1. Di England, Rowan Atkinson yang membawa watak Mr. Bean adalah seorang Ph.D holder. Bukan calang-calang mahu jadi pelawak sekalipun. Meskipun siri Mr. Bean dan filemnya adalah lawak tanpa dialog, namun jadi ikutan dan kegemaran seluruh dunia. Inilah hebatnya, bila intelektualisme mendasari pemikiran.
2. Namun di Malaysia, bila emosi dan kekaburan serabut meliputi minda, maka lain yang dilontar atau diungkap, lain pula yang difahamkan. Mr. Bean aka Mahfuz Omar, yang diberi gelaran 'manja' oleh ramai facebookers dan bloggers, tidak semena-mena menyatakan MB Kedah setelah 100 hari pentadbiran beliau konon-kononnya masih menyalahkan anak muda.
3. Inilah kekalutan 'BLUUR' serata-rata.. apa yang saya ikuti, gerak kerja MB sejak mengangkat sumpah pada 4 Febuari 2016, yang diusahakan beliau ialah menyediakan pelbagai platform kepada anak muda Kedah untuk masa depan yang serba mencabar. Ramai anak muda yang turut serta menyokong dan menikmati inisiatif berpandangan jauh beliau itu.
4. Berbanding Mukhriz, yang dijaganya hanyalah kelompok anak muda kroninya yang beroleh habuan dan 'ufti' dari khazanah Kerajaan Negeri Kedah (kita tak perlu bongkar semuanya, walaupun ada data dan angkanya).
5. Mukhriz selfie sini sana dan akhirnya, semenjak bekas MB Kedah, Tan sri Osman Aroff menjadi Presiden KFA, Mukhrizlah MB Kedah pertama 'memperkakaskan' harta awam seperti padang bola dan pasukan Hijau Kuning untuk menjadi alat-alat politiknya. Tindakan 'Bluuur' serata-rata.
6. Walhal peluang kerja untuk anak muda, peluang pendidikan, peluang latihan bagi mahasiswa anak Kedah, usaha menempatkan anak muda Kedah dipentas global dan ruang anak muda mencari makan di Kedah tidak pernah pun difikirkan Mukhriz. Beliau bagaikan 'khayal'..syok sendiri. Mewah dan megah berulang alik dari KL-AOR menaiki jet mewah milik Berjaya Group atau milik abang dan bapaknya.
7. Nah..bila Ahmad Bashah ditakdirkan Allah menjadi MB Kedah, satu persatu agenda dan ruang bagi anak muda disediakan. Ikutan sorotan berikut:
- 7 Mei 2016- Litar Lumba Rakyat dimuktamadkan pembinaanya di SP, pada tahun ini juga(3 tahun Mukhriz Bluur dengan janjinya).
- 7 Mei- Inseting pengurusan RM2 ribu setiap persatuan belia yang aktif dan berdaftar dengan Jabatan Belia dan Sukan.
- 8 Mei 2016- Program IMAN(Internship Mahasiswa Anak Negeri) dipelopori. Pengambilan pertama seramai 10 orang pelajar cemerlang dari IPT dalam dan luar negeri anak Kedah bermula 1 September 2016 ditempatkan di pejabat MB, SUK, EXCO dan GLC Negeri.
- 8 Mei- Insentif dana pentadbiran bagi persatuan Mahasiswa Anak Kedah(RM3ribu setiap persatuan) bagi yang bernaung di bawah ANSAR.
- 8 Mei- Dua buah bas diumumkan bagi setiap IPTA Lembah Kelang untuk anak mahasiswa Kedah pulang beraya musim perayaan Aidilfitri.
- Padanan Industri Anak Muda Kedah - mempertemukan lulusan TVET (Faham ka Mr. bean Pokok Sena TVET tu apa?) dengan lulusan teknikal dan vokasional Kedah untuk diambil bekerja. Program pertemuan pertama, pada Oktober tahun ini, disusuli kali kedua pada Febuari 2017. Maknanya, jumpa, interview terus diambil kerja. Praktikal dan berkesan.
- Penubuhan Akademi Bolasepak Dato Ahmad Basri(ADAB) - dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Pusatnya di Kompleks Hijau Kuning. MOU, naiktaraf infra sedang giat dijalankan. Bulan puasa tahun ini sudah boleh dirasmikan, pengambilan pelatih batch pertama selepas raya dari 12 buah daerah di Kedah.
- Agenda Anak Muda Kedah digubal - sekteriatnya di bawah Setiausahsa Kerajaan Negeri, menyalur, mengenalpasti kebolehan anak muda untuk ditempatkan dalam bidang yang sesuai. Sudah jadi Dasar Negeri, wahai Mr Bean!
- SUKDA (Sukan Kedah Darul Aman) - dihidupkan kembali dengan temasya pertama pada bulan Disember 2016. Melibatkan beberapa jenis pertandingan, mengikut peringkat umur, penglibatan dari semua daerah dan setiap pasukan yang diurus oleh Pegawai Daerah, dimestikan akan diwakili oleh masyarakat berbilang kaum.
- Apa lagi, penubuhan Barakah Volunteer Squad - setiap kawasan Parlimen, terdiri dari kalangan anak muda untuk membantu kerja kemanusiaan, memupuk sikap kesukarelaan.
- 17 Mei 2016 - pemberian RM110,000 untuk 11 buah pondok dan RM220,000 untuk pembelian kitab bagi pondok-pondok agama di Kedah. RM1.7 juta disalurkan untuk pelajar asrama Sekolah Agama Rakyat seluruh Kedah bagi meringankan beban ibu bapa. 2 tahun lagi wahai MatPut.. Kedah jadi Hub Maahad Tahfiz dan Pengajian pondok Agama di Malaysia. Patut PAS berjaya buat dah dulu.. Duhai Mr Bean aka Bluur, berapa jumlah diperuntukkan untuk Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat semasa PAS mentadbir Kedah (2008-2013)? Ada angka ka? Yang difahamkan hutang RM330 juta bagi pembinaan KUIN, dengan kos selenggara setahun sahaja RM22 juta, campur hutang beserta bunga faedah berjumlah RM42 juta setahun yang kini terpaksa ditanggung oleh kerajaan pimpinan Ahmad Bashah.
- Ada lagi ka untuk anak muda? Ada bro.. 1 Jun 2016 Pusat tuisyen Barakakah Kedah - percuma di 15 kawasan Parlimen untuk pelajar SPM. Ahmad Bashah selaku 'Abah', faham pentingnya pendidikan sebagai alat kemajuan. Pusat tuisyen ini menelan belanja RM800,000 setahun termasuk bayaran elaun guru dan sewa tempat, tapi Ahmad Bashah tak peduli itu semua, sebab baginya pendidikan adalah pelaburan. Maka dia tugaskan GPMS untuk menyelia tuisyen berkenaan. Mahfuz aka Mr Bean kalau ada anak menakan atau anak sendiri yang nak ambil SPM tahun ni, tahun depan dan berikutnya, jangan malu mai hantar.. Diterima tanpa prejudis politik!
8. Cukuplah takat tu..nanti kita sambung siri ke-2. Masa Depan Kedah Bermula Hari Ini - itulah yang diamanatkan Ahmad Bashah dalam ucapan rasmi 100 harinya, kerana mahu anak muda Kedah berada di pentas global.. Oops..lupa..Oktober tahun ini, 5 orang anak muda KEDAH batch pertama ditempatkan di MIT, Harvard, Oxford dan Cambridge.. Mr Bean akan Mat Put tau ka universiti tu dimana? Takpalah Mat Put..bawa orang Pokok Sena pi buat tour dulu di UUM.. Barulah dapat gambaran yang dikatakan 'universiti' tu apa dia?
9. Dan sepanjang Bashah jadi MB sehinggalah hari ini..belum pernah terkeluar dari mulut atau kenyataanya yang dia marahkan anak muda.. 'Abah, Bapak, Ayah' tetap sayangkan anak-anaknya.. walau ayah diboo.. dimaki.. dicerca dan dihina...
10. Akhir kalam, jadilah 'MR BEAN' yang berwawasan dan punyai akal fikiran.. Pesan alim ulama, jika berkawan dengan yang cerdik atau penjual minyak wangi, badan kita akan wangi dan otak pasti cerdik. Jika berdamping dengan yang masih 'Bluur'..pendendam, bangsawan yang serba ketidaktahuan..maka kita turut terpalit sama...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.