Monday, 29 October 2018

SYED SADDIQ KELIRU LAGI MENGELIRUKAN


1. Saya meneliti karangan kebudak budakan ala pelajar PT3 tentang ketuanan Melayu oleh YB Ketua Armada Bersatu. Nyata benarlah YB tidak matang kerana gagal memahami apa itu konsep Ketuanan Melayu.

2. Mengaitkan ketuanan Melayu dengan krisis sosial dan ekonomi umat Melayu adalah satu penataran kronologi bandingan yang silap. Isu kelemahan ekonomi, krisis moral berkait dengan soal sikap dan dasar pemerintah. Isunya, sejak PH memerintah YB Syed Saddiq perlu akui bahawa krisis ekonomi, agama dan sosial umat Melayu kian ditekan.

3. Ketuanan Melayu tidak perlu dipolitikkan melalui sikap celaru dan keliru Syed Saddiq. Hakikatnya konsep ketuanan Melayu merujuk kepada penduduk asal Tanah Melayu yakni bumi Malaysia.


4. Atas dasar itu jaminan hak untuk bangsa berkenaan sepertimana jaminan hak kepada peribumi di negara lain diperuntukkan dalam Perlembagaan. Maka amatlah tidak bertepatan bila mana Syed Saddiq bercakap soal Ketuanan Melayu dalam masa yang sama pula menekankan soal kesaksamaan antara kaum.

5. Apa yang penting sekarang sejauh mana upaya kerajaan PH mengisi, melaksana dan melindungi peruntukkan hak yang diberikan kepada Melayu selaku penduduk asal dan tanpa mengenepikan hak kaum lain yang sememangnya sudah dijamin.

6. Syed Saddiq tidak perlu bercakap diluar konteks dengan pandangan yang mengelirukan dan berbaur idea seolah olah mahu membawa negara ini menjadi sebuah Republik.


7. Pesan orang tua tua, jika malu bertanya maka akan sesat jalan. Syed Saddiq dinasihatkan jangan membuat tafsiran sendiri berhubung konsep Ketuanan Melayu semata-mata mahu cipta kontroversi dan mencari populariti murahan di kalangan bukan Melayu...

8. Saya ulangi bahawa Ketuanan Melayu merujuk kepada Melayu selaku penduduk asal dan duduk lebih lama di negara ini berbanding kaum lain. Maka dengan itu, sewajarnya hak dan beberapa keistimewaan yang telah diperuntukkan Perlembagaan dipertahankan, bukannya dimusnahkan seperti mana idea bebal YB Syed Saddiq. 

9. Soal bandingan sosial, ekonomi dan agama orang Melayu adalah perkara yang berbeza dan menjadi tanggungjawab kerajaan terutamanya parti PPBM sendiri yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu wajib menyediakan dan memperkemaskan landasan yang ada untuk orang Melayu terus bersaing meningkatkannya dari masa ke semasa. 


10. Pada masa yang yang sama, saya mengingatkan beliau jangan berlebihan dalam membawa agenda pembaharuan yang dikutip dari negara luar yang tidak menepati kehendak penduduk negara ini. Acuan setiap negara adalah berbeza. 

11. Dari sudut yang lain saya sebenarnya tidak terkejut dengan kenyataan beliau kerana kenyataan itu adalah gambaran sentimen ramai anak muda sekarang ini yang tidak mahu peduli dengan pejuangan demi agama dan bangsa kerana terpengaruh dengan hasutan liberalisme dipelopori DAP.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan 
Pergerakan Pemuda UMNO Kedah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.