Bila pesalah undang-undang dilabel "hero", itu namanya budaya songsang yang cuba diterap pada masyarakat |
2. Saya menyeru kepada semua rakyat supaya berfikir dengan akal yang waras mengenai senario ini. Dalam hal penahanan pemimpin-pemimpin pembangkang itu, sudah jelas mereka berhimpun tanpa permit, bukan? Sedangkan, undang-undang menetapkan bahawa mereka yang mahu berhimpun walaupun secara aman, perlu memohon permit dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa (dalam isu pihak berkuasanya adalah DBKL). Jadi, bila mereka tiada permit dan berdegil mahu berhimpun, maka sudah jelas bahawa mereka telah melanggar undang-undang. Sekaligus membuktikan bahawa mereka bersalah. Ditambah pula dalam perhimpunan haram itu mereka dikatakan telah menyampaikan kata-kata berbaur hasutan yang memungkinkan kekecohan dan huru-hara berlaku, maka sudah tentulah bertambah-tambah pula kesalahan mereka melanggar undang-undang. Bila ditahan di bawah Akta Hasutan 1948, mulalah mereka merengek-rengek dengan peguam masing-masing, mendesak mahu dilepaskan. Wajarkah pihak berkuasa lepaskan pesalah undang-undang begitu saja? Sekurang-kurangnya perlu mereka perlu "diajar" sedikit bukan? Setimpal dengan kesalahan mereka.
3. Yang peliknya, mereka yang melawan undang-undang sebegitu dianggap sebagai "hero"?! Pelik bin ajaib! Tidak pernah di dalam dunia bertamadun ini menjadikan penjenayah dan pesalah undang-undang sebagai "hero". Berdasarkan senario di atas, wajarkah Rafizi, Nurul Izzah, Mat Sabu, Khalid Samad dan mereka yang ditahan itu dilabel sebagai "hero"? "Hero taik kucing" bolehlah! Apa yang mereka lawan? #KitaLawan? Lawan undang-undang yang memenjarakan penjenayah? Sejak bila rakyat Malaysia mendaulatkan penjenayah melebihi undang-undang negara?
4. Pakatan Haram mahukan kuasa mentadbir negara. Tapi lihatlah sendiri bagaimana mereka mencabul undang-undang mengikut acuan mereka sendiri. Kalau pemimpin mereka membuat onar, mereka mahu lepaskan. Siapa yang tahan pemimpin mereka untuk disiasat akan dikecam dan dikutuk habis-habisan. Tamadun jenis apakah ini? Mereka perlu tahu bahawa mereka tinggal di Malaysia, sebuah negara yang mendaulatkan undang-undang. Jika mahu mengamalkan sistem pemerintahan dan undang-undang rimba, sila nyah dari bumi Malaysia ini. Tiada tempat untuk beruk-beruk yang tidak tahu menghormati undang-undang negara di sini!
5. Yang pelik bagi saya, sikap buruk pemimpin PKR itu kini makin terjangkit pada para pemimpin PAS. Mungkin selalu berpeluk dengan pemimpin PKR, 'virus' melabel penjenayah sebagai 'hero' terjangkit pada pemimpin PAS pula. Contoh terbaru adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS. Saya difahamkan beliau baru-baru ini terbang ke Australia untuk bertemu dan membela seorang penjenayah yang dikehendaki negara, Sirul Azhar. Nampaknya melebih-lebih dari 'Tok Guru' pulak. 'Tok Guru' bela penjenayah dalam negara, dia pula sibuk membela penjenayah yang lari ke luar negara. Entah sejak bila Pesuruhjaya PAS Kedah itu belajar berbahasa Inggeris, Setahu saya, dia eja "lunch" pun jadi "launch"!
6. Menyebut nama Mahfuz Omar, saya amat hairan tentang bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tergamak memilihnya sebagai Pesuruhjaya PAS di Kedah. Padahal, ramai lagi pemimpin PAS Kedah yang memiliki tahap EQ dan IQ yang jauh lebih tinggi darinya. Jika terpilih berdasarkan senioriti, wajarkah PAS di Kedah dipimpin seorang 'pak lawak' yang menjadi 'pak turut' agenda DAP? Misalnya dalam isu pembentangan pindaan enakmen jenayah syariah di Kelantan, akal Mahfuz tiba-tiba menuduh UMNO tidak menyokong pindaan tersebut. Apa yang Mahfuz meroyan tidak tentu pasal? Siapa yang bersungguh menyokong pindaan enakmen hudud itu di sidang DUN Kelantan hingga menitiskan air mata terharu? PKR yang ada di dalam sidang DUN yang sama sokongkah pindaan hudud itu ketika dibentangkan?
7. Kenapa Mahfuz tidak 'membelasah' DAP? DAP kecam dan kutuk Presiden PAS dengan hinaan yang begitu teruk sekali. Abdul Hadi bukan saja diturut pengkhianat bersiri, malah beliau turut dikatakan tidak bermaruah hanya gara-gara hudud yang turut disokong UMNO. Soalnya, mengapa Mahfuz takut benar untuk mengutuk Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau Gobind Singh? Mahfuz terlalu bacul untuk berbuat demikian? Atau Mahfuz sendiri tergolong dalam kategori 'barua' yang pernah dikatakan Abdul Hadi ketika berucap di muktamar PAS di Johor sebelum ini? Jika benar Mahfuz adalah ejen DAP dan 'barua' sebagaimana yang diperkata, maka malulah seluruh PAS Kedah kerana berketuakan seorang yang memalukan!
8. Baru-baru ini, ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir berucap di Parlimen membahaskan usul DiRaja, tiba-tiba Mahfuz tunjuk sikap terkinja-kinja bagaikan 'beruk mat yeh'. Sibuk bertanyakan tentang "private bill" pindaan hudud Kelantan. Bila dijawab ianya di dalam proses untuk dibawa ke Majlis Raja-Raja, dia desak pula Menteri berkenaan sama ada bersetuju atau tidak dengan pindaan hudud berkenaan. Bagaimana Datuk Seri Jamil Khir hendak bersetuju atau tidak sedangkan ia belum lagi dibentang di Dewan Rakyat? Ekoran malas dilayan, Mahfuz tiba-tiba meroyan terjerit-jerit macam dirasuk syaitan hingga hampir 20 minit! Maaflah. Saya akui usia saya jauh lebih muda berbanding Mahfuz, namun melihat sikapnya selama 20 minit itu telah membuat saya hilang rasa hormat padanya.
Cuba lihat perangai Datuk Mahfuz Omar di dalam rakaman audio visual ini
9. Sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, saya mencadangkan supaya Mahfuz selalu berada di kawasan Parlimennya di Pokok Sena. Tolong balik tengok kawasan, Datuk. Tolong dengar masalah rakyat khususnya di Bandar Sejahtera di Pokok Sena, sebuah projek peninggalan Kerajaan PAS Kedah. 'Tahi" yang ditinggalkan Kerajaan PAS Kedah yang kini terpaksa 'dicuci' Kerajaan BN Kedah. Pulanglah ke Kedah untuk menjengok masalah dalaman akar umbi PAS Kedah yang berpecah-belah terkeliru antara PAS dan PasMa. Sedang golongan pro-ulama PAS menyokong Abdul Hadi sebagai Presiden, tiba-tiba ada pula pemimpin PAS yang tergamak menjemput Nizar Jamaluddin berucap di mesyuarat agung PAS di kawasan itu sambil mengutuk Abdul Hadi secara terbuka di depan ahli sendiri. Tidak cukupkah DAP dan PKR memalukan Abdul Hadi? Atau Mahfuz sendiri setuju Presiden PAS dikecam secara terbuka begitu di Kedah?
10. Saya menyeru agar semua generasi muda di negara ini supaya tidak terpengaruh dengan gerakan subversif yang direka secara terancang oleh 'pak lawak-pak lawak' Pakatan Haram dalam usaha mereka mendapatkan kuasa politik secara jijik dengan pembunuhan persepsi sebegini. Adalah salah untuk menjulang penjenayah atau pesalah undang-undang. Malah melawan ketetapan undang-undang juga adalah satu tindakan yang sia-sia dan "barbaric". Sempena pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini, saya mencadangkan Presiden PAS nanti supaya menyerahkan jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah kepada individu yang lebih layak. Mungkin Dato' Amiruddin Hamzah sesuai dilantik ke jawatan tersebut ekoran kematangan berpolitik dan hubungan baiknya dengan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir. Meskpun berlainan parti dan berbeza fahaman politik, sewajarnya kita berganding bahu mengaman makmurkan negeri Kedah sebaik mungkin kerana di sinilah bermula segalanya... dan DI SINILAH LAHIRNYA SEBUAH CINTA.. kepada agama, bangsa dan negara...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.