1. Mutakhir ini, Kerajaan dilanda kepelbagaian isu dan Presiden Umno yakni Perdana Menteri Malaysia berada di atas kerusi yang panas, akibat daripada tuntutan tuntutan penjelasan yang amat diharapkan oleh ahli ahli Umno dan rakyat. daripada isu perbelanjaan kerajaan sehingga ke peribadi senantiasa membayangi beliau dan parti turut tersimbah oleh persepsi bahawa kita adalah korup sehingga ke tulang, Pengenalan GST juga dilihat dan dimomok momok kan oleh pembangkang terutamanya sebagai penindasan kepada rakyat. kononnya Kerajaan cuba mencari alterlnatif lain mencari pendapatan kerajaan untuk menampung segala keborosan yang timbul terutamanya dalam isu 1MDB yang kini tertangung hutang sebanyak RM42b.
2. Dalam kita menongkah kelpelbagaian isu ini, kita menghadapi 2 PRK di Parlimen Rompin dan Permatang Pauh. Walaupun "status Quo" untuk kedua dua parlimen ini kekal, namun umum dapat melihat bahawa pola pengundian terutama untuk BN menurun walaupun Pakatan pembangkang juga tidak berada dlm kekuatan yang optimum. Ini dapat dikenalpasti sebagai salah satu signal dari rakyat atas ketidakpuasan hati terhadap perjalanan kerajaan mutakhir ini selepas dari pru ke 13. Dan apa yang saya takuti kini telahpun berlaku apabila Negarawan Ulung Kita Tun M telahpun bersuara secara terang- terangan mengkritik kerajaan pimpinan Dato Seri Najib sehingga menuntut Presiden UMNO dan Perdana Menteri meletakan Jawatan. tapi kali ini suara Tun M itu dilihat tidak mengundang keakuran dari kem Najib dan bertindak mempertahankan diri memberi penjelasan demi penjelasan kepada rakyat dan ahli UMNO. Adalah menjadi harapan saya agar segala penjelasan ini dapat diterima oleh semua pihak terutamanya dalam isu 1MDB.
3. Kecewa, bengang, marah, geram, malu, sedih dan pilu. Itulah perasaan saya bila melihat kem dua tokoh politik yang saya hormati seolah 'berperang' sesama sendiri berkenaan suatu isu yang belum pasti, 1MDB. Hati ini bagaikan dihiris sembilu melihat apa yang berlaku. Pedih. Jauh dilubuk hati ini, malunya bukan kepalang...
4. Kem M mempersoal, mempertikai, menuduh dan tetap dengan pendiriannya mahu yang seorang lagi meletak jawatan. Manakala kem N pula bermati-matian mempertahankan diri dan dilihat berdolak dalih untuk memberi jawapan. Sehingga persoalan 1MDB belum terjawab, para penyokong di kem masing-masing saling londeh-melondeh. Entah benar londehan mereka, entah tidak.
5. Secara peribadi, saya melihat ini merupakan SATU MALAPETAKA bagi parti keramat yang menjadi simbol penyatuan bangsa Melayu di bumi bertuah ini. UMNO sama UMNO saling bertikam. Bukan bertikam dengan pembangkang, tapi bertikam sesama sendiri. Pembangkang bersorak sakan, rakyat di atas pagar makin keliru dengan kestabilan pembela nasib agama, bangsa dan negara ini. Sangat memilukan bagi saya.
6. Sangat mudah perkiraan saya tentang 1MDB. Soalan dan pertikaian sudah dilemparkan. Beberapa tuduhan pun sudah dibuat. Jadi hanya menunggu jawapan saja untuk diberikan. Sehingga kini, beberapa jawapan telah diberikan, namun belum benar-benar meyakinkan mereka yang bertanyakan soalan, pertikaian dan pertuduhan.
7. Memandangka persoalan yang dilontarkan itu boleh dikira agak berat, maka Perdana Menteri telah mengarahkan penyiasatan secara terperinci dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan PAC. Jaminan telah diberi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak akan berkompromi sekiranya berlaku penyelewengan di dalam 1MDB. Dan saya yakin dengan komitmen Najib, kebebasan Ketua Audit Negara dan pemimpin pembangkang di dalam PAC, sebarang penyelewengan di dalam 1MDB tidak akan dilepaskan walau secebis sekali pun.
8. Justeru itu, tidakkah boleh kita semua bersabar menunggu jawapan dari Ketua Audit Negara dan PAC? Susah sangatkah untuk bersifat sabar yang merupakan sebahagian dari iman? Jika dipecat pun semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, diturunkan Najib sebagaimana mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu, selesaikah masalahnya jika tiada sebarang jawapan sahih yang diberikan? Adilkah kita bertindak sedemikian?
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Bin Buang. |
9. Di Malaysia, kita mengamalkan prinsip keadilan, 'innocent until proven guilty'. Jadi, yang tertuduh atau dipersoal itu belum terbukti bersalah. Berlapang dadalah. Jika kita boleh berlapang dada selama 7 tahun sebelum Anwar disabitkan hukuman jenayah yang dia lakukan, mengapa kita tidak boleh berlapang dada demi UMNO, Presiden UMNO dan kestabilan politik parti kita? jika sudah terbukti, ada penyelewengan berlaku saya percaya Perdana Menteri akan bersikap Gentlemen membawa ke muka pengadilan pada mereka yang terlibat. Dan saya juga percaya, jika Presiden merasakan bahawa beliau sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dan ahli umno tak kanlah beliau mahu bersifat seperti 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.
10. Ahli Umno jugak, terutamanya kepimpinan cawangan, bahagian dan jugak bapak bapak menteri berikanlah signal yang jujur dan benar, jika benar merasakan perlu ada perubahan kepimpinan termasuk institusi presiden, tunjukanlah pada tempat yang sepatutnya, usulkanlah pemilihan umno diadakan selewatnya tahun hadapan dimana haulnya mengikut perlembagaan UMNO telahpun cukup.Gelanggang ini wajar kita buka untuk meletakan yang hak. demi mencari mandat baru 3juta ahli UMNO. Jika benar sokongan semua kepimpinan negeri menyatakan sokongan pada presiden tak berbelah bahagi, saya percaya Dato Seri Najib tiadalah masalah untuk mempertahankan jawatan, Dan kem Tun M jugak pasti akan akur dengan kehendak parti.
11. Pada pandangan ikhlas saya, ini adalah jalan terbaik untuk kita kembali menyegarkan kepimpinan dan mandat ahli. UMNO tak mampu berada dalam situasi tidak "Fit" untuk mengharungi pru14 kelak yang maha hebat dijangka pada 2018. Kita perlu menutup isu kepimpinan UMNO segera dan inilah "avenue" atau jalan terbaik yang gentlemen dari kepimpinan UMNO. dengan ini barulah kita selesa untuk fokus pada PRU14. Tahun hadapan adalah penentunya untuk pemilihan berlaku, jika tidak kita tiada masa lagi bercakaran selepas tahun hadapan. KITA HANYA ADA SATU PILIHAN IAITU MENANG PILIHANRAYA 14. kini kita masih punyai masa untuk buat keputusan. mahukan mandat baru UMNO atau kekal yang ada? tepuklah dada tanya la selera. jika kita pilih kekal, hentikan segala galanya yang mempunahkan apa sahaja integriti UMNO yang masih ada, UMNO adalah harapan rakyat dan bangsa. Saya percaya majoriti orang Melayu dan rakyat semua bangsa juga tidak mahu UMNO hanya tinggal nama dan sejarah, Namun, janganlah biarkan rakyat dan bangsa dirundung kecewa kerna kelak apa yang tinggal hanyalah binasa,

12. Tolonglah! Saya rayu! Saya mohon hentikanlah perkara bodoh yang sedang kita lakukan terhadap integriti parti sendiri. Tidak malukah pada rakyat? Sepatutnya, kita tahu bahawa UMNO punya saluran terbaik dan cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah kita. Jadi, tidak bolehkah kita gunakan formula itu demi survival parti tercinta ini? Hentikan segera. Bermula detik ini, tidak payahlah londeh-melondeh mendedahkan pekung di dada. Kem Tun M perlu berhenti 'berpencak silat', kem Najib pun perlu 'sarungkan keris kembali'. Letakkan Al-Quran di atas jemala tertinggi, letakkan bangsa di dada sendiri dan fikirkanlah masa depan penguasaan bangsa pribumi di tanah Melayu ini. Saya yakin kita semua sudah akil baligh dan matang untuk tidak bersikap seperti budak kecil yang 'kanyaq' dan mentah, Malulah pada kami anak anak muda UMNO yang terus menjunjung parti yang kami cintai ini,
13. Saya sedar kedudukan saya hanyalah seorang anak muda yang baru 'setahun jagung'. Namun bukan sifat saya untuk menderhaka pada parti. Malah saya sentiasa ingat pada pesan tokoh-tokoh agung UMNO untuk mendahulukan parti melebihi kepentingan sendiri. Justeru itu, tidakkah nasihat dan prinsip itu perlu juga diikut oleh tokoh-tokoh UMNO yang menasihati saya dan saudara-saudara separti saya yang lain? Saya hanya seorang anak muda Melayu yang mahu lihat UMNO terus gagah dan dipandang tinggi oleh rakyat untuk terus diberi mandat untuk memimpin negara. Biar dicincang lumat, biar dicantas rebah, saya tetap bangun berdiri teguh mempertahankan UMNO demi agama, bangsa dan negara.
14. Saya memohon maaf sekiranya penulisan saya kali ini agak keras.Cuma apa yang mahu saya lihat, UMNO kembali pada matlamatnya kerna perjuangan kita belum pernah selesai. Saya sedar, suara saya amat kerdil dan mungkin langsung tidak akan dipedulikan oleh mereka-mereka yang sedang menelanjangkan diri sendiri di khalayak ramai. Namun sekurang-kurangnya, saya telah melakukan tanggungjawab saya sebagai pemimpin muda yang berprinsipkan perjuangan parti yang tulen!
15. Saya tidak mengharapkan suara saya didengar atau gesaan saya dipeduli. Siapalah saya untuk membuat gesaan pada kem M dan kem N. Saya bagaikan 'mentimun yang berdepan durian, golek luka, digolek pun luka'. Namun demi UMNO, apalah sangat harganya sebuah kelukaan. Saya rela kerana DI SINILAH LAHIRNYA SEBUAH CINTA...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian AlorSetar
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.