1. Pembunuhan karakter yang kini diulang-ulang oleh pihak tertentu untuk menghalalkan serangan ke atas MB Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah ialah tentang kelayakan akademik beliau. Mungkin bagi mereka yang menyerang itu, kelayakan akademik yang tinggi merupakan satu perkara penting dalam tanggapan mereka untuk menjadi seorang pemimpin.
2. Merujuk kepada fakta klasik sains politik, fakulti sains politik tertua di dunia telah lama wujud kira-kira 3,500 tahun yang lampau di negara kota Athens melalui tertubuhnya sebuah akademi yang diselia oleh Socrates sebelum bidang berkenaan diperincikan secara lanjut oleh sarjana seperti Plato dan Aristotle. Perkara-perkara yang akan bakal saya jelaskan di bawah mungkin agak sukar diterima oleh mereka yang menghina Dato' Seri Ahmad Bashah secara semberono akhir-akhir ini.
3. Merujuk kepada asas subjek yang diperbincangkan dan menjadi perdebatan utama yang dibahaskan di fakulti klasik sains politik berkenaan adalah lazimnya berkisar tentang kenegaraan, fungsi sesebuah negara dan kepimpinan yang sesuai dengan bentuk pemerintahan yang membentuk sesebuah sistem politik di sebuah negara yang bertamadun.
The School of Athens |
4. Bidang sains politik kemudiannya terus berkembang di zaman pertengahan di benua Eropah di pusat utamanya berakar di sekitar negara Perancis dan Itali. Amalan ilmu dan sistem politik memperkukuhkan tamadun di negara-negara berkenaan.
5. Selepas perang dunia ke-2, sub bidang seperti 'war study', 'international relations', 'diplomatic study' kemudiannya menjadi fokus kajian di beberapa universiti Amerika dan di Eropah di mana tumpuan terarah di University Aberstywth di Wales yang menjadi rujukan tentang prinsip serta teori politik yang popular diperbincangkan.
6. Ironinya sehingga kini kursus sains politik diajar hampir di kira-kira 167 buah negara di dunia dengan program-program pengajian ditawarkan bermula dari peringkat sijil hinggalah ke peringkat tertinggi, Doktor Falsafah yang turut dikenali sebagai PhD.
7. Namun persoalan yang timbul, apakah individu yang tidak pernah mendapat didikan formal di universiti dalam bidang sains politik tidak boleh menjadi ahli politik yang berjaya di dunia? Apakah hanya mereka yang memiliki ijazah, sarjana atau PhD sahaja yang layak menjadi ahli politik, Exco kerajaan, ahli parlimen, Menteri dan sebagainya? Persoalan ini boleh dihuraikan dari beberapa sudut. Apakah mendiang Tan Sri Loh Boon Siew perlu memiliki PhD dalam Economics, Business atau Finance Study untuk menjadi taikun perniagaan yang bertaraf bilionaire?
Mendiang Tan Sri Loh Boon Siew |
8. Pertama, epistimologi ilmu atau proses memperolehnya dicerap melalui 3 cara. Sama ada formal dengan berguru di dalam kelas atau institutional iaitu menerusi latihan di pusat pengajian dan kaedah tidak formal yang juga disebut sebagai 'long life learning proses'. Di antaranya adalah melalui mekanisme pengalaman, pergaulan, tarbiyah berdasarkan pemerhatian, interaksi dengan kelompok masyarakat dan penglibatan turut serta dalam aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.
9. Dalam maksud lain, seorang yang memiliki PhD pun sekali jika tiada pengalaman, adalah mustahil untuk beliau berjaya di dalam dunia politik. Saya pernah menyaksikan seorang yang memiliki ijazah perundangan dan merupakan seorang peguam, namun kalah bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan. Dia kalah bukan kerana dia jahil ilmu, namun tewasnya dia adalah kerana kurang pengalaman, pergaulan, pengaruh dan ketinggalan dalam pelbagai perkara lagi.
10. Justeru itu, apabila Dato' Seri Ahmad Bashah menyatakan bahawa UMNO adalah 'sekolah politik'nya, maka dari sudut itu, saya yakin bahawa beliau amat memahami epistimologi ilmu tersebut kerana sebahagian besar ilmu politiknya disadur dari kaedah informal. Dari pemerhatian saya, walaupun ada di kalangan pemimpin UMNO di Kedah yang memiliki ijazah dan sarjana yang hebat, namun sentuhan politik dan pemahaman budaya politik tempatan mereka tidak mampu menyaingi sentuhan Ahmad Bashah. Dan begitu juga dengan ayahanda-ayahanda 'otai politik Kedah' yang lain yang seiring dengan Dato' Seri Ahmad Bashah, mereka memang tidak dinafikan hebat.
11. Bagi mereka yang mendalami ilmu sains politik di pusat pengajian tinggi, keadaan ini bukanlah sesuatu yang janggal kerana sains politik adalah ilmu terapan dan kesannya hanya akan dapat dirasakan atau dilihat apabila ia berjaya dipraktikkan. Inilah kelebihan Dato' Seri Ahmad Bashah. 35 tahun aspek amali, 25 tahun selaku ADUN serta jawatan politik kepartian dan pentadbiran kerajaan yang pelbagai, selama 17 tahun sama ada selaku Exco, Timbalan Menteri dan yang terbaru ditakdirkan Allah sebagai Menteri Besar Kedah.
12. Benarlah kata ahli falsafah, universiti terunggul adalah universiti pengalaman dan kehidupan. Kata pula pepatah Inggeris, 'a good scholar cannot be a good politician'. Jika di Itali, UK dan Sepanyol sendiri, ahli politik yang akif dalam pentadbiran parti dqn kerajaan tatkala bersara biasanya ditawarkan ke jawatan 'visiting professor' atau 'adjung professor'. Maka Dato' Seri Ahmad Bashah dalam 'style'nya tersendiri, pengalaman setempatnya di Kedah adalah profesor amali politik Kedah yang terkenal unik untuk difahami. Pendita Zaaba sendiri tidak mempunyai ijazah, namun komitmen tingginya dalam laras bahasa melayakkkan beliau diangkat selaku Pendita dan Ketua Jabatan Persuratan di Universiti Malaya di awal penubuhannya.
13. Setelah majlis angkat sumpah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini, saya dapati tiada seorang pun dari Exco digugurkan. Semua sembilan Exco sedia ada mengangkat sumpah dan tiada pun yang menolak untuk dilantik semula. Tahniah untuk barisan Exco. Ia sekaligus membuktikan Dato' Seri Ahmad Bashah berjiwa besar, bersikap profesional, tidak berdendam, sangat matang berpolitik dan lebih memikirkan soal perpaduan parti berbanding memperlekeh atau mempersenda saudara separti sendiri. Namun begitu, barisan Exco juga usah leka dengan lantikan tersebut, sebaliknya perlu kembali bekerja keras dan menjayakan segala perancangan Kerajaan BN Negeri Kedah sebagai membalas jasa baik serta kepercayaan yang diberikan oleh Dato' Seri Menteri Besar itu.
14. Mungkin juga ada Adun yang berkecil hati tidak dilantik menjadi Exco, namun saya yakin bahawa jiwa dan semangat kekeluargaan yang ada pada mereka akan menyatukan hati dan bertaut sebagai satu pasukan yang teguh, ayuh kita rapatkan barisan semula dan usahlah mana mana pemimpin bersikap 'marahkan nyamuk kelambu habis dibakarnya'. Buang yang keruh, kita ambil yang jernih. Amanah itu kurniaan Allah, hidayah pada rakyat juga milik Allah. Sebagai pemimpin parti, kita perlu menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak buah kita dengan mengutamakan parti dari terus mementingkan kepentingan diri mahupun bersikap "blaming" orang itu dan ini.Kita harus bertangungjawab secara sesama dalam isu yang mencabar parti kita. Itulah semangat UMNO yang tulin.
15. Maka tepatlah kata bidalan, 'tiada rotan akar pun berguna'. Moga dengan akar tunjang yg kukuh inilah berserta dengan pengalaman yang kaya dimiliki Dato' Seri Bashah, pokok yang bernama UMNO, BN dan Kerajaan Negeri Kedah insyaallah akan terus kukuh, subur dan mencetuskan hasil yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Kedah selain tempat berlindung yang abadi.itulah aspirasi yang dimahukan rakyat Kedah. Beliau mungkin tidak sesempurna Nabi, mungkin tidak ber'aura' hebat. namun beliau adalah antara yang terbaik dan layak mentadbir negeri ini dengan kelebihan yang dimiliki.Saya yakin, dengan keikhlasan beliau dan istiqamah yang dipamerkan, insha Allah negeri Kedah dan rakyatnya akan terus aman makmur di bawah pentadbiran kerajaan BN negeri Kedah kerana disinilah lahirnya sebuah cinta.... AllahuAkbar!

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Seta
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.