1. Saya tertarik sangat dengan tawaran RM100 juta yang ditawarkan Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, kepada sesiapa saja yang dapat membuktikan beliau menagih tanah Kedah untuk kepentingan diri dan syarikatnya. Bukanlah bermata duitan, namun beliau perlu hati-hati dengan tawaran tersebut. Bimbang juga jika ada yang bisa membuktikannya.
2. Satu sen pun belum KFA terima, tapi D'Herbs dan Aliff Syukri sudah dapat publisiti percuma. Mulanya dulu katanya 'tanpa syarat'. Kemudian tidak jadi taja, kononnya kerana Kedah bertukar MB. Tapi kemudiannya 3 pertemuan diadakan dengan KFA berbincang tentang terma tajaan.
3. Saya difahamkan KFA tidak pernah menawarkan sebarang projek usahasama yang tiada kaitan dengan bola sepak Kedah dengan pihak D'Herbs. Namun Aliff Syukri dalam sidang media baru-baru ini mendakwa beliau ditawar membangunkan sebidang tanah.
4. Kenyataan itu membuat saya tertanya, siapa yang tawarkan tanah tersebut pada Aliff Syukri. Yang pastinya bukan KFA kerana bidang tanah itu bukan milik KFA. Aliff Syukri perlu tanya soalan tersebut pada dirinya sendiri dan jawab seikhlas hati.
5. Jika dikatakan ia ditawar oleh wakil atau syarikat perunding yang mewakili KFA, tapi tanpa pengetahuan pihak KFA sendiri, maka mungkin Aliff Syukri telah tertipu oleh pihak tertentu. KFA tidak pernah tawar tanah atau projek di luar bidang kuasanya.
6. Apa motif Aliff Syukri sebenarnya dengan mendakwa MB Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menipu, memalukan dan memfitnah dirinya? Kerana isu tanah yang dicadang untuk projek usahasama itu?
7. Adalah menjadi tanggungjawab Ahmad Bashah selaku MB untuk melindungi kepentingan negeri Kedah dari dimanipulasi pihak tertentu. Pihak tertentu itu tidak semestinya Aliff Syukri, namun mungkin pihak lain yang cuba mengambil kesempatan.
8. Pendapat saya, jika Aliff Syukri mahu melabur dalam sektor hartanah, property development atau perniagaan strategik, adalah lebih wajar beliau bawa proposal itu kepada Kerajaan Negeri Kedah atau Exco berkaitan. Tapi bukan kepada KFA.
9. Namun jika Aliff Syukri benar-benar berhasrat untuk membangunkan bola sepak Kedah, maka mungkin boleh dicadangkan kepada KFA tentang proposal dan perancangan strategik seperti perencanaan pembangunan bola sepak JDT. Ia tidak membabitkan tentang tanah milik kerajaan negeri atau GLC Kedah, dan ia perlu berkait dengan soal bola saja.
10. Saya yakin, KFA boleh penuhi syarat D'Herbs jika syarat tajaannya sama standard termanya seperti Standard Chartered menaja Liverpool. Sangat gentleman dan benar-benar dalam situasi 'menang-menang'. Publisiti pun dapat, Liverpool pun puas hati. Khabarnya tidak banyak jumlah Liverpool ditaja, cuma £30 juta pound sterling sahaja.
11. Sebelum ini saya pernah melihat beberapa bentuk iklan D'Herbs yang dikatakan 'terlajak melampau' paparan promosinya. Saya bimbang juga iklan-iklan 'terlajak melampau' sebegitu akan memenuhi ibu negeri dan semua daerah di negeri kami.
12. Khabarnya mahukan bilik VIP khas mengadap padang, suite DiRaja? Bagaikan setaraf dengan Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan pula? Siapa yang cadangkan pada Aliff Syukri untuk meminta sesuatu yang 'terlajak melampau' sebegitu?
13. Selaku die hard fan Liverpool, belum pernah lagi seumur hidup saya mendengar Ian Rush atau Kenny Daglish jerit perkataan 'Carlsberg' setiap kali menjaringkan gol untuk Liverpool. Hazard pula tidak pernah jerit 'Samsung' setiap kali jaringkan gol. Cuma tulisan Standard Chartered dan Samsung terpampang di jersi mereka ketika meraikan gol menerusi lensa siaran langsung. Itulah etika tajaan sebenar.
14. Saya difahamkan DHerbs mahukan pengecualian cukai 100% dari jumlah tajaan? Teori dasar fiskal dari manakah idea ini diperolehi? KFA boleh luluskan pengecualian cukai? Jawatan Ahmad Bashah dalam urusan ini adalah sebagai Presiden KFA dan bukan MB Kedah. DHerbs perlu tahu perbezaan kuasa bagi kedua jawatan tersebut walau disandang oleh pemimpin yang sama.
15. Saya melihat syarat-syarat 'terlampau' dari Abang Terlajak Laris seperti yang disebut umum itu adalah suatu yang bersifat 'terlajak taja'. Begitu juga dengan tawaran RM100 juta itu, bagaikan 'terlajak tawar'. Mungkin itulah jadinya bila serba-serbinya 'terlajak'.
16. Berdasarkan beberapa syarat yang Aliff Syukri sendiri dedahkan dan beberapa fakta benar yang saya ketahui, tindakan KFA adalah tepat untuk menolak 49 syarat cadangan yang dikemukakan Dherbs secara keseluruhan.
17. Kadang-kadang, kita harus akui wang itu bukanlah segala-galanya. Ia tidak dapat membeli kepentingan rakyat Kedah. 'Manipulasi' pula perlu dikekang dari mengancam kepentingan rakyat dari tergadai demi kepentingan pihak tertentu.Berbeza pula dengan Aliff saya kira, pertimbangan beliau adalah wang, Difahamkan ketika segala sidang media yg dibuat oleh pihak dherbs tentang isu tajaan ini jualan produknya telah meningkat berkali ganda Inilah strategi dan agendanya!!!
18. Saya positif mengatakan mungkin Aliff Syukri telah dimanipulasi pihak tertentu yang kemudian menjadikan Ahmad Bashah sebagai mangsa keadaan bagi mereka yang teruja dengan kehadiran Abang Terlajak Laris di Stadium Darul Aman.
19. Namun begitu, semua pihak juga perlu sedar bahawa kepentingan negeri Kedah adalah menjadi keutamaan Ahmad Bashah yang perlu dipelihara sebagai amanah yang wajib dijunjung. Itulah ertinya tanggungjawab. Bukan sekadar setuju tandatangan sahaja, tapi tergamak menggadai kepentingan rakyat untuk keuntungan berat sebelah yang merugikan negeri.
20. Saya sedar bahawa Ahmad Bashah ditohmah begitu hebat sekali tentang isu ini. Namun saya yakin bahawa beliau akan lebih teruk dikutuk dan dihentam jika KFA bersetuju dengan 49 syarat 'pelik' yang dikemukakan itu.
21. Buat Aliff Syukri, buang yang keruh, ambillah yang jernih. Berlapang dada dan cubalah bermuhasabah. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jika benar ikhlas, saya yakin Allah akan buka jalan seluasnya buat Aliff Syukri untuk berbakti di negeri kami. Harapnya, biarlah berpadanan dan tidak lagi 'terlajak' seperti sebelum ini.
22. Buat masa ini, anggap saja kita 'tiada jodoh'. Namun jika berhajat, masuklah 'meminang' dengan 'adab dan adat' yang betul. InshaAllah, segalanya akan dipermudahkan.
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
mintak maaf la Tuan.. kalo setakat dengar sembang mulut ke mulut.. xde dlm meeting.. xtau isi sebenar dlm proposal... xpyh la sembang kencang nak ulas macam semua tau.. prangai 'acah² tau' Tuan ni xblh pki kalo xtau benda sebenar.. apa yg Tuan ulas ni 99% sampah... sy bg beberapa point je la.. kalo dia nk bilik VIP.. takde la dia bodoh pi duduk kt tmpt penonton walaupun ditawarkan duduk tmpt VIP.. dia org bisnes.. takkan la dia xtau xblh claim 100% utk tax.. sbb tu dia ada ckp akan sponsor RM5j kalo x dpt projek tu.. sbb tu amount yg boleh claim sbg pengecualian.. x pyh jadi org politik la kalo setakat berbekalkan perangai acah² dan kuat bodek...
ReplyDeleteCakap banyak mcm hg tu pandai sangat... budak2 mcm hg ni sembang ja pompang2... Apa jasa hg utk negeri Kedah yg hg rasa hg cukup hebat dh nk suka2 hina org sana sini hah ???
Deletejasa dia kt negeri kedah,dia bayaq cukai pintu,cukai tanah x termasuk ahli keluarga dia yg lain yg duduk dlm negeri kedah.tu x kira lagi benda2 alah lain yg nk kena bayaq.hg sembang dok back up boss hg ja.pumpang2 gak.hg berani hg turun nk tgk berapa ramai rakyat kedah nk sokong hg.piirahh.sembang mcm keling.pui!
DeleteBla..bla....bla...bla....bla....blaaaaaa......
DeleteBla..bla....bla...bla....bla....blaaaaaa......
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya berpandangan YAB Ahmad Bashah perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dato Aliff Syukri bagi membersihkan nama dan maruah YAB sendiri dan rakyat Kedah Serata-rata
ReplyDeleteSaya berpandangan YAB Ahmad Bashah perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dato Aliff Syukri bagi membersihkan nama dan maruah YAB sendiri dan rakyat Kedah Serata-rata
ReplyDeleteTuan sembang ape ni? Dokumen takde.. bukti takde.. ade gambar2 curi je yg ada pun...itu pun tujuan nak memburukkan pihak yang sana... Tuan ni orang politik.. cuba matang sikit bila menulis blog..
ReplyDeleteLama ke fikir nak buat cerita ni? Tak berapa nak jadi la cerita ni..sila perbaiki cerita yang orang boleh percaya sikit
ReplyDeletePerlu ada tindakan untuk mengeruhkan keadaan..kalau setakat bgtau suruh dato aliff diam mmg x kemana..isu ni akan terus jd bola tanggung buat org yg suka mendombakan keadaan..
ReplyDeletePerlu ada tindakan untuk mengeruhkan keadaan..kalau setakat bgtau suruh dato aliff diam mmg x kemana..isu ni akan terus jd bola tanggung buat org yg suka mendombakan keadaan..
ReplyDeletetanah kat mana dato alif nak? bukan kah tajuk propsal dia projek usaha sama? dey, saya sendiri dah berbelas proposal usahasama buat antara agensi, antara syarikat, antara negara dengan negara pun saya buat. tak ada namanya proposal berat sebelah. proposal gunanya untuk mengetengahkan plan cadangan, perbincangan perlu dilakukan oleh kedua belah pihak untuk mencari titik persamaan. kalau saya ada tanah tapi tak ada modal maka saya mencari pemodal dengan keuntungan perkongsian. la ni kfa dan kerajaan negeri terima proposal, meeting sama sendiri dan buat keputusan sedangkan mengikut dato alif dia tidak diberitahu atau dipanggil untuk perbincangan terma dan pengubahsuaian. ni ka mutu pelapis umno kedah? tunggu kena kambuih la kalau mcm ni. tun m pun dah kata trend la ni yg pandai masuk keadilan, profesional masuk pas, hat bahlol masuk umno. lain dari tahun 80an 90an dulu.
ReplyDeleteDepa ni sembang lebih.. Kalo btol bg je bukti.. Dpt 100 juta.. X pyh cr penaja.. Ni stakat sembang kat blog.. Pukui blkg.. Pi la buat pc kalo btol.. Btoi dak??
DeleteSyed joe ni haprak
DeleteSyed joe ni haprak
Deletesaya sokong abg mahaguru 100%.
DeleteNi bukan fakta tapi sampah semata-mata...mcm ni ka pelapis pemuda umno..mcm tin kosong
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHebat nyer smpai bole tau syarat standart chtred n liverpool..ni mesti dok skali ms deal tu..tu yg bole tau smua..hahaha..hebat tul org umno merangkap macai ni..benda cmni pun bole spin lg..haha..lg 1 30j pound sterling tu jgn la compare ngn RM30juta duit kita..jauh beza kot rate..hahaha...nape smua org umno ni bodo..mmg tradisi ke??hahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRasa rasa Dato alif nak pengurusan yg lama,,tu yg tak boleh nak terima kot,,pastu kluaq takut maruah tanah tergadai,,kalau tak kerana Dato alif,dah banyak tanah kat kedah tergadai dek kerana ahli politik yg slogan RAKYAT DI UTAMA KAN,,,
ReplyDeletejgn jilat bg abes bang oii... jikat skit2 sudah lahhh... tglkan skit tuk macai2 lain..tuk anak2 ke nnt.. harap anak2 xjd bebai mcm ni k
ReplyDeletejgn jilat bg abes bang oii... jikat skit2 sudah lahhh... tglkan skit tuk macai2 lain..tuk anak2 ke nnt.. harap anak2 xjd bebai mcm ni k
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete