Kenyataan Media
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Anwar Sebagai Banduan
Tidak Layak Diberi Keistimewaan Ke Parlimen!
Baru-baru ini, Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dilapor telah mendesak pihak Kerajaan, Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Peguam
Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk membenarkan Ketua Umum parti itu,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk dibenarkan hadir ke siding parlimen bermula pada
9 Mac hingga 9 April ini.
Justeru itu, saya, Syed Mohd
Johan Rizal, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian AlorSetar menegaskan bahawa desakan
yang dibuat oleh PKR itu tidak wajar dilayan sama sekali dan membantah keras sebarang
usaha untuk membawa Anwar ke sesi parlimen kali ini berdasarkan beberapa alas
an seperti berikut;
i. Meskipun masih sah sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh, ianya hanyalah bersifat “procedural” yang mana SPR hanya mengikut ketetapan member ruang untuk
keputusan Seri Paduka Baginda DiPertuan Agong member pengampunan DiRaja ataupun
tidak. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati bersalah dan dia merupakan penjenayah
seksual dan telah ataupun sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun. Apakah kekebalan
dan suaka ataupun keistemewaan patut diberikan kepada penjenayah? Sebagaimana
yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Sebagai seorang penjenayah
yang kini bergelar banduan untuk kali kedua, beliau perlu menjalani hukuman singkat
tersebut di penjara sebagai pengajaran terhadap jenayah yang dilakukan kira-kira
tujuh tahun lalu.
Seorang penjenayah yang dipenjara
mahkamah perlu menjalani hukuman di penjara, bukannya bebas keluar masuk ke parlimen.
Seorang pemilik syarikat sudah tentu tidak akan dibenarkan keluar penjara untuk
menguruskan perniagaannya selagi tidak menghabiskan hukuman yang telah ditetapkan
mahkamah.
ii. Sebagai seorang pemimpin yang
kononnya percaya pada prinsip keadilan beliau telah disabitkan dengan jenayah,
Anwar (DSAI) perlu menghormati hukuman serta mendaulatkan undang-undang, dan menjalani
hukuman penjara tanpa sebarang keistimewaan berbanding banduan yang lain.
Status sebagai Ahli Parlimen yang diberikan status Yang Berhormat (YB) tidak kirai ndividu dari mana-mana parti,
jika Anwar (DSAI) diberikan hak ini, ini adalah satu penghinaan pada mahkamahpersekutuan
(contempt of Court) , Keluhuran Perlembagaan
dan penghinaan pada kemuliaan Parlimen serta ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Ditegaskan sekali lagi, jika perkara
ini berlaku, ini merupakan sejarah dan akan menjadi “precedent” rujukan untuk Parlimen kita dilabelkan sebagai pelindung
kepada penjenayah dan kita tukar status Ahli-ahli Yang Berhormat kepada ‘Yang
Terhina’ ataupun buang terus status ini pada Ahli Parlimen.
iii. Sekiranya Anwar dibenarkan hadir
ke parlimen, bebas keluar dan masuk penjara, maka ia akan menjadi contoh di
masa hadapan di mana penjenayah atau banduan yang lain dipenjara akan memohon keistimewaan
yang sama seperti itu untuk bebas keluar masuk penjara dengan pelbagai alasan. Perkara
tersebut tidak wajar dibenarkan sama sekali berlaku di atas nama kedaulatan undang-undang.
Apa yang saya mahu tegaskan,
kedaulatan undang-undang dan badan kehakiman negara akan dipandang rendah serta
kurang diyakini sekiranya tidak bertindak tegas terhadap penjenayah, sekaligus meranapkan
prinsip rukunegara ke-4 yang didokong rakyat Malaysia selama ini.
iv. Hukuman terhadap Anwar bukanlah
berunsur politik dan beliau dibicarakan secara adil dan saksama di tiga buah mahkamah
dengan mengikut prosedur perundangan. Justeru itu, tidak perlu dipolitikkan hukuman
penjara terhadap Anwar dan beliau perlu menjalani hukuman tersebut tanpa sebarang
pertikaian lagi. Tindakan kelompok DSAI ini hanyalah untuk mempolitikan keputusan
ini dengan kononnya bersenlidung di sebalik status Ahli Parlimen beliau dan saya
yakin ia adalah untuk menarik perhatian rakyat terhadap beliau yang telah terhakis
dan rakyat sudah tidak lagi mempedulikan beliau dan saya percaya ini adalah gimik
politik yang cuba dilacurkan oleh beliau dan kelompoknya.
Saya percaya dalam sedikit masa lagi
keputusan pengampunan DiRaja oleh Seri Paduka YDPA tidak akan berpihak pada beliau,
kerana DYMM SPB YDPA bersikap adil dan saksama dan lebih ramai lagi penjenayah mahupun
banduan yang telah insaf telah menunggu lama untuk mendapat pengampunan
tersebut. Siapa Anwar??? Seorang banduan yang telah insaf? Mengikut rekod ini adalah
hukuman yang kedua atas jenayah yang sama, tiada unsure keinsafan yang
ditunjukan beliau.
Akhirnya, saya yakin bahawa permohonan
untuk membenarkan Anwar hadir ke siding parlimen kali ini adalah merupakan satu
lagi permainan politik jijik pihak PKR untuk mempermainkan Kerajaan Malaysia,
Kementerian Dalam Negeri, Speaker Dewan Rakyat, Peguam Negara dan kemuliaan Dewan
Rakyat. Kita membantah usaha politik murahan PKR ini yang cuba untuk membina persepsi
buruk terhadap kedaulatan undang-undang negara.
Banduan tetap banduan dan tempatnya
adalah di penjara, bukannya bebas seperti rakyat Malaysia yang lain atau Ahli Parlimen
lain yang tidak melakukan kesalahan jenayah sepertinya. Anwar sebagai banduan tidak
layak diberi keistimewaan!
Yang benar,
AJKPergerakanPemuda UMNO Negeri Kedah
NaibKetuaPergerakanPemuda UMNO
BahagianAlorSetar.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.