1. Senario politik negara baru-baru ini memperlihatkan kem gabungan pakatan pembangkang semakin goyah khususnya di antara PAS dan DAP yang saling bertikam lidah antara satu sama lain. Perkembangan semasa itu menyaksikan PAS seakan sudah disepak, diterajang dan dicerai buat kali ke-2 oleh DAP. Namun entah mengapa, yang menjadi persoalannya kepada LGE hanya menujukan secara khusus hanya kepada Ustaz Hadi?? DAP kelihatan seperti masih mahu komitmen dari PAS dan tanpa balasan seolah PAS seakan masih setia mahu bersuamikan DAP. Dalam keadaan ini, isu hudud seolah menjadi pencetus pada segalanya.
2. Tatkala PAS membentangkan Enakmen Hudud di sidang DUN Kelantan pada 18 Mac lalu, UMNO yang semenjak 1951, dimaki, diceraikan PAS, dihina dan dilibatkan dalam semua polemik akhirnya atas dasar kerana mahukan keredhaan Allah SWT, sanggup bersama dalam satu saf perjuangan memahat kekuatan ummah. Malah segala amarah dan ketidak sefahamn politik masa lalu dibiarkan. Maka usul dan Enakmen Hudud disokong oleh Adun-Adun UMNO sebulat suara di sidang DUN berkenaan. Dan sehingga hari ini juga, UMNO masih tidak punyai apa-apa halangan terhadap usaha PAS itu termasuk kehendak parti tersebut yang mahu membawa usul hudud ke Dewan Negara bagi mendapatkan kelulusan Parlimen.
3. Sedar atau tidak, secara jelas UMNO telah membuktikan komitmennya, lampu hijau yang diberikan untuk membuka laluan perjalanan kesatuan telah dihidangkan, saya berdoa moga moga USTAZ HADI memulakan langkah setapak lagi ke arah perpaduan. Mulakan langkah wujudkan kerajaan perpaduan di Kelantan bersama BN. Kerana saya menjangkakan tindakan itu bakal menitipkan sejarah baru perpaduan umat Muhammad SAW dibumi bertuah bernama Malaysia ini.
4. Demikianlah sebuah ceritera kita umat Islam di Malaysia di mana selama berpuluh-puluh tahun UMNO telah disumpah seranah PAS, walaupun ribuan kebajikan UMNO taburkan dan tidak pernah sekali pun UMNO ‘melacurkan’ lidahnya semata-mata mahu mengeji saudara seagama. Kini, dek kerana aturan hukum Tuhan, PAS pula saban hari disumpah, dimaki oleh suami tersayangnya DAP sehingga ke tahap dikatakan Presiden PAS bertaraf ulama sebagai orang yang tidak ‘bermaruah’!
5. Soalnya, di mana nilai kehormatan yanng LGE letakan pada status Ustaz Hadi, seorang yang selama ini yang mempunyai prinsipal perjuangan nilai islam yang tinggi dalam gerakan Islam PAS? Beliau dan PAS yang selama ini berada di atas landasan Pakatan Rakyat telah banyak mengorbankan prinsipal-prinsipal PAS dengan beristilahkan 'tahaluf siyasi' PR?? Keberanian DAP dalam masa yang sama telah membuktikan benih pluralisme dan agen penyanggah di dalam PAS yang bertindak serta bersuara seolah seperti anti-ulama yakni PASMA,yang telah giat menjalankan aktiviti kononnya di atas nama tarbiyah, sedangkan mereka sebenarnya hanyalah umpama anai-anai yang tergamak memakan komitmen Islam PAS selama ini dari dalam demi kuasa politik.
6. Jika benar, percaya atau tidak, adalah tidak mustahil bagi DAP untuk menggabungkan PASMA dan PARTI KITA atas nama ‘parti perikatan’ untuk mencabuli sejarah dan mengaburi mata rakyat. Sekiranya itu berlaku, maka sahlah PAS yang asal sudah dicerai 'talak tiga’ oleh DAP akan berpecah belah, sementara PKR hanya senyum melihat PAS hancur di depan mata mereka...
7. Saya tertanya-tanya, prinsip tahaluf siyasi jenis apakah ini?? Apa yang jelas bagi saya, ianya umpama ibarat air dan minyak. Ia seolah mimpi ngeri yang tidak mahu dikongsi dan menjadikan persekongkolan antara PAS dan DAP itu seakan hubungan ‘haram’ yang tidak diakad nikah dengan saksi yang betul yang kemudiannya dinikahkan pula oleh sindiket perkahwinan palsu! Itulah yang berlaku pada kaca mata saya.
8. Mungkin inilah realiti yang bakal terjadi bila sesebuah perkahwinan itu dilangsung tanpa restu ibu bapa, dan juga restu ahli dan pejuang tulen di peringkat akar umbi. Perkahwinan PAS, DAP dan PKR ternyata hubungan tiga segi yang sulit lagi menyulitkan. Bukan lagi ibarat ‘telur di hujung tanduk’, malah sudah melampaui batas. Bubur dimasak sudah hangit dan kering airnya, namun malang langsung tidak boleh dijamah...
9. Justeru kerana itu, saya yakin pintu UMNO senantiasa terbuka. Komitmen UMNO sudah jelas menunjukkan bahawa atas nama untuk mencapai citra kesatuan ummah, kepentingan Islam dan mendahulukan segala usaha untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sudah sampai masanya PAS dan UMNO kembali bertaut dalam satu saf sepertimana yang sudah terjalin pada tahun 1974 dahulu. Atas dasar ukhuwwah dan saudara seagama, jika bertelingkah sekalipun hanyalah persis 'carik-carik bulu ayam'.
10. Namun, apa yg peliknya pada pandangan saya apabila Guan Eng menyerang Ustaz Hadi secara peribadi, dan ia seolah satu signal jelas yang cuba disampaikan DAP bahawa mereka mempunyai agenda jijik yang tersirat. Kemungkinan besar saya boleh simpulkan tindakan dan DAP itu sendiri sebagai "Yahudi kecil Malaysia" yang cuba memporak-perandakan kesatuan ulama, golongan profesional, ahli-ahli, para penyokong dan mereka yang bersimpati pada PAS. Pada saya, "Yahudi" DAP INI CUBA MENGAMALKAN KUASA DIVIDE & RULE, dasar pecah dan perintah yang pernah diamalkan penjajah British di negara kita dulu. Ini adalah satu pembunuhan karekter kepada siapa yang cuba mengagalkan atau menggugat impian DAP, bukan impian Pakatan Rakyat. Bersandarkan matlamat yang menghalalkan cara itu, saya percaya tindakan DAP itu juga merupakan signal bahawa DAP AKAN MENJADI "PENAJA" UNGGUL KEPADA SIAPA SAHAJA YANG BAKAL MENENTANG ABDUL HADI DI PEMILIHAN PAS KELAK. Sekiranya perancangan DAP itu berjaya nanti, Presiden PAS "boneka DAP" bakal dinobatkan. Maka di saat itu, jangankan segala hasrat untuk melihat perpaduan ummah, malah segala impian kita melihat kembali semaraknya perpaduan "Melayu Muslim 1946" hanya tinggal sejarah. Jangan menyesal ketika itu...
10. Namun, apa yg peliknya pada pandangan saya apabila Guan Eng menyerang Ustaz Hadi secara peribadi, dan ia seolah satu signal jelas yang cuba disampaikan DAP bahawa mereka mempunyai agenda jijik yang tersirat. Kemungkinan besar saya boleh simpulkan tindakan dan DAP itu sendiri sebagai "Yahudi kecil Malaysia" yang cuba memporak-perandakan kesatuan ulama, golongan profesional, ahli-ahli, para penyokong dan mereka yang bersimpati pada PAS. Pada saya, "Yahudi" DAP INI CUBA MENGAMALKAN KUASA DIVIDE & RULE, dasar pecah dan perintah yang pernah diamalkan penjajah British di negara kita dulu. Ini adalah satu pembunuhan karekter kepada siapa yang cuba mengagalkan atau menggugat impian DAP, bukan impian Pakatan Rakyat. Bersandarkan matlamat yang menghalalkan cara itu, saya percaya tindakan DAP itu juga merupakan signal bahawa DAP AKAN MENJADI "PENAJA" UNGGUL KEPADA SIAPA SAHAJA YANG BAKAL MENENTANG ABDUL HADI DI PEMILIHAN PAS KELAK. Sekiranya perancangan DAP itu berjaya nanti, Presiden PAS "boneka DAP" bakal dinobatkan. Maka di saat itu, jangankan segala hasrat untuk melihat perpaduan ummah, malah segala impian kita melihat kembali semaraknya perpaduan "Melayu Muslim 1946" hanya tinggal sejarah. Jangan menyesal ketika itu...
11. Realitinya kita punya banyak agenda bersama. Mimpi yang pernah PAS dan UMNO kongsikan selama ini boleh digarap dan digilap semula. Natijahnya bila kesatuan ummah sudah disimpul jalin, kestabilan politik negara sekaligus akan terjamin. Kerana hak majoriti kian terlindung, tiada apa lagi yang mahu dibangkitkan melainkan kemakmuran negara di masa akan datang. Maka tercernalah Malaysia sebagai sebuah negara aman untuk semua, sebagaimana Islam, rahmatan lil 'alamin, yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Percayalah! Dominasi dan kekuatan politik ummah menjadi penentu bagi kelangsungan tamadun Malaysia dan semua kaum yang beranung di bawahnya. DEMI DOMINASI, DEMI ISLAM, DEMI BANGSA PERTIWI...ALLAHU AKBAR!!!...DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.