Thursday 30 April 2015

PEREMAJAAN UMNO; RETORIK ATAU AGENDA??

1. Kita semua maklum bahawa sedang berlangsung dua pilihanraya kecil melibatkan dua parlimen di Rompin dan Permatang Pauh. Boleh dikatakan hampir seluruh jentera UMNO sedang bekerja keras meningkatkan majoriti undi di Rompin dan cuba menghancurkan kubu kuat Anwar di Permatang Pauh. Saya sendiri bersama pemuda Alor setar juga tidak ketinggalan turun dari semasa ke semasa untuk turut bersama membantu jentera kempen.

2. Kita juga tahu bahawa Rompin dan Permatang Pauh adalah dua parlimen yang mempunyai perbezaan yang ketara. Rompin boleh dikategorikan sebagai kawasan 'putih' untuk BN, manakala Permatang Pauh pula merupakan kawasan yang 'hitam melekat'. 

3. Setelah diumumkan nama calon yang terpilih bagi kedua kawasan berkenaan, saya seolah terkesan dengan keputusan untuk meletakkan seorang yang boleh dianggap 'veteran' di kawasan yang 'pasti menang', manakala di kawasan 'hitam' pula seolah sengaja diletakkan calon dari kalangan anak muda.

Monday 20 April 2015

KEMELUT UMNO KEDAH: Kocak-Kocak Secawan Kopi, Leonidas Tampil Pertahan Harga Diri!


1. Muktahir ini, boleh dikatakan hampir seluruh warga UMNO dan pemerhati politik negara memberi tumpuan mereka kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, khususnya pada Pengerusi, Dato' Seri Mukhriz hanya kerana beliau ber'bin'kan 'Tun Dr. Mahathir'. Beliau menjadi fokus utama dalam kemelut Najib-Mahathir dan seluruh warga UMNO dan rakyat menantikan hala mana Mukhriz bakal meng'orkes'kan sokongan beliau sebagai pengerusi perhubungan UMNO kedah sekaligus membawa suara UMNO Kedah.

2. Akibat dari lensa dan rentetan tekanan yang dilemparkan maka Dato' Seri Mukhriz telah menangguhkan ketetapan UMNO Kedah itu dan bercadang memberi ketetapan pada 24 April setelah selesai mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Kedah diadakan di ibu negara. Ini telah membangkitkan kritikan dari Adun Bukit Lada tentang keikhlasan Mukhriz terhadap kepimpinan Presiden UMNO.  Terakui, tekanan dan kritikan yang diberikan itu sedikit sebanyak ada menjejaskan kreadibiliti Dato' Seri Mukhriz pada mata kepimpinan UMNO dan para penyokong Perdana Menteri.

3.Kemuncaknya, UMNO Kedah telah mencapai kata sepakat dan telah membuat ketetapan bahawa UMNO Kedah menyokong kepimpinan Presiden dan Perdana Menteri, terus memberi sokongan padu pada kepimpinan Dato Seri Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan yang juga Menteri Besar dan penuh ikhlas menghormati Tun M serta pandangan negarawan itu. 

Monday 13 April 2015

GAYUNG BERSAMBUT: UMNO – PAS Perlu Buktikan Serius Duduk Semeja Demi Islam, Melayu Dan Tanahair


Baru-baru ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataannya begitu positif terhadap UMNO untuk duduk semeja bagi membincangkan soal perlaksanaan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah di Kelantan berkenaan hudud. Atas bibit-bibit perpaduan di antara UMNO dan PAS berkenaan berikut saya berpandangan;

1. Pada pandangan saya, barisan pucuk pimpinan UMNO sewajarnya perlu mengambil serius dengan kesudian Datuk Seri Abdul Hadi yang berlapang dada untuk menerima pelawaan duduk semeja bagi membincangkan hal berkenaan dengan menyediakan platform terbaik sebagai satu landasan ke arah perpaduan ummah di dalam landskap politik negara.

2. Platform UMNO - PAS yang julung-julung kali diadakan itu perlulah bersedia mengenepikan soal ideologi politik masing-masing. Saya kira, perbincangan ini sebenarnya bukanlah bertujuan utamanya untuk memperjuang persaingan politik antara UMNO dan PAS, sebaliknya adalah bagi membincangkan soal perlaksanaan undang-undang Islam yang diyakini bakal melengkapkan undang-undang sedia ada bagi membendung maslahat dan muamalah umat Islam di Malaysia. Justeru  itu, saya menyarankan agar kedua-dua pihak bersikap terbuka dalam soal ini seikhlas-ikhlasnya, tanpa prejudis.

3. Perbincangan antara UMNO dan PAS itu juga perlu berusaha ke arah mencari titik pertemuan untuk bersetuju tentang hasrat kedua belah pihak tanpa melibatkan kepentingan politik atau populariti 'siapa lebih Islam dari siapa'. Sebaga contoh, saya harap Datuk Seri Abdul Hadi tidak menggunakan isu ini bagi memulihkan imej kepimpinan ulama di dalam PAS yang terjejas, dan begitu juga kepada UMNO. Pada saya, sekiranya isu ini dibincangkan secara ikhlas, ia akan membuka jalan yang lebih luas kepada usaha penyatuan dan perpaduan nasional, di mana umat Islam merupakan golongan majoriti di Malaysia.

4. Pada pandangan saya lagi, semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) perlu memberi ruang dan kebebasan kepada perbincangan antara UMNO - PAS ini tanpa sebarang perasaan buruk sangka. Isu ini melibatkan kepentingan undang-undang Islam dan hanya melibatkan umat Islam sahaja.


5. Lagipun, sudah termaktub di dalam perlembagaan bahawa hak dan keistimewaan Islam, bangsa Melayu dan kepentingannya adalah merupakan hak eksklusif yang tidak boleh dipersoal. Saya yakin, hasil perbincangan atau perlaksanaan hudud sekiranya berjaya, tidak akan sama sekali menjejaskan kepentingan agama, bangsa atau budaya golongan bukan Melayu Muslim di negara pelbagai etnik ini.

6. Malah, parti-parti komponen BN mahupun parti pembangkang seperti DAP dan PKR yang sebelum ini menolak hudud tidak perlu khuatir dalam soal perlaksanaan enakmen jenayah Syariah berkenaan hudud itu. Jangan pula cuba mengambil kesempatan 'menangguk di air yang keruh' cuba meraih keuntungan politik dalam soal ini dengan menakut-nakutkan rakyat, khususnya yang bukan beragama Islam. Saya yakin, belum ada dalam sejarah negara yang menyaksikan seorang bukan Islam didakwa di mahkamah Syariah, bukan?

7. Sama ada rang undang-undang pindaan berhubung jenayah Syariah membabitkan hudud itu diluluskan atau berjaya dilaksanakan atau tidak, itu soal kedua. Yang paling penting ialah UMNO dan PAS menemui titik persamaan bagi kedua parti terbesar umat Islam di Malaysia itu dan kemaslahatan ummah dapat disimpulkan secara muafakat bersama. Itulah hikmah terindah yang saya harapkan dan saya yakin ia juga diimpikan oleh jutaan lagi umat Islam yang mahu melihat UMNO dan PAS bersatu di atas satu titik persamaan.

8. Akhir sekali, saya sekali lagi ingin menekankan di sini bahawa isu yang bakal diperbincang oleh UMNO dan PAS itu adalah membabitkan kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan bukan soal politik semata-mata. Perpaduan umat Islam sama ada dari UMNO atau PAS di dalam soal ini hanyalah satu 'bonus', menandakan kami mampu bersatu kerana Islam, bangsa dan negara. Berdoalah kita semua....

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian AlorSetar.


Wednesday 8 April 2015

KENAIKAN TANGGA GAJI ADUN; SATU PANDANGAN

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah
1. Sebagaimana maklum, persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah bagi penggal ini baru saja selesai di mana menyaksikan usul menaikkan gaji dan elaun anggota dewan berkenaan telah mendapat sokongan serta diluluskan. Kelulusan itu tidak mengejutkan bagi saya kerana bila menyebut mahu menaikkan gaji dan elaun sendiri, siapa agaknya yang akan menolak,bukan? Malah disokong sebulat suara oleh WR pembangkang. Saya faham, sudah lebih 10 tahun tangga gaji anggota Dewan Undangan Negeri Kedah tidak dikaji semula, apatah lagi dinaikkan seperti di negeri-negeri lain. Bak kata Datuk Ahmad Lebai Sudin, kadar gaji dan elaun Adun di negeri ini sudah ketinggalan zaman...

2. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, semua gaji Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dinaikkan dari RM4,112.79 kepada RM6,169.20. Bagi Timbalan Speaker Dewan, gajinya dinaikkan dari RM3,993 kepada RM5,989. Gaji barisan Exco Kerajaan Negeri dan Speaker Dewan pula dinaikkan dari RM6,109.29 kepada RM9,163.95. Kesemua kenaikan gaji itu adalah 50% dari jumlah gaji asal. Sementara gaji Menteri Besar pula dinaikkan sebanyak 25%, dari RM14,175.15 kepada RM17,718.95. Saya difahamkan kenaikan gaji dan elaun ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

3. Saya amat2 bersetuju dgn pandangan bahawa tangga gaji ADUN sudah ketinggalan zaman bukan sahaja lapuk selama 10 tahun, malah ketinggalan zaman lebih 20tahun sepatutnya 'revision' ini dibuat setiap 5 tahun. Jika kita melihat pada negara lain, tangga gaji MP atau wakil rakyat jauh lebih tinggi.Singapura jiran paling dekat dgn kita mempunyai tangga gaji WR menjangkau puluhan ribu dollars malah difahamkan para menteri kabinetnya menjangkau hingga ke ratusan ribu dollars.

Thursday 2 April 2015

GERAKAN SUBVERSIF TERANCANG OLEH PAK LAWAK PR DALAM PEMBUNUHAN PERSEPSI POLITIK

Bila pesalah undang-undang dilabel "hero", itu namanya budaya songsang yang cuba diterap pada masyarakat
1. Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang penahanan beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat dalam himpunan #KitaLawan oleh pihak polis. Tidak cukup mengecam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di luar, puak Pakatan Haram cuba membawa kutukan mereka terhadap beliau ke dalam sidang Parlimen. Bila ditolak Speaker Dewan, mereka meroyan-royan di dada media. Kononnya Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Mat Sabu, Khalid Samad dan puak-puak mereka yang ditahan itu bagaikan "hero" yang patut dibela serta perlu dibebaskan. Jika tidak dibebaskan, maka mereka akan menuduh pihak kerajaan dan PDRM sebagai "zalim".

2. Saya menyeru kepada semua rakyat supaya berfikir dengan akal yang waras mengenai senario ini. Dalam hal penahanan pemimpin-pemimpin pembangkang itu, sudah jelas mereka berhimpun tanpa permit, bukan? Sedangkan, undang-undang menetapkan bahawa mereka yang mahu berhimpun walaupun secara aman, perlu memohon permit dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa (dalam isu pihak berkuasanya adalah DBKL). Jadi, bila mereka tiada permit dan berdegil mahu berhimpun, maka sudah jelas bahawa mereka telah melanggar undang-undang. Sekaligus membuktikan bahawa mereka bersalah. Ditambah pula dalam perhimpunan haram itu mereka dikatakan telah menyampaikan kata-kata berbaur hasutan yang memungkinkan kekecohan dan huru-hara berlaku, maka sudah tentulah bertambah-tambah pula kesalahan mereka melanggar undang-undang. Bila ditahan di bawah Akta Hasutan 1948, mulalah mereka merengek-rengek dengan peguam masing-masing, mendesak mahu dilepaskan. Wajarkah pihak berkuasa lepaskan pesalah undang-undang begitu saja? Sekurang-kurangnya perlu mereka perlu "diajar" sedikit bukan? Setimpal dengan kesalahan mereka.