1. Muktahir ini, boleh dikatakan hampir seluruh warga UMNO dan pemerhati politik negara memberi tumpuan mereka kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, khususnya pada Pengerusi, Dato' Seri Mukhriz hanya kerana beliau ber'bin'kan 'Tun Dr. Mahathir'. Beliau menjadi fokus utama dalam kemelut Najib-Mahathir dan seluruh warga UMNO dan rakyat menantikan hala mana Mukhriz bakal meng'orkes'kan sokongan beliau sebagai pengerusi perhubungan UMNO kedah sekaligus membawa suara UMNO Kedah.
2. Akibat dari lensa dan rentetan tekanan yang dilemparkan maka Dato' Seri Mukhriz telah menangguhkan ketetapan UMNO Kedah itu dan bercadang memberi ketetapan pada 24 April setelah selesai mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Kedah diadakan di ibu negara. Ini telah membangkitkan kritikan dari Adun Bukit Lada tentang keikhlasan Mukhriz terhadap kepimpinan Presiden UMNO. Terakui, tekanan dan kritikan yang diberikan itu sedikit sebanyak ada menjejaskan kreadibiliti Dato' Seri Mukhriz pada mata kepimpinan UMNO dan para penyokong Perdana Menteri.
3.Kemuncaknya, UMNO Kedah telah mencapai kata sepakat dan telah membuat ketetapan bahawa UMNO Kedah menyokong kepimpinan Presiden dan Perdana Menteri, terus memberi sokongan padu pada kepimpinan Dato Seri Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan yang juga Menteri Besar dan penuh ikhlas menghormati Tun M serta pandangan negarawan itu.
4.UMNO Kedah juga mengambil keputusan bahawa Dato Seri Mukhriz tiada keperluan menzahirkan kenyataan sokongan beliau pada mana mana pihak demi menjaga sentimen,sensiviti serta perpaduan parti. Ketetapan ini telah dibuat pada tanggal 18hb April 2015 oleh Dato Seri Ahmad Bashah selaku timbalan ketua perhubungan Kedah sambil disaksikan oleh majoriti kepimpinan UMNO Kedah serta barisan ahli parlimen serta adun Kedah.
5. Apa yang cuba saya perkatakan, menariknya, dikala ibaratnya diluah mati bapak, ditelan mati emaknya situasi, siapa sangka, di saat Dato' Seri Mukhriz ditekan, tiba-tiba Ketua Pemuda UMNO Kedah tampil ke hadapan, berpencak mempertahan kewibawaan Menteri Besar Kedah itu. Massa UMNO Kedah mengetahui siapa 'political master' Datuk Shaiful Hazizy. Pada hemat saya, beliau boleh diibaratkan sebagai 'panglima KJ ' iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan panglima inilah menjadi individu pertama serta memimpin sayap-sayap UMNO Kedah membela serta mempertahankan Dato' Seri Mukhriz dari gangguan anasir negatif yang sengaja dilempar pada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu!
6. Bagi mereka yang mengenali saya secara peribadi, mereka mungkin tahu tentang sikap saya yang vokal dan tidak mudah bersetuju atau terpengaruh, dan saya tidak mudah memuji tindakan berhubung sesuatu sebelum saya berfikir semasak-masaknya. Namun tindakan Dato' Shaiful Hazizy yang bingkas bangun mempertahan Dato' Seri Mukhriz dan kewibawaannya benar-benar membuat saya teruja serta memuji tindakan tersebut.
6. Bagi mereka yang mengenali saya secara peribadi, mereka mungkin tahu tentang sikap saya yang vokal dan tidak mudah bersetuju atau terpengaruh, dan saya tidak mudah memuji tindakan berhubung sesuatu sebelum saya berfikir semasak-masaknya. Namun tindakan Dato' Shaiful Hazizy yang bingkas bangun mempertahan Dato' Seri Mukhriz dan kewibawaannya benar-benar membuat saya teruja serta memuji tindakan tersebut.
7. Kita semua maklum, Dato' Seri Mukhriz pernah berseteru dengan KJ dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO suatu ketika dahulu di mana Shaiful Hazizy ketika itu merupakan salah seorang 'panglima' KJ. Setahu saya, Shaiful Hazizy masih kekal menjadi salah seorang tulang belakang KJ hingga kini di peringkat Pusat. Namun jelas, meskipun merupakan seorang 'panglima' di kem KJ, beliau tidak teragak-agak untuk memberi sokongan pada Dato' Seri Mukhriz berhubung isu ini demi perpaduan parti. Satu tindakan yang saya lihat sebagai sangat profesional dan terbukti matang dalam berpolitik. Syabas Ketua Pemuda UMNO Kedah!
8. Sebelum ini, saya akui ada cakap-cakap bahawa Shaiful Haziziy ditohmah sebagai 'duri dalam daging' ekoran dirinya yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Kedah di sebuah negeri yang UMNOnya dipengerusikan oleh Dato' Seri Mukhriz. Malah sentimen KJ-Mukhriz seolah sengaja dimainkan oleh mereka yg mendewakan 'MUKHRIZ FACISM' bagi memenuhi agenda pihak tertentu mengawal Mukhriz dan juga seolah tidak mahu tengok KJ dan Dato' Seri Mukhriz bersatu dan mahu dua tokoh pemimpin anak muda UMNO ini terus dilihat renggang selamanya.
9. Pada saya, saya lebih memilih untuk menyatukan kedua tokoh muda UMNO ini. Bayangkan apakah lonjakan paradigma pada UMNO yang bakal berlaku jika gabungan Tag-team KJ2M direalisasikan. ibarat bait bait lagu Adam-Stacy 'Mengegar Dunia'; "biarkan mata mata menjeling penuh curiga mereka tidak tahu hubungan kau dan aku meletup bila bersatu!!!!
10. Justeru, dengan sokongan dan tindakan Datuk Shaiful Hazizy yang berdiri teguh mempertahan Mukhriz tersebut, saya mengharapkan agar mereka yang melontarkan tohmahan berkenaan supaya membuka mata mereka seluas-luasnya dan lihat sendiri hakikat sebenar prinsip serta pendirian Ketua Pemuda UMNO Kedah itu. Tidak perlu menunggu mereka yang sebelum ini mendabik dada mengaku 'panglima' kem Dato' Seri Mukhriz pun, 'panglima' dari kem KJ terbukti yang pertama mempertahan Mukhriz Mahathir!
11. Pada pandangan saya, usahlah lagi kita terbuai dengan sentimen dejavu lipatan sejarah, diungkit perkara yang sudah dan janganlah dibangkitkan soal kesetiaan dan kematangan profesionalisme politik Dato Shaiful pada UMNO Kedah yang diterajui Dato' Seri Mukhriz. Soal itu sudah basi dan setahu saya, hubungan di antara KJ dan Dato' Seri Mukhriz begitu baik sekarang. Dan mungkin hanya segelintir sahaja penyokong dari kedua kem tersebut yang mungkin masih lagi bersikap prejudis dan lebih gemar memilih menjadi 'jemuan' yang memecah belah UMNO selama ini. Berubahlah.... buangkan sikap jelek dan jelak sebegitu... sesungguhnya kita tiada masa untuk berpolitiking sesama kita. Jika mahu teruskan sikap begitu, boleh mohon masuk PR yg kerjanya 24jam politiking.
12. Meskipun dalam kepayahan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah segelintir pihak sebelum ini, Datuk Shaiful Hazizy berhempas pulas bersama AJK-AJK Pemuda UMNO Negeri melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat khususnya kepada anak-anak muda di negeri Jelapang Padi ini. Membuka lembaran baru 'outreach' melalui program Hello YB, dan town hall meeting, mengiktiraf peranan mahasiswa dengan menerjah kampus melalui program Apa Habaq Siswa, Malah instrumental dalam penubuhan ANSAR selaku badan mahasiswa yang diiktiraf oleh Dato' Seri Mukhriz sendiri.
13. Menariknya, program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO Kedah di bawah kepimpinan beliau merupakan sesuatu yang diluar kotak dan menjadi sebutan hangat sehingga mampu menyegarkan kembali Pemuda UMNO Kedah. Malah beliau begitu komited dan dalam ucapan beliau baru-baru ini di kem pendidikan kepimpinan politik Pemuda UMNO Kedah, mengibaratkan beliau adalah Leonidas yang sedang memimpin tentera Sparta di dalam 'Battle of Themoplaey'. Oleh itu, saya yakin, segala usaha tersebut akan beliau teruskan sedaya upaya demi menabur bakti di tanah kelahirannya ini.. insyaallah.
14. Akhir coretan kali ini, saya ingin menegaskan bahawa sebagaimana tindakan matang Datuk Shaiful Hazizy menyokong Datuk Seri Mukhriz, dan sebagaimana tindakan kedua mereka menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak serta menghormati Tun M sebagai tokoh ulung UMNO, saya juga menyatakan taat setia dan sokongan tidak berbelah saya terhadap mereka semua selaku pemimpin anak muda UMNO di negeri ini.
14. Akhir coretan kali ini, saya ingin menegaskan bahawa sebagaimana tindakan matang Datuk Shaiful Hazizy menyokong Datuk Seri Mukhriz, dan sebagaimana tindakan kedua mereka menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak serta menghormati Tun M sebagai tokoh ulung UMNO, saya juga menyatakan taat setia dan sokongan tidak berbelah saya terhadap mereka semua selaku pemimpin anak muda UMNO di negeri ini.
15. Biarpun siapa 'budak mata biru', siapa maqasid perjuangan UMNO harus harmoni dan membawa pada perpaduan pada parti yang saya cintai ini. Saya sentiasa doakan semoga UMNO terus gagah subur membajakan bakti kepada seluruh rakyat Malaysia amnya serta khususnya Kedah.. Moga idealogi secawan kopi yang saya hidangkan ini juga mampu menggegar dunia, kerana 'Di sinilah Lahirnya Sebuah Cinta'...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian AlorSetar.
|
tahniah
ReplyDeleteterima kasih
DeleteNtah apa apa. ..pajin kata ang kreja dok sauk projek jaaa dgn tok tajul. .Patut pun lain jaa gaya laa ni. .Masyukkk...bagi chance kat kp lain gak oii. .Jgn telan sorang sorang. ..Kami pun nak jaga ahli bahagian masing2 gak bro. ..
ReplyDelete