1. Sejak ditubuhkan pada 1946 hingga ke hari ini, siapa pun tidak mampu menafikan jasa UMNO. Dari hanya beberapa juta rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan hingga kini kira-kira 31 juta rakyat Malaysia pasti pernah merasa nikmat perjuangan yang diberikannya. Sejak lahir hinggalah ke liang lahad.
2. Walau ditohmah dan dibadai fitnah pihak tertentu, kerja untuk negara tetap diteruskan, khidmat untuk rakyat tetap diperkukuhkan. Jerih payah pengorbanannya tanpa kenal jemu, pagi dan petang, siang dan malam, tanpa mengenal lelah.
3. Sebagai parti politik tonggak yang sejak merdekanya mentadbir negara, maka tentunya UMNO dicemburui musuh politiknya. Lantaran itu, usaha berterusan dikomplotkan untuk rebahkan UMNO, dengan apa cara pun jua. Hingga matlamat menghalalkan cara pun diredahnya untuk mengejar kuasa dari UMNO.
4. Teguh dan uniknya UMNO, kerana dek kepelbagaian, struktur organisasi yang lengkap dari peringkat Pusat hinggalah ke Cawangan-Cawangannya yang mantap, UMNO tetap utuh dan kekal diyakini rakyat di negara kita.
5. Proses dalam UMNO juga dinamik biarpun segelintir yang kecewa mendakwa kononnya demokrasi sudah 'mati'. Lantas mereka sanggup mula bersekongkol dengan musuh bangsa dan agama. DAP yang dulunya 'diludah' mereka, kini dalam dakapan mesra.
6. Sepanjang sejarah dasar perjuangan UMNO, parti keramat bangsa ini juga konsisten mengamalkan dasar-dasar parti seperti mana yang termaktub di dalam Artikel 3, Perlembagaan UMNO. Bezanya hanya cara pelaksanaan dan penambah baikan mengikut kesesuaian peredaran zaman.
.
7. Kini di era Najib Razak, cabaran membadai kian bertali arus terhadap UMNO. Apatah lagi era ini, dianggar seramai 20 juta pelayar internet dan 41% darinya memiliki akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
8. Segala isu begitu mudah diviralkan. Gambar-gambar diedit, disuper impose kian bertebaran di media maya oleh pihak tertentu hanya kerana mahu wujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat. Tujuan mutlak mereka hanya satu, menjatuhkan UMNO dari teraju kuasa. Bila UMNO sudah hilang kuasa, maka mudahlah mereka bermaharajalela berbuat apa sahaja yang mereka suka.
9. Empat teras kepentingan kita yang ingin mereka ganggu gugat, Islam, kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu, dan menidakkan kedaulatan Raja-Raja bukan lagi rahsia. Empat perkara itulah tiang seri kekuatan bangsa Melayu. Hatta Perlembagaan Persekutuan pun disyaratkan untuk memelihara keempat perkara itu ketika negara ini terbentuk.
10. Apabila keempat-empat tonggak penubuhan negara itu berjaya diruntuhkan satu persatu, maka mudahlah agenda mereka memecah belah, direkayasa. Natijahnya, kekallah sepsis Melayu sebagai produk pameran pelancongan di muzium seperti puak Read Indian di benua Amerika.
11. Namun, Allah itu terbukti Maha Kuasa. Kesedaran ahli-ahli, dokongan penjawat awam, alim ulama, dan doa golongan yang soleh masih menyebelahi UMNO. Kita bangkit menongkah unsur yang mampu merosakkan segala yang terbina selama ini.
12. Hakikatnya, walaupun cuba dinafikan musuh-musuh politik, hati kecil mereka pasti mengakui bahawa UMNO adalah penentu kestabilan negara hingga ke hari ini. Track record UMNO mentadbir kerajaan, tiada sesiapa pun mampu nafi. UMNOlah yang memacu ekonomi dan memupuk sikap harmonis antara kaum dan etnik, sedangkan musuhnya sering cuba mencemar usaha tersebut.
13. Itulah UMNO yang kini berusia 70 tahun. Walau dinista dan ditabur dengan tanggapan negatif berfaktakan kepalsuan, Allah SWT tetap memelihara dan mengamanahkan kuasa padanya. Tidak perlu diletak perkataan 'Islam' atau 'amanah' pada namanya, namun dasarnya begitu Islamik dan komited melaksanakan amanah yang dipikul.
14. Terbukti sudah. 70 tahun, biar cabaran membadai menerjah ke pantai, namun prinsip perjuangan UMNO sukar digoyah dan tidak mungkin tergadai. Itulah jati diri pejuang-pejuang UMNO tulen. Tidak seperti mereka yang hanya mementingkan diri mengejar kuasa, tapi tiada rasa malu untuk mengaku kononnya 'sayangkan parti'.
15. 70 tahun membenih jasa, menabur khidmat untuk semua. Cukup matang dan berpengalaman untuk terus memberi khidmat kepada agama, nusa dan bangsa. Zaman terus beredar, pemimpin bersilih ganti, UMNO tetap teguh di bawah rahmat Allah SWT.
16. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE-70. Hidup Islam..! Hidup Melayu..! Hidup UMNO..! Dirgahayu parti perjuangan ku...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.