1. 2018, tanggal 9 Mei, UMNO kehilangan kuasa. Suatu tragedi bersejarah yang cukup memilukan apabila buat pertama kali melihat parti keramat bangsa ini terpaksa melepaskan kuasa pentadbiran kerajaan persekutuan kepada sebuah pakatan parti politik yang sekian lama menjadi pembangkang di negara kita.
2. Atas nama demokrasi, kita terpaksa juga merelakan kehilangan kuasa politik yang selama berwasatiyah ini membawa agenda Islam, mempertahankan kedudukan bangsa Melayu dan mengemudi Tanah Melayu yang bernama Malaysia ini ke arah pembangunan serta kemajuan secara progesif berkonsepkan keadilan tanpa menganaktirikan bangsa bukan bumiputera.
3. Namun begitu, adalah amat menyedihkan melihat peribadi segelintir pemimpin UMNO yang sebelum ini diberi peluang diangkat sebagai calon dan dipilih rakyat sebagai wakil rakyat, tiba-tiba bertindak khianat berpaling tadah keluar parti dan 'melompat' menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
4. Padahal, pengkhianatan pimpinan PPBM inilah antara punca utama yang memecah-belahkan bangsa Melayu terutama di dalam UMNO, menuduh kepimpinan parti kita dengan pelbagai tohmahan dan pembohongan sehingga menyebabkan agama Islam, bangsa Melayu serta kebajikan rakyat yang selama ini terpelihara, kini diancam sejenis kerajaan baharu yang memundurkan Malaysia ke belakang.
5. Sememangnya sejak UMNO tewas pada 9 Mei lalu, kita dapat menghidu dan mendengar tentang 'katak-katak' ini. Pada mulanya, mereka bermati-matian menafikan diri akan berubah menjadi 'katak' dan lantang memomokkan setia kepada UMNO. Namun akhirnya terserlah jua kebobrokan itu seraya melompat tanpa rasa bersalah dengan memberikan pelbagai alasan yang melucukan berbanding alasan sebenar.
6. Namun begitu, kita tetap mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas tindakan tersebut. Mungkin juga ia merupakan sebahagian daripada hikmah di sebalik tewasnya UMNO. Sekiranya tidak tewas, pastinya kita semua tidak akan sedar tentang kewujudan 'katak-katak' berkenaan di dalam parti, bukan?

7. Sekiranya PAS suatu ketika sebelum PRU ke-14 diduga dengan 'katak-katak' yang melompat keluar parti gara-gara ditakdirkan tidak dipilih akar umbi sebagai barisan kepimpinan utama parti, nampaknya 'katak-katak' di dalam UMNO pula melompat keluar parti selepas kehilangan kelebihan sebagai parti kerajaan.
8. Biar apa pun, UMNO kini sedang berada di fasa pembersihan dalaman dan agenda pengukuhan semula parti. Setelah bermuhasabah diri sambil merawat luka ditubuh, UMNO kini lebih segar dengan barisan kepimpinan baharu yang menerima mandat dan amanah besar daripada pejuang-pejuang agama, bangsa dan negara.
9. Jika UMNO dulu sebelum merdeka berkorban darah, keringat, harta benda dan membentuk perpaduan membebaskan Tanah Melayu dari genggaman penjajah British, UMNO kini kembali pada asalnya berpasakkan segala yang ada untuk mengembalikan maruah bangsa dari penjajahan serta petualangan Raja Mendeliar dan Si Kitul versi alaf baharu.
10. Malah demi kepentingan UMNO dan memastikan agenda pengukuhan jatidiri parti kembali ke fitrah asal perjuangannya, dua pemimpin yang berada di puncak tertinggi menyerlahkan jiwa besar mereka untuk berkorban kedudukan demi sebuah perjuangan yang murni.
11. Datuk Seri Najib Tun Razak merelakan diri berkorban melepaskan jawatan Presiden UMNO, serta baru-baru ini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula sedia mendengar suara teguran akar umbi dan sanggup menyerahkan tugas sebagai Presiden parti kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
12. Sesungguh suara-suara itu bukanlah berniat untuk menderhaka, namun ia adalah semata-mata kerana terlalu sayangkan UMNO dan benar-benar ikhlas mahu melihat keutuhan sebuah institusi politik lagenda yang menjadi tunjang lahirnya sebuah negara bangsa yang bernama Malaysia.
13. Tidak terperi syukurnya pada Allah, tidak terhingga terima kasihnya atas jiwa besar kedua Presiden UMNO itu yang tetap berjuang bersama kita dalam menghadapi malapetaka yang dicetus Kerajaan Baharu yang gagal menunaikan janji, mengabaikan kebajikan dan memperkenalkan dasar-dasar baharu yang menghuru-harakan rakyat.
14. Mereka hingga hari ini bagaikan segerombolan pembangkang yang tidak sedar diri sudah menjadi kerajaan. Apa saja legasi kerajaan terdahulu sama ada dasar yang baik atau tidak, mereka mansuh dan gantikan dengan suatu yang mengundang amarah, kecewa dan ketawa kita.
15. Dalam kelam kabut kepalsuan pentadbiran di atas momokan sebuah Malaysia Baharu, DAP dengan bantuan PKR terus memperkuda dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri ke-4 dengan memeningkan kepala Perdana Menteri ke-7, serta dalam masa yang sama menyuntik agenda Malaysian Malaysia dengan mencabar perlembagaan negara.
16. Berdasarkan situasi semasa, kita rakyat Malaysia tidak lagi perlu ego dengan sentimen politik yang tidak berkesudahan. Tibalah masanya kita rakyat membentuk jiwa yang satu menyanggah kebejatan Pakatan Harapan yang songsang membawa negara melangkah mundur ke belakang.
17. Justeru dalam perjuangan kita membebaskan diri dan Tanah Melayu daripada cengkaman angkara murka ini, saya seikhlas hati merendahkan diri menyeru seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa atau fahaman politik supaya kembali sedar dan bangkit bersama UMNO menyelamatkan sebuah negara bangsa yang bernama Malaysia!
18. Bersempena tahun baharu 2019 ini, kita mengharapkan agar seluruh ahli dan kepimpinan UMNO termasuk diri saya untuk berlapang dada seikhlas jiwa untuk bersama nakhoda memperteguhkan bahtera parti bagi melayari lautan luas menuju destinasi matlamat.
19. Saya mengharapkan agar gelora badai yang dihadapi parti keramat bangsa ini semakin tenang ketika mana kebersamaan kita memperbaiki menambahbaik bahtera UMNO menyusuri sebuah perjuangan yang lebih holistik dan inklusif demi sebuah negara bangsa yang kita sayangi.

20. Bahtera UMNO ini haluannya mestilah mecapai tujuan yang menyelerakan aspirasi bakal-bakal penumpangnya yakni rakyat di pelabuhan-pelabuhan sepanjang destinasinya. Badan dan binaan yang kukuh kembali menyakinkan, kelasi-kelasinya yang meraih kepercayaan, nakhoda yang tinggi ilmu dan dihormati juga dipercayai mampu melabuhkan bahtera walau di mana saja destinasinya.
21. Nakhoda itu diyakini mampu mengharungi badai dan apa kemungkinan pelayarannya dan semua ini bukanlah untuk isi perut bahtera itu, bukanlah demi kelasi-kelasinya menjarah segala nikmat dan keselesaan mereka, tapi penumpang-penumpangnya yang bakal menumpang, yang bakal berpaut yakni segelap strata heirarki dan lapisan rakyat.
22. Itulah penumpangnya yang dulu ketika bahtera ini gagah dan kuat senantiasa menjadi harapan penumpangnya, bukan sahaja Melayu tapi kasihnya jua memayungi seluruh rakyat di bawah nama Malaysia.
23. Saya percaya, masih ada sirna pada UMNO dan perjuangannya, budaya kebangkitan dari dalam mestilah terus diterjemahkan, gelanggang pecak persilatan didalam “fortress” atau kubu kita sendiri wajar diraikan..menyanggah bukanlah derhaka, yang pasti bahtera ini janganlah direnjatkan pelayarannya mencapai destinasi matlamat.
24. Kerana, rakyat mahukan keyakinan dan kesucian, orang melayu mahukan keberanian, berprinsip penuh bermaruah, Agama perlukan perlindungan demi syiar terus terjunjung. Justeru, marilah sahabat dan keluargaku UMNO dari mana pun usul asal mu, biar bertatih pun kita, biar perit langkah bangun kita, istiqomahlah kita semua dlm perjuangan ini, langit mungkin tidaklah selalu cerah, tapi pastinya sirna pasti bakal menanti dihujung sana....
Selamat tahun baru bahteraku UMNO, selamat tahun baru destinasiku impianku Malaysia Baharu....

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Kedah.
|