Wednesday, 10 February 2016

#KEDAHBARU; CABARAN 100 HARI AHMAD BASHAH


1. Sekiranya dirujuk pada tempoh penggal Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, ianya bakal berakhir Mei 2018. Mengandaikan PRU ke-14 dijangka akan diadakan genap 4 tahun, maka saya menganggarkan masa berbaki hanyalah 1 tahun 9 bulan sahaja. Ia bukanlah satu tempoh yang wajar dipandang remeh lagi ketika ini.

2. Jika ditolak persiapan dan persediaan PDM, kursus-kursus serta latihan, lantas tempoh bekerja yang ada hanyalah kira-kira setahun sahaja dari sekarang. Oleh itu, saya melihat bahawa 'time-frame' adalah cabaran utama bagi MB Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah. Hakikatnya bagi para pejuang parti di Kedah, 'tempoh masa kini adalah musuh utama'.

3. Berdasarkan 'track record' Dato' Seri Ahmad Bashah, 35 tahun penglibatan dalam politik sudah cukup untuk menilai pengalaman beliau untuk menggerakkan kesemua 'soft spot' dan titik penting jentera parti untuk bekerja bagi mempertahankan kerajaan BN di Kedah. Dokongan setiap UMNO Bahagian dan kerjasama semua parti komponen BN serta rakan-rakan yang lain bukan saja perlu dipadu, malah digerakkan agar mereka senantiasa bersiapsaga dalam memahami bahawa 2016-2017 adalah merupakan tahun getir menjelang  pilihan raya.



4. Dalam konteks inilah maka operasi khusus, pengaktifan PDM, jentera penerangan, sistem daftar pemilih, data maklumat 'profiling' pengundi dan segalanya harus menjadi keutamaan yang dicula. Gerak kerja analisis data, latihan wajar menjadi zikir harian UMNO di semua peringkat. MB dengan segala kematangan dan pengalamannya selaku Adun selama 5 penggal, saya yakin lebih arif untuk jadikan ini sebagai agenda utama beliau.

5. Tindakan segera kedua ialah keupayaan memenuhi janji manifesto atau Akujanji PRU ke-13 yang dilaporkan sebelum ini tidak dilayani sepenuhnya oleh pemimpin terdahulu. Janji-janji ini bukan sekadar membina litar lumba 1Kedah yang menjadi buah mulut anak muda sejak hampir 3 tahun lalu, namun turut membabitkan projek-projek berimpak tinggi yang boleh dijana dan sekaligus terasa dampaknya kepada masyarakat bandar dan desa di Kedah.

6. Antara cabaran terbesar buat Dato' Seri Ahmad Bashah ialah keupayaan beliau menarik komitmen dan dinamisme hubungan dengan pelbagai pihak. Terasnya, ia melibatkan hubungan dengan pihak Istana, KCS, pimpinan Umno Bahagian, Cawangan, parti-parti komponen BN, kelompok masyarakat agraria yang turut terkesan dengan kejatuhan harga komoditi, pimpinan agama, gologan 'rajuk hati' yang kian menjauhkan diri, golongan profesional, kelompok NGO, kumpulan dan para fanatik sukan bola sepak, para peniaga dan segmen komuniti yang lain. Kesemuanya memerlukan pendekatan yang bukan saja 'simple santai' dan bersahaja, malah dengan cara yang agak berbeza.


7. Memahami politik adalah sebahagian dari 'a game of numbers', maka dengan sikap 'paternalistic', sifat kebapaan serta kesabaran tinggi yang dimiliki MB Kedah, maka beliau harus lebih agresif untuk mencari seramai mungkin dokongan, kawan berbanding mencipta lawan, atau dilihat mengamalkan usaha 'sideline' dan melabel pihak tertentu. Sekali lagi dengan jiwa besar, kesabaran dan jiwa murni yg ditunjukan selama ini, saya yakin Dato' Seri Ahmad Bashah mampu menanganinya.

8. Selain itu, antara cabaran utama bagi MB Kedah tentulah tentang gilapan imej dan usaha memerangi persepsi ganas dan kekeliruan sangkaan getusan media konvensional serta media maya. Bermula sebelum MB Kedah terdahulu meletakkan jawatan kerana majoriti ADUN hilang keyakinan terhadap beliau, Dato' Seri Ahmad Bashah digambarkan kononnya sebagai 'tamak kuasa' dan 'pengacau'. Branding Mukhrizisme Fanatisme perlu diatasi. Kita harus akui populariti DSMM menjangkaui pelbagai lapisan walaupun kebanyakan hakikatnya penuh dgn nilai retorika.Apa yang menjadi kekuatan MM adalah strategi medial sosial yang berkesan dan melekat dihati warga Netizen ditambah pula berbinkan negarawan terulung.

Kemudian imejnya diwarnakan sebagai 'seorang tua yang mudah terlenĂ ' dalam majlis utama kesan keletihan. Disalut pula dengan gambaran tahap pendidikannya yang sekadar lulusan sekolah menengah, MCE. Jawapan bagi segala mehnah dan serangan bersifat peribadi, 'character assasination' dengan agenda menghina ini hanya perlu dijawab dengan pembuktian gerak kerja dan keupayaan MB menghadiahkan kemenangan penuh bergaya pada BN Kedah pada PRU ke-14 nanti.Persepsi negatif ini perlu dibetulkan dan diminimakan dengan beban pembuktian gerak kerja yg ampuh lagi berkesan. Ahmad Bashah tidak mampu menyaingi populariti MM namun dengan 'engagement' yang berkesan, fokus perencanaan kelompok sasaran sendi sendi rakyat dan pengundi dan dengan memegang prinsip 'Kata itu kota bukan retorika' saya percaya persepsi negatif akan lenyap dan popularitinya akan meningkat dengan hebat kerna beliau politikus 'genuine' dan marhaien.


9. Dan kesemua realiti ini saya jangkakan hanya boleh dijayakan dengan kecekapan perlaksanaan daya usaha oleh pegawai di sekeliling beliau, selain semua jentera, kawan rakan serta handai taulan yang diharap tidak menjadi liabiliti kepada beliau, sebagaimana yang dikatakan berlaku kepada MB terdahulu sebelumya. Sebaliknya, semua menjadi aset pelengkap untuk membolehkan semua dari kita mencipta kemenangan bersama. Saya berpendapat pasukan MB kedah baru ini perlu digarap daripada satu pasukan yang seimbang. Jangan hanya ditumpukan oleh kelompok yang orang kedah kata 'segagan'. Jangan pula hingga sampai dilabelkan sebagai pasukan penternak Dinosour. Aspirasi orang muda juga harus dijelmakan dalam pasukan ini sebagai approach persepsi segera bahawa Ahmad Bashah Pro-Muda dan seimbang.

10. Saya selaku warga parti yang setia kepada kepimpinan parti menegaskan komitmen saya dan mendoakan semoga Kedah Darul Aman akan dapat dipacu ke puncak jaya, seiring dengan ekonomi yang dilestarikan dan seluruh komuniti hidup dalam suasana harmoni.

Pada pandangan saya, 'pengalaman, kematangan dan rangkuman daya tahan mendepani cabaran penentu segalanya'. Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh warga parti yang memperjuangkan parti supaya kembali menyemarakkan semangat kepartian demi survival 'alif ba ta'. Memetik kata ayahanda Tun M, mengutamakan kepentingan parti adalah lebih utama dari memperjuangkan kepentingan individu, saya memohon agar kita merapatkan saf barisan mempertahankan kerajaan BN di Kedah kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.