Thursday, 30 April 2015

PEREMAJAAN UMNO; RETORIK ATAU AGENDA??

1. Kita semua maklum bahawa sedang berlangsung dua pilihanraya kecil melibatkan dua parlimen di Rompin dan Permatang Pauh. Boleh dikatakan hampir seluruh jentera UMNO sedang bekerja keras meningkatkan majoriti undi di Rompin dan cuba menghancurkan kubu kuat Anwar di Permatang Pauh. Saya sendiri bersama pemuda Alor setar juga tidak ketinggalan turun dari semasa ke semasa untuk turut bersama membantu jentera kempen.

2. Kita juga tahu bahawa Rompin dan Permatang Pauh adalah dua parlimen yang mempunyai perbezaan yang ketara. Rompin boleh dikategorikan sebagai kawasan 'putih' untuk BN, manakala Permatang Pauh pula merupakan kawasan yang 'hitam melekat'. 

3. Setelah diumumkan nama calon yang terpilih bagi kedua kawasan berkenaan, saya seolah terkesan dengan keputusan untuk meletakkan seorang yang boleh dianggap 'veteran' di kawasan yang 'pasti menang', manakala di kawasan 'hitam' pula seolah sengaja diletakkan calon dari kalangan anak muda.


4. Pada pandangan saya, UMNO senantiasa menghidangkan pojok pojok retorik sebeginilah yang menyebabkan kepercayaan orang muda dan rakyat pada kita menjadi was-was. Sepatutnya kawasan 'putih' wajar diberikan mandat kepada pemimpin muda UMNO yang dilihat sesuai untuk berbakti kepada masyarakat di Rompin. Bukan setakat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemimpin muda dengan pengalaman, malah tindakan mencalonkan anak muda di kawasan 'putih' akan menyediakan pemimpin pelapis di peringkat nasional. Jika tidak bila lagi BN akan diremajakan??? ini adalah ruang asas yang dilihat dan rakyat bakal terkesan.

5. Saya menyerulah pada kepimpinan, sudah sudahlah beretorik, Buktikan lah usul yang digembar gembur pada perhimpunan Agong yang lalu secara komited. Kepimpinan perlu ada "Political Will" atau keberanian politik yang tinggi menjangkau apa pandangan orang kanan ataupun 'golongan' yang berkepentingan untuk dijaga hati mereka. INI AGENDA PARTI bukan agenda individu mana. UMNO sebagai parti dominan dalam BN perlu mendasarkan pelan strategik Agenda peremajaan ini dan ia harus dimulakan bukan dari akar umbi tetapi dari kepimpinan tertinggi.

6. Kita kena sedar, golongan muda yang kini digelar Generasi Y dan Z bakal mencorak keputusan PRU14 dan seterusnya, Proriti atau keutamaan mereka berbeza, mentaliti mereka rencam dan lebih bersifat 'demanding' atau menuntut, saya dan golongan ini skeptikal dan bersifat sensitif. Aspirasi kami mesti diperhalusi oleh orang muda sendiri yang celik ilmu politik, pentadbiran dan sebagai pembuat keputusan. Tapi apa yang diperlihatkan oleh UMNO seolah 'membunuh' agenda parti sendiri yang rata rata rakyat sudahpun terkesan dan penuh pengharapan baru ini.

7. Dimanakah medan terbaik untuk UMNO mula mengkaderkan ikon ikon muda baru bukan sahaja dalam parti tapi sebagai berperanan sebagai pembuat dasar negara di dewan rakyat?? kalau bukan di rompin?? Kepercayaan anak muda itu adalah KOMODITI yang mesti dan wajib diekstrak UMNO untuk kekal mampan diteraju pentadbiran bukan hanya omong kosong atau dibuat sekerat sekerat. pendirian UMNO harus jelas. 

8. Lihat saja parti pembangkang yang begitu berani meletak calon anak muda di PRK-PRK yang berlangsung sebelum ini. Contohnya di Teluk Intan dengan Dyana Sofia, dan kini rara dan ramai lagi menjadi sebutan anak muda ternyata ia membuahkan hasil. Meskipun tewas mengejut, sekurang-kurangnya ia mengajar pengalaman pada Dyana tentang asam garam politik dan paling penting ialah pengiktirafan kepada barisan pelapis kepimpinan DAP. Pembangkang senantiasa menang dalam perang persepsi ini kerana mereka telah membuktikan mereka tidak retorik. ruang dibuka dan diterajui oleh mereka yang lebih muda walau kita tahu ikon ikon mereka ini tidaklah ada "substance' sebenarnya berbanding kita. Idealogi atau idealisme mereka lebih mesra kerena mereka tahu anak muda gen y dan z ini lebih liberal, aktif, dicanang dan terbuka.


9. Meletakkan calon anak muda di kawasan 'hitam' pula seolah menjadi medan 'membunuh' karier politik barisan kepimpinan pelapis di dalam UMNO sendiri. Seolah calon muda itu menjadi bahan 'ujikaji eksperimen' pula rasanya. Pada saya, barisan kepimpinan pelapis UMNO bukan 'tikus putih'. Semangat kami tidak wajar "dimatikan" begitu saja.Bagaimana nak kita realisasikan Agenda Peremajaan sekiranyanya wakil rakyat dipilih dgn elemen kronisme atau cakap cakap orang itu dan ini yang perlu dijaga hatinya dan dipelihara kepentingannya??

10. Namun mujurlah Suhaimi Sabudin yang saya lihat merupakan seorang pemimpin muda UMNO yang kental semangatnya. Meskipun dia kononnya mustahil menang, namun sekiranya kena pada cara kempen dan strategi yang dilaksanakan, dia mungkin akan menjadi "gaint slayer", menamatkan riwayat karier Anwar dan Wan Azizah di Permatang Pauh. Boleh 'bungkus' PKR dibuatnya jika kena dengan caranya.

11. Namun saya tetap dengan pandangan bahawa kita tidak perlu bazirkan bakat-bakat muda untuk menjadi korban di kawasan-kawasan 'hitam'. sudah berapa banyak pemimpin muda UMNO yang telah kita bazirkan di P44 Permatang pauh sejak 17tahun lalu?? Ia bukan saja merugikan kepimpinan barisan pelapis pemimpin masa depan, malah ia terlalu berisiko untuk kehilangan pemimpin muda yang hebat jika kita gagal membuka ruang kaderlisasi yang utama.

12. Saya tidak menafikan kehebatan dan pengalaman pemimpin serta tokoh-tokoh lama UMNO. Namun saya yakin, kehebatan dan pengalaman emas mereka lebih wajar digunapakai untuk menghadapi lawan yang setanding mereka. "Giant vs Giant", barulah bertemu buku dengan ruas, bukan? Saya yakin ramai lagi pemimpin UMNO yang berusia dan ketokohan mereka mampu membenam Pakatan Haram dalam pilihanraya.

13. Apapun, saya ucapkan selamat bertanding kepada Suhaimi Sabudin di Permatang Pauh dan Dato Hassan di Rompin. untuk 'Bang Mie' di P44 saya yakin dengan jiwanya yang kental tidak mudah menyerah kalah, sokongan dan kesungguhan jentera PRK Permatang Pauh dan restu dari kepimpinan UMNO merupakan azimat yang bakal membantunya meranapkan legasi Anwar di Permatang Pauh. Saya yakin, Allah SWT akan memberi kemenangan kepadanya, insyaallah.

14. Saya selaku barisan kepimpinan muda UMNO, menyarankan supaya parti tidak lagi bazirkan barisan pelapis kepimpinan parti sewenang-wenangnya. Kami berjuang bukan demi jawatan. Kami berjuang bukan untuk menjadi calon. Namun jika terpilih sebagai calon, kami yakin itu ketentuan Allah SWT dan berharap agar Dia membantu kami dalam perjuangan memegang amanahNya sebagai khalifah di muka bumi ini. 

15. Kami berpolitik bukan demi kepentingan diri. Tapi demi survival agama, bangsa dan tanahair. Kami sedar, bukan kecil amanah yang digalas oleh seorang pemimpin. Namun sekiranya ditakdirkan Allah dengan kudrat dan sifat kepimpinan yang ada, insyaallah kami akan tanggung amanah tersebut selagi hayat dikandung badan. Semuanya kerana Islam, Melayu dan Tanahair... kerana Di sinilah lahirnya sebuah cinta...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian AlorSetar.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.