Wednesday, 18 March 2015

PASCA KONVESYEN UMNO KEDAH 2015; KEBANGKITAN ADIWIRA DICELAH KONFLIK PENODAAN DAN PERPADUAN

Kepimpinan UMNO Negeri Kedah.. Hidup Melayu.. Allahu Akbar..!
1. Alhamdulillah, Konvensyen UMNO Negeri Kedah baru saja berakhir dan berjaya mencapai beberapa resolusi tunjang bagi seluruh warga parti di serata-rata bumi bertuah ini. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur, khususnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir dan semua yang terlibat dalam menjayakan konvensyen berkenaan. Amanat, ucapan-ucapan, perbincangan dan resolusi tercerna dengan baik dalam tempoh dua hari konvensyen berlangsung. Tahniah sekali lagi. 

2. Amanat yang jelas telah disampaikan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak. Istilah "jemuan" dari beliau telah viral diperkatakan di seluruh negara. Beliau jelas memberi amaran menerusi istilah tersebut di samping beberapa peringatan lain seperti 'cantas-mencantas', 'adu domba', 'dua kem' dan perkara yang mampu menjejaskan parti dari dalam. Sudah tentu kita tidak mahu menjadi seperti PAS yang kini dilanda krisis dalaman yang begitu serius, bukan?

3. Menarik sekali ketika disebut Presiden tentang 'jemuan', ramai yang berada di dalam dewan bersorak menyokong, bersetuju dengan wujudnya 'jemuan' UMNO di Kedah. Justeru, berwaspadalah! Dalam kita ghairah dalam berbicara tentang 'jemuan', mungkin ada 'jemuan' yang turut bersorak bersetuju di dalam dewan konvensyen atau diluar sana, tanpa menyedari bahawa mereka juga adalah salah seorang dari 'jemuan' tersebut, bukan? Justeru itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan mengubah diri kita untuk kembali kepada landasan matlamat kita untuk terus kekal relevan menakhoda zaman. KITA PASTI TIDAK MUNGKIN KECUNDANG DEK LAWAN, TAPI PASTI AKAN KECUNDANG DEK PENODAAN KITA SENDIRI.

4. UMNO tidak mampu untuk berada dalam konflik hari ini kerana dikala Pakatan Rakyat dilanda krisi demi krisis UMNO terus diberi kepercayaan dan harapan untuk metunjangi kerajaan, menjadi a "good listener" kepada rakyat, menjadi Adiwira bangsa umat Islam rantau ini. Ucapan dari Dato' Seri Mukhriz, membawa kita semua supaya melihat bahawa UMNO senantiasa berada dalam keterterbuka dalam menerima teguran atau kritikan membina dan berhemah. BERMUAFAKATLAH, rapatkan barisan, tinggalkan segala kesilapan lalu kerana beliau mahu bangsa Melayu Kedah kembali kepada kegemilangan lampau sepertimana tertulisnya sejarah kita dalam kepelbagaian bidang menerajui agama, menakhoda nasionalisme bangsa dan kepemimpinan negara. Sejarah yang dikemukakan Dato' Seri Mukhriz membuktikan Melayu Kedah kental semangatnya sejak di zaman sebelum merdeka lagi. 

5. Saya dengan penuh kepercayaandan harapan, melalui kepimpinan sedia ada, segala resolusi yang dibentang sebelum konvensyen berakhir dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang benar-benar serius dan berkesan. Bagi barisan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah dengan kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang senantiasa mencari wadah relevansi terhadap manisfestasi dan aspirasi anak muda, saya yakin bahawa resolusi konvensyen itu akan dijadikan garis panduan yang akan memantapkan lagi perjuangan agama, bangsa dan negara yang kami dokong selama ini. Insyaallah. Doakan perjuangan kami...

6. Pada pandangan saya, sebagai pemimpin orang muda,  kami akan terus semarakkan lagi perjuangan parti keramat umat Melayu ini. Asas fahaman agama yang fundemantel, penuh keserderhaan "Wasatiah" dalam langkah yang progresif dilihat mampu memupuk perpaduan dominan umat melayu Islam tanpa perlu melacurkan 5 asas perlembagaan negara  dan jatidiri anak bangsa menjadi ramuan yang sangat penting dalam mempertahankan kuasa politik orang Melayu. Saya yakin, dengan asas agama yang ampuh, jatidiri yang kukuh pada anak bangsa kita akan terus mampu menongkah arus cabaran politik serba mungkin hari ini.

7. Justeru itu, saya selaku pemimpin pemuda khususnya dalam bandaraya Alor Setar, akan terus komited membawa hasrat ini bersama mengembeling tenaga ke arah dua perkara itu, asas agama yang teguh dan jatidiri anak Melayu yang tidak goyah. Kita kembalikan jatidiri anak bangsa supaya kita terus dihormati kawan dan lawan. Apa yang penting, UMNO kini perlu dilihat, perlu dirasai sebagai Adiwira perjuangan massa bukan hanya untuk orang Melayu malah untuk segenap sahsiah masyarakat Kedah khususnya.

8. Resolusi mudah dibicara, ucapan demi ucapan juga senang diungkap, malah penulisan juga mampu diolah. Namun segala amanat, resolusi, ucapan mahupun penulisan tanpa sebarang tindakan, hanyalah merupakan omongan kosong yang tidak membawa sebarang perubahan di dalam parti kita. Pun begitu, saya yakin bahawa untuk menterjemah dalam bentuk tindakan sebagaimana yang diharap, bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dilaksanakan. Maka sebab itulah kita perlu berpadu, bermula dari pucuk pimpinan tertinggi hinggalah ke peringkat paling bawah, kita perlu bersatu dengan ikhlas dalam merealisasikan segala amanat atau resolusi bangsa itu. Ikhlaskan diri dengan Islam dan jatidiri perjuangan bangsa, insyaallah, Allah akan mempermudah dan memberkati perjuangan kita.

9. SEMBOYAN dan SANGKAKALA peperangan telah dibunyikan, ibarat perlawanan bola sepak, wisel "kick off" ditiupkan buat seluruh warga dan penyokong UMNO di Kedah, bersiap siaga dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Semua jentera yang sebelum ini dikatakan sedang ber'bulan madu', pastinya akan menyarung 'seragam celoreng' perjuangan dengan tersemat 'lencana' UMNO di hati. UMNO wajib menjadi peneraju perpaduan Umat Melayu tanpa mengira fahaman, idealogi, dan rasa dalam memartabatkan dominasi umat Islam dengan jatidiri bangsa yang kukuh. Justeru itu, saya yakin segala tindakan dan usaha yang diketuai UMNO dalam usaha perpaduan Umat sedang dan telah dirintis oleh Kepimpinan Umno dengan penuh keterbukaan mempelawa PAS bagi memurnikan hasrat ini. Diberitakan, pembentangan enakman RANG UNDANG- UNDANG HUDUD PAS kelantan jika tidak mendahului Perlembagaan Bakal disokong sebulat suara oleh kesemua Adun BN kelantan. PERCAYALAH, KEBANGKITAN UMAT MELAYU ISLAM AKAN KEMBALI BERTAUT UTUH DALAM MERINTIS RAHMATAN LIL ALAMIN DEMI AGAMA DAN BANGSA. inilah yang menjadi KETAKUTAN LAWAN. Pergabungan ini tidak akan memwujudkan ISLAMIST FASIS malah ia BAKAL MEWUJUDKAN SATU ORDER BARU WADAH PERJUANGAN BANGSA!! INSYAALLAH!!!

10. Cukuplah Kedah sengsara selama 5 tahun dijajah retorik palsu PAS. Cukuplah UMNO dan Barisan Nasional tersilap langkah dalam pencak politik nasional. Cukuplah keperitan kita diperkotak katik dengan kepelbagaian PELAMPAU PELAMPAU "JEMUAN" BANGSA . Kita perlu pastikan UMNO dan Barisan Nasional terus dekat di hati rakyat sebagai wadah perjuangan politik yang tulen. PASTIKAN UMNO SENANTIASA DIRAKYATKAN,  Demi Kedah!!!, demi Malaysia!!!, DEMI KESENAMBUNGAN ANAK MUDA BANGSA MALAYSIA!! kerana #DISINILAHLAHIRNYASEBUAHCINTA.......

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.