1. Usai dua minggu Dato' Seri Ahmad Bashah dengan takdir Allah S.W.T dinobat selaku Menteri Besar Kedah, serangan bertali arus terhadap beliau tanpa mengenal konsep jemaah dalam parti dan komitmen kesetiaan yang diura-uarkan sebelum ini terus digandakan. Lebih menjijikkan, pihak tertentu tanpa etika turut menyerang beliau secara peribadi melambangkan ketidakmatangan terutama dari sudut politik. Memalukan lagi apabila ia dilakukan oleh mereka yang mendabik dada kononnya 'pejuang parti'.
2. Telahan mudah, janji yang diungkap Mukhriz Mahathir dihari perletakan jawatannya, ternyata satu singkapan mudah yang tidak lagi menggambarkan jiwa besarnya selaku 'pembesar UMNO'. Jentera media sosialnya terus melancarkan perang gerila, entah gerombolan mana pula dimanipulasi dan diperalat bagi membolak-balik bendera parti, lambang panji perjuangan selama ini. Jika tidak disuruh pun, mengapa tidak dilarang tindakan dan serangan bersifat khianat itu? Itu bukan pejuang UMNO namanya, itu dipanggil 'pejuang Mukhriz.
3. Lebih menarik, tirai tembelang satu persatu mula tersingkap. Apabila Dato' Seri Ahmad Bashah menghadiri program Malam Cinta Rasul di Sungai Petani, anjuran Pejabat Daerah, dituduhnya pula sebagai tindak-tanduk meniru Mukhriz semata-mata. Dalam amalan beragama, jika yang ditiru itu prinsip amal maaruf nahi mungkar, bukankah satu kebaikan yang nyata dan wajar diteruskan? Apakah Malam Cinta Rasul itu milik peribadi Mukhriz? Jika benar, anjurkan saja amalan 'ibadah' bernama 'Malam Cinta Mukhriz'. Pahala beramal ibadah adalah eksklusif milik beliau seorang? Namun itulah tahap pemikiran kem Mukhriz.
4. Beberapa hari yang lalu, dianjurkan pula program santai disini sana, menganjur dari Pida ke Pida. Penjelasan kononnya, akan tetapi berterusan 'menghasut', memperlekeh, mencerca pucuk pimpinan dan merencana resah di kalangan masyarakat. Inikah yang dikatakan konsep mahu bersetia memperkukuhkan parti?. AMAT menghairankan, kini Mukhriz cukup banyak masa terluang untuk turun ke padang, berjumpa semua segmen komuniti satu tugas abadi yang sepatutnya beliau laksanakan semasa menjadi MB dahulu. Dulu, semuanya serba tidak sempat. Lebih banyak urusan negeri ditadbir secara 'remote control' dengan ibu kota Kuala Lumpur seakan menjadi ibu negeri Kedah. Bukan orang tidak tahu...
5. Program demi program diatur termasuk jalan santai di Bazar Malam Anak Muda di Stadium Darul Aman, menyerlahkan lagi sikap dan tembelang sebenar, bahawa, 'gunting kini sedang merobek lipatan', dan 'bertindak ibarat musuh yang sudah berkubu di dalam selimut'. Kononnya mahu memperbaiki parti? Memperbaiki parti dengan seolah-olah berlagak 'suci' di depan rakyat? Di zaman PAS sibuk menganjur himpunan raksasa merah mempertahan hutan simpan yang diliwat, tapi bila diri sendiri pegang kuasa tiba-tiba 'terlepas pandang' lebih 2,000 hektar hutan Kedah 'dirompak' secara haram?
6. Demi memperlekeh Dato' Seri Ahmad Bashah, kehadiran MB Kedah bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahmah di Taman Wira turut sengaja dijadikan isu oleh tentera maya 'upahan' Mukhriz Mahathir. Dakwa mereka, Dato' Seri Ahmad Bashah sebelum diangkat menjadi MB kononnya tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid berkenaan. Itu tahap pemikiran mereka? Apakah ibadah dan ritual agama perlu diuar-uarkan, ditunjuk-tunjukkan sewenang-wenangnya pada mata masyarakat? Apakah wajar sehingga memungkinkan terzahir rasa ujub yang hipokrit sifatnya? Ternyata, jika isu ibadah kepada Allah sebegitu mahu dipolitikkan, dengan serangan peribadi terus menjadi wahana, maka tembelang sebenar, sifat jiwa besar kem Mukhriz tidaklah 'sesuci' mana.
7. Tidak sampai sebulan diangkat Allah menjadi Menteri Besar, Dato' Seri Bashah telah menabur bakti jasa kepada rakyat Kedah tanpa mengira bangsa, agama, budaya dan adat resam. Saya difahamkan bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM150,000 kepada tiga buah sekolah cina persendirian, RM100,000 kepada SMA As-Saddiqiah di Padang Kerasak di Padang Terap dan terbaru, seperti Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak, beliau telah memberikan 24,000 tiket bola sepak percuma bagi menyaksikan perlawanan pertama Liga Super antara pasukan kesayangan kita, Kedah bertemu Terengganu. Paling penting, semua itu dilakukan tanpa bertangguh atau melibatkan protokol berlapis-lapis seperti sebelum ini.
8. Bukanlah berniat mahu memperkecil atau memperlekeh pentadbiran Mukhriz, namun saya yakin beliau perlu belajar banyak dari Ahmad Bashah mengenai pentadbiran sebuah negeri berbanding sebuah negara. Di peringkat negeri, segalanya perlu pantas ditunaikan untuk musibah, perlu tahu keperluan rakyat akar umbi dan perlu lebih banyak bekerja dari bercakap. Mentadbir negeri lebih rumit dan 'renyah', dan kita juga perlu menetap selalu berada di Kedah supaya dekat dengan rakyat. Berlainan sekali pendekatan dan gerak kerjanya berbanding sebagai Timbalan Menteri atau Menteri. Sebagai permulaan, ia memperlihatkan Ahmad Bashah merupakan pemimpin yang lebih sesuai mentadbir negeri Kedah berbanding Mukhriz.

9. Sebagai umat Islam, sekali lagi kita wajib meyakini bahawa ketentuan qada' dan qadar Allah. Kita dituntut untuk memahami di sebalik sesuatu yang berlaku itu tentunya ada hikmah yang tersendiri. Kita juga dihadamkan dengan ajaran bahawa Allah jualah yang Maha Berkuasa untuk memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki akan pemerintahan kerajaan, dan Dia jualah Maha Penentu tentang siapa yang akan ditarik balik kuasa pemerintahan. Inilah tasawur Islam sebenar. Pernah dengar kisah Jalut dan Thalut? Kepimpinan dan jawatan Mukhriz telah diputuskan secara adil oleh Jemaah Pemangku Sultan yang menitahkan bahawa majoriti ADUN Kedah telah hilang keyakinan padanya. Apakah itupun susah sangat untuk diterima seorang aristokrat seperi Mukhriz Mahathir?
10. Dan jika serangan peribadi dan usaha memperlekeh dihangatkan secara berterusan, saya yakin, secara prinsip moral, akhlak, maka Mukhriz telah menzahirkan watak tembelang dan kenakalan sebenar dirinya, seperti era persekolahannya dulu. Satu perbuatan klise yang bersifat, 'baling batu sembunyi tangan'. Dan jika ini berlarutan, kerja pakatan pembangkang menjadi mudah. Mukhriz ternyata masih gagal untuk menghayati prinsip berjemaah dalam organisasi dan sanggup pula membelakangkan 'imam baru' yang dilantik. Jika dahulu semasa beliau menjadi imam, ramai makmum boleh merendahkan ego dan sedia taat dibelakangnya, namun mengapa kita setelah ditakdirkan menjadi makmum, beliau tidak mampu berbuat sebegitu rupa?
Nyatalah... Bila tabir disingkap maka tembelang pun terungkap. Kepada Allah S.W.T kita berserah. Akan kita pertahankan UMNO dan BN di Kedah selaku parti yang memerintah kerajaan negeri, bukan individu yang 'perasan' kononnya dipilih rakyat untuk memerintah negeri ini. Selaku rakyat Kedah, saya memilih untuk mempertahan kerajaan sedia ada untuk diperintah parti yang menang majoriti pilihan raya daripada diperintah secara unilateral individualistik yang kosmetik. Kerana disinilah lahirnya sebuah cinta...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.