1. Rata-rata kebanyakan ahli parti dan masyarakat bersuara mahu supaya UMNO berubah. Saranan yang semua ahli dan masyarakat acapkali dengar mendakwa sekiranya UMNO tidak berubah, parti keramat bangsa ini pasti rebah.
2. Hakikatnya kini, UMNO sebenarnya sudah pun 'direhatkan', buat pertama kali tewas pilihan raya umum dan kini berada di kerusi pembangkang. Namun begitu, saya yakin bahawa inilah masanya untuk UMNO kembali memperkukuhkan parti, agenda dan perjuangan. Banyak ruang untuk penambahbaikan dan perubahan secara menyeluruh demi kelangsungan parti.
3. Ikhlas tanpa berselindung, saya melihat bahawa daripada aspek struktur dan perlembagaan parti misalnya, UMNO jelas jauh lebih demokratik berbanding parti-parti lain di negara kita. Pemilihan UMNO baru baru ini telah menyaksikan majoriti kepimpinan berubah. Cuma beberapa sosok yang rakyat masih berpersepsi negatif akibat kesan daripada ‘regim’ lama masih kelihatan termasuklah Presiden.
4. Namun, demokrasi telah berjalan dengan baik. Jelas terbukti bahawa setiap wakil akar umbi yang terpilih secara demokrasi berjumlah 167,000 orang diberi ruang terbuka untuk mengundi pemimpin pilihan masing-masing secara bebas pada pemilihan parti. Kita mestilah memberi peluang dan ruang pada Presiden baru UMNO mencorak perubahan yang diidamkan bukan saja oleh saya selaku ahli UMNO tetapi juga rakyat yang mesti merasa dan melihat perubahan itu jika kita mahu rakyat kembali meyakini semula UMNO.
5. Namun begitu, saya berpandangan bahawa perubahan secara menyeluruh yang diperlukan sebenarnya adalah melibatkan budaya dan 'attitude' (sikap) kepimpinan dan ahli parti kita, termasuk diri saya sendiri.
6. Saranan saya yang pertama adalah sikap dan mentaliti kita menerima bahawa kita bukan lagi kerajaan. Kepimpinan mesti menerima bahawa kita adalah pembangkang dan ‘move on’ dan peranan dan halatuju kita mestilah menjadi lebih berwibawa membawa suara rakyat. Ini kerana rakyat pilih kita menjadi pembangkang ini juga adalah satu mandat yang mesti kita pikul. Bagi saya, fokus kita perlu jelas. Usahlah lagi berusaha mahupun berharap bahawa kita akan kembali menjadi kerajaan tanpa pilihan raya, iaitu melalui ‘politic dealings’ pintu belakang. Saya percaya jika ini berlaku ia tidak akan diterima rakyat dan pastinya impak negatifnya akan terus di terima UMNO. Kita akan dipersalahkan menidakan kuasa rakyat memilih.
Soal perjuangan kita, saya percaya rakyat terutamanya orang Melayu tidak pernah menolak Iaitu mengangkat dan mempertahankan martabat Agama, Bangsa dan Negara. Soal rasis sebenarnya tidak patut ditimbulkan sebab inilah perlembagaan negara kita. Islam adalah agama persekutuan, Melayu itu bangsa yang beragama Islam, dan negara ini adalah sebuah negara Islam. Memperjuangkan agenda kepentingan agama dan bangsa walau apa jua kos atau harganya mestilah diteruskan.

7. Keduanya, kita seluruh ahli UMNO di segenap peringkat perlu kembali merapatkan saf, tidak perlu bergolak sesama sendiri. Islam mewajibkan kita wajib bersatu dalam erti kata sebenarnya dan berupaya menyanggah musuh agama dan bangsa dengan satu suara.
8. Ketiga, sikap segelintir pemimpin dan ahli perlu ikhlas berubah supaya membuang identiti elitis, bersikap sombong atau susah didekati. Sebaliknya, kita semua wajar menjadi 'lebih biasa' daripada orang biasa.
9. Keempat, kita juga perlu memiliki sifat kesukarelaan yang tinggi dengan memberi sumbangan masa, tenaga, cadangan membina dan konsisten berjuang demi kepentingan agama dan bangsa, tanpa sebarang niat untuk kepentingan diri. Kita mesti sedar bahawa ramai di antara ahli kita kurang lagi kualiti ini. Soal nilai dan kepentingan imbuhan menjadi perkara pokok ahli kita sebelum ini. Kini tibalah masanya untuk kita kembali keperjuangan asal kita. Kesukarelawan kita yang pernah wujud 72 tahun dahulu bergolok gadai demi kelangsungan parti umat Melayu ini.
10. Selain itu, kita perlu terapkan dalam diri bahawa menyertai parti keramat bangsa ini tidak sesekali mengharapkan sebarang imbuhan, 'memeras ufti', mahukan projek tertentu daripada sesiapa. UMNO adalah parti politik, bukan ruang berniaga untuk keuntungan diri.
11. Pimpinan dan ahli UMNO perlu menjadi ikon atau role model masyarakat. Kita seharusnya meneruskan tradisi sebagai sebuah parti yang boleh diharap masyarakat dan diyakini menjadi jurubicara isu rakyat, memimpin gerakan massa dan bangkit segera apabila timbulnya perkara mudarat kepada ummah.
12. Bercakap memang mudah, namun untuk melaksanakan saranan-saranan ini tidak semudah yang disangka. Namun begitu, sekiranya setiap kita memiliki jati diri yang teguh, keberanian tulen, semangat juang yang tinggi, saya yakin kita pasti bersedia untuk berdepan risiko menghadapi regim diktator yang terkenal zalim dan memeras sepertimana sekarang.
13. Paling mustahak dan utama, asas dan pegangan agama kepimpinan dan ahli UMNO mestilah teguh, persis kekuatan aqidah dan kekentalan daya juang para sahabat Nabi SAW. Jika kita memiliki kekuatan itu, mampukah mereka menghadapi jihad kita?
14. Dalam konteks inilah maka pentingnya amalan dalam konsep tarbiyah, program latihan atau tamrin kita laksanakan, selain penerapan intipati perjuangan politik Islam dan kebangsaan yang harus digauli lagi difahami di setiap peringkat.
15. Kita perlu sedar bahawa pilihan menyertai UMNO memberi erti diri kita menggalas satu tanggungjawab yang besar dengan membawa matlamat memenangkan perjuangan politik sebuah bangsa Bani Jawi agar kedaulatan negara kembali terpelihara.
16. Kita perlu pastikan supaya Institusi Raja-Raja Melayu, kedaulatan dan kemuliaannya kembali terpelihara. Lebih utama, kita perlu berjuang memastikan agar agama Allah kembali bersinar cemerlang dan tidak dinafikan pihak-pihak tertentu.
17. Menyertai UMNO bukan sekadar suka-suka atau hanya mahu menikmati jamuan makan percuma, pemberian topi atau t-shirt percuma mahupun dapat melancong percuma. Itu semua bukan asas perjuangan kita.
18. Akan tetapi, setiap yang 'membaiah' menyertai UMNO didepannya tersedia untuknya satu jawatan 'laskar' yang berjuang demi perjuangan yang mulia. Jawatan itu menuntut kita untuk berkorban secara luhur, biarpun akhirnya darah dan airmata perlu ditumpahkan.
19. Saya yakin bahawa melalui 'total change' dan kesungguhan membawa perubahan nilai, sikap, budaya dan keutamaan pegangan ini, maka UMNO akan tetap kekal relevan menjadi pilihan dan ingatan setiap rakyat Malaysia yang berminda positif dan rasional.
20. Usahlah hanya mendesak perubahan UMNO jika diri kita sendiri tidak mahu berubah dan enggan menyedari atau mengakui kelemahan diri. Sebaliknya, kita perlu bersama dalam agenda perubahan ini demi masa depan perjuangan asal parti kita.
21. Bersempena hari kemerdekaan ke-61 ini, seharusnya kita menghayati segala pengorbanan, usaha dan perjuangan UMNO sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu ini daripada belenggu penjajahan ratusan tahun.
22. Dan kini, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang UMNO untuk memperteguh kembali jatidiri dan semangat nasionalisme anak bangsa sebagaimana perjuangan terdahulu menuju ke arah memerdekakan penjajahan ideologi baharu. Biarlah segalanya kerajaan PH hari ini berusaha memomokan kita, bertali arus berusaha memadam dan membunuh karektor kita. Satu sahaja yang sesiapa pun tak boleh nafikan adalah jasa UMNO memerdekakan negara bangsa ini! Inilah kebesaran UMNO yang mesti kita semat sebagai pembakar semangat agar kita bangkit dan kembali diyakini rakyat. Insyaallah kita bakal kembali sebgai kerajaan secara terhormat!
23. Ayuh kita mulakan dengan penyatuan umat Melayu. Allahu Akbar..! Allahu Akbar..! Allahu Akbar..! Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!

Salam kemerdekaan ke 61. Sayangi Malaysiaku. sayangi UMNO kita!
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.