1. Sudah beberapa kali atas nama kebebasan dan liberalisme A. Kadir Jasin cuba membuka horizon diskusinya seluas mungkin.
2. Walhal selaku wartawan senior dan tukang propaganda Mahathir sejak Mahathir menjadi PM4, ideologi beliau yang mengkritik sistem beraja adalah sealiran dengan bosnya yang kini merupakan PM7.
3. Kadir yang juga Penasihat Media PM7 dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dalam parti politik PPBM mana mungkin berani mengeluarkan sindiran nakal melalui tulisan dalam blognya berhubung institusi istana jika tanpa lampu hijau pendokong fahaman Republik.
4. Di awal kemenangan PH yang lalu entah kenapa beliau sengaja menghebahkan perbelanjaan istana negawa walhal ianya merupakan bajet khas yang sememangnya diperuntukkan atas nama Yang Dipertuan Agong dan tidak menjadi soal sebelum ini.
5. Kini digembar-gemburkan pula perbelanjaan istiadat pertabalan Sultan Kedah ke-29 dengan cara sindirian kononya ia satu majlis pembaziran berdasarkan sumber “hearsay” yang beliau dapat dari pegawai kanan negeri dan Menteri Kabinet yang menghadiri istiadat berkenaan.
6. Walhal perkara ini tidak pun perlu menjadi satu isu dan disensasikan melainkan adanya agenda tersembunyi Kadir Jasin untuk memburukkan Raja Raja Melayu dan Sultan Negerinya sendiri seperti mana kejayaan beliau membantu regim Mahathir mencalarkan imej Raja dan mengaibkan mereka di muka depan akhbar arus perdana semasa krisis Perlembagaan 1983 dan 1991.
7. Kadir boleh mendapatkan penjelasan terperinci dari Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan Menteri Besar Kedah yang terlibat secara langsung dan individu yang bertanggungjawab meluluskan segala perbelanjaan istiadat pertabalan berkenaan.
8. Malangnya Kadir memilih jalan sukar lagi sulit. Sinikal, tulisan berlapik dan menyindir Sultan Kedah membayangkan seolah-olah Sultan Kedah Darul Aman rakus menguasai banyak syarikat perniagaan, terlibat dalam banyak urusniaga selaku Pengerusi dan menguasai sumber bumi dan hasil balak negeri.
9. Itulah gambaran jelas yang dapat kita tafsir dari tulisan beliau... Walhal, hakikatnya Raja atau seseorang Sultan mengatasi politik dan urusan perniagaan konsesi yang sibuk direbutkan ahli politik termasuk puak PPBM sebaik saja menang PRU14 lalu.
10. Sultan adalah payung mahkota negeri tempat rakyat berpaut dan dalam konteks Sultan Kedah sendiri, baginda adalah seorang Sultan berdaulat dengan terjunjung nilai mulia selaku khalifah yang menjaga urusa agama Allah di muka bumi dalam jajahan takluknya.
11. Kadir serupa menjadi Melayu mudah lupa dan tidak tahu sejarah di mana Raja-Rajalah yang bersama UMNO menidakkan Malayan Union. Di Kedah, Almarhum Ayahanda KDYMM Sultan Salehuddin, Sultan Badlishah tidak mahu menandatangani deklarasi ini dan memperkenankan himpunan umat Melayu di Padang Court (Medan Bandar) 1946 dan memperjuangkan kemerdekaan. Di Kedah, sejarah kesultanan kita telah menggunakan kebijaksanaan dan berbagai helah untuk mempertahankan bumi Kedah dari serangan berbagai pihak Aceh, Bugis, Inggeris, Siam dan lain-lain.
12. Harus diingat KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehudin telah mengorbankan masa muda baginda di dalam tentera, menyabung nyawa mempertahankan negara di masa konfrontasi dan komunis darurat, tapi di mana Kadir Jasin berada??? Jangan persenda Sultan kita seperti perpatah ,'pukul anak sindir menantu'. Kalau nak sindir Sultan, mana yang berniaga cakap saja jangan sembunyi belakang orang. Kita tahu Kadir ini orang siapa dan Raja mana tidak sebulu dengan boss dia.
13. Apa sekalipun niat Kadir dan agendanya adalah jelas... Beliau bukan sahaja derhaka pada Sultan di negeri asalnya sendiri malah kini umpama merupakan kepala perang yang dipercayai Mahathir untuk mempromosikan idea negara Republik.
13. Kadir diingatkan jangan biadap dan sebaliknya perlu menjunjung tinggi institusi istana yang selama ini menjadi benteng terakhir ketuanan dan kedaulatan Melayu. Sesungguhnya Rakyat Kedah amatlah terkilan dan kecewa dengan tulisan seorang rakyat Kedah yang lupa tentang sejarah kesultan negerinya sendiri berdaulat lebih 1000 tahun. Kita juga ingin menuntut kenyataan MB Kedah selaku Timbalan Presiden PPBM adakah beliau bersetuju dengan artikel sindiran Kadir? Ibarat pepatah Melayu diam tandanya setuju!!!
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Kedah.
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.