di zaman awal saya berjinak-jinak dengan politik, ramai di kalangan rakan-rakan yang bertanya apakah yang akan saya 'dapat' sekiranya saya menyertai UMNO. Saya tercengang dengan pertanyaan tersebut. Pada saya, bukan soal 'apa yang saya dapat', tapi sebenarnya 'apa yang mampu saya sumbangkan' demi agama, bangsa dan negara. Saya jelaskan bahawa selain darah perjuangan UMNO yang mengalir dalam tubuh ini, saya menegaskan bahawa saya memerlukan sebuah platform untuk melontar kesinambungan perjuangan tradisi anak Melayu yang amat tebal di jiwa saya. Di dalam diri saya, tersemat pertanyaan tentang apakah yang boleh saya sumbangkan untuk Islam, bangsa Melayu dan Tanahair. Dari kecil lagi saya melihat dan menyelami perjuangan itu dari susur galur tradisi keluarga dan saya tidak mahu ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada perjuangan 'alif, ba, ta', meskipun sekecil hama...

4. Menyertai UMNO merupakan antara perkara terbaik yang pernah saya lakukan. Mungkin jasa saya tidaklah sehebat Tunku Abdul Rahman Putraj Al-Haj atau tidaklah sebanyak jasa ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad, namun dengan segala kudrat, kelebihan dan kemampuan yang dikurniakan Allah SWT, saya sebagai anak Melayu tahu tanggungjawab saya terhadap Islam, bangsa Melayu dan tanahair, serta bertekad untuk menunaikan tanggungjawab tersebut sedaya mampu. Meskipun tidak seberapa, namun akan saya teruskan jua hingga ke akhir hayat dan saya ucapkan terima kasih kepada seluruh warga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar yang kini dipimpin oleh Tuan Syed Abdul Hafiz bin syed Mustafa kerana memberikan ruang dan sokongan seluas-luasya untuk saya berbakti selama ini. Berbanyak terima kasih saya ucapkan.


5. Di zaman serba mencabar seperti sekarang, saya berpandangan bahawa ahli Pemuda UMNO memerlukan semangat dan jatidiri anak Melayu yang sangat kuat. Dakyah gerakan liberalisasi bangsa dan terlalu berkonsepkan "takpa" atau "biarlah" mampu mengikis jatidiri anak bangsa Melayu, khususnya tentang sesuatu yang membabitkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Sebagai contoh, di saat UMNO dan PAS bersatu dalam hal ehwal Islam seperti isu Palestin dan enakmen hudud, ada pula suara-suara 'nakal' yang mengganggu-gugat perpaduan berkenaan. Belum pun UMNO dan PAS bersatu di dalam satu kesatuan, sudah ada 'jemuan' yang menyuarakan persepsi buruk mereka terhadap usaha penyatuan tersebut. Tidakkah mereka rasa bersalah menidakkan firman Allah SWT yang menyeru supaya umat Muhammad SAW ini supaya bersatu?

6. Semalam, saya bersama kepimpinan pemuda UMNO Kedah yang diketuai oleh Dato' Saiful Hazizy bin Zainol Abidin baru selesai membuat laporan polis terhadap Malaysia Insider yang secara terang terang berbuat Fitnah terhadap Majlis Raja-Raja dalam isu kononnya Enakmen Hudud yang sedang diketengahkan PAS ditolak dalam majlis Raja-Raja. Kita amat mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan secepat mungkin terhadap cubaan Hasutan seperti ini yang cuba mengheret Raja -Raja dalam polemik politik. Di mana letaknya nilai hormat terhadap Raja-Raja Melayu sehingga Majlis Raja-Raja sendiri dipolitikkan oleh Malaysian Insider yang jelas pro -pembakang?

Laporan polis terhadap portal pro-pembangkang, Malaysian Insider, kerana memfitnah Majlis Raja-Raja semalam
7. Ini adalah satu cubaan untuk memanipulasi fungsi Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di setiap negeri kononnya hasrat yang dipimpin PAS ini tidak diperkenankan walhal perkara ini baru sahaja diutarakan dan diluluskan di sidang DUN Kelantan, belum pun lagi dibuat sebarang bacaan dalam parlimen pun. Saya penuh percaya ini adalah satu konspirasi sekutu PAS sendiri dalam usaha merobek robek sinar perpaduan umat Melayu yang kini semakin dilihat semakin dituntut. Percaya la, "YAHUDI KECIL" berada di kalangan kita dan seharusnya kita berwaspada dan beringat ingatlah, Perpaduan bukanlah isu politik, Perpaduan adalah isu nasional yang harus didahului oleh umat Islam kita sendiri.

8. Saya masih ingat lagi di zaman tahun 80'an dahulu, di saat tercetusnya fatwa dari Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang "mengkafirkan" UMNO dengan alasan bersekongkol dengan parti politik bukan Islam, umat Islam di Malaysia terbahagi dua dan berpecah belah berdasarkan fahaman politik masing-masing. Malah ketika itu ada suami isteri yang bercerai berai, anak dan bapa putus ikatan keluarga, solat dua imam berlaku di masjid-masjid, enggan makan kenduri dengan alasan sembelihan orang UMNO itu 'haram', dan ada pula yang sanggup berparang hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza. Dalam pengamatan saya, meskipun perkara-perkara tersebut semakin berkurangan di zaman ini, namun ia tetap lagi masih berlaku. Malah ada lagi ahli PAS yang memandang 'jijik' pada rakannya yang menjadi ahli UMNO dan begitu juga sebaliknya. Soalnya, apakah itu sikap atau akhlak yang dianjurkan oleh Islam?

9. Justeru itu, saya gesa supaya semua umat Islam khususnya golongan muda supaya membuang budaya permusuhan tersebut dan mengembalikan ukhuwwah serta persaudaraan sesama kita. Islam yang sebenar mengajar kita supaya berlaku adil terhadap golongan bukan Islam dan berkasih sayang antara sesama muslim. Apakah kita wajar menolak ajaran yang disampaikan Rasulullah SAW itu? Firman Allah SWT di dalam Al-Quran;
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat," (Surah Al- Hujurat, ayat 10)
Saya bukanlah seorang yang hebat ilmu agamanya, apatah lagi layak bergelar ustaz. Namun saya yakin dan faham berdasarkan ayat diatas bahawa Allah menegaskan bahawa seluruh umat Islam di dunia ini adalah bersaudara dan kita diwajibkan untuk memperbaiki hubungan sesama kita yang sebelum ini tercemar gara-gara fahaman politik. Ingatlah bahawa kita amat mendambakan rahmat dari Allah SWT di dalam hidup di dunia ini sementara menuju ke akhirat yang menjadi matlamat kita yang sebenar, bukan?


10. Ketahuilah bahawa kita generasi muda ini adalah harapan bagi kesinambungan perjuangan Islam, bangsa Melayu dan bumi bertuah yang pernah bernama Tanah Melayu ini. Kitalah yang patut berada d barisan hadapan. Berbekalkan ilmu di dada, semangat jitu yang pantang berundur ke belakang dan kudrat muda yang diberikan Allah SWT, kitalah yang sewajarnya mempertahankan perjuangan warisan nenek moyang kita dari penjajahan alaf baru khususnya dari "yahudi mata sepet" yang enggan menghormati kontrak sosial dan pengorbanan kita dalam konsep 'jus soli' sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan. Sebagai golongan muda yang mewarisi kemerdekaan, menikmati keamanan dan pembangunan negara secelik mata di bumi penuh barakah ini, kita anak muda perlu menjadi benteng mempertahankan nasib Islam, Melayu dan tanahair. Kitalah harapan anak bangsa...

11.Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh generasi muda tidak mengira UMNO atau PAS, 'buanglah yang keruh, ambillah yang jernih'. Buangkan permusuhan sejauh mungkin dan kembalikan semangat ukhuwwah sesama kita tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya. Kita satu kiblat ke arah Islam, dan bukannya menongkat langit dengan fahaman politik sempit yang memecah-belahkan sesama kita. Berpeganglah kepada 'tali Allah', insyaallah kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Laporan polis terhadap portal biadap Malaysian Insider kerana memfitnah Majlis Raja-Raja
12. Suka saya mencadangkan, bahawa Pemuda UMNO perlu mendahului walhal perpaduan ini dengan mengadakan wacana wacana ilmu dengan semua parti politik dan NGO untuk mencari titik pertemuan dan persetujuan bersama atas tiket penyatuan umat. kepentingan politik harus kita ketepikan dan kita harus menunjukan JIWA BESAR kita untuk menjadi peneraju bangsa Malaysia. kita sering terlupa, bahawa dengan berjiwa besar inilah impian kemerdekaan negara kita tercapai, dengan jiwa besar ini jugaklah kita dahulunya dihormati lawan dan kawan dan setrusnya dengan berjiwa besar inilah orang melayu diberikan tempat sebagai pemimpin masyarakat Malaysia. 

13. Saya hanya mampu menyeru, menggesa dan memberi saranan selain cuba bertindak di atas landasan kebenaran sedaya yang saya mampu. Seikhlas hati meluah pandangan di blog untuk dikongsi bersama, saya menyerahkan pada para pembaca untuk menilai suara perjuangan saya. Terserahlah untuk menerima atau menolak pandangan ini kerana saya percaya kepada kebebasan bersuara selagi tidak menyalahi hukum Allah dan undang-undang negara. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah di dalam perjuangan yang belum selesai ini... kerana "di sinilah lahirnya sebuah cinta"...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.