Saturday, 7 July 2018

Pendakwaan Najib Episod 1: Undang-Undang Menjamin Hak Untuk Perbicaraan Yang adil “Dalam Masa Yang Munasabah”


1. Seperti yang kita maklum, episod baru membalas dendam Perdana Menteri ke-7 terhadap musuh politiknya telah kembali di negara kita. Sejak sekian lama kita tidak disajikan dengan gaya politik beliau sejak episod lama menggemparkan dunia pada 1999 dahulu.

2. Namun begitu, sebagai seorang pengamal perundangan, saya ingin menegaskan bahawa undang-undang di negara ini menjamin hak untuk pendakwaan yang adil dalam jangka masa yang munasabah.

3. Oleh itu, sebarang pelanggaran hak terhadap tertuduh untuk memiliki perincian tuduhan jenayah terhadapnya dalam tempoh masa yang munasabah adalah jelas sekali bertentangan dengan norma hak asasi manusia. Sekiranya keadaan itu berlaku, maka perbicaraan itu mahupun pembelaan itu dianggap sebagai tidak adil, maka sewajarnya tertuduh dibebaskan dari pendakwaan.


4. Ditegaskan di sini bahawa sebarang kes pendakwaan tidak wajar untuk diteruskan ekoran wujud elemen terlepas pandang di pihak pendakwaan yang menangguhkan kes berkenaan.

5. Berhubung dengan masalah kelewatan yang gagal dipertimbangkan oleh pihak pendakwa, Pertama, sila rujuk kes C v DPP Mr Justice Keane. Kes High Court in The State (Healy) v Donoghue [1976] IR 325 pula telah termaktub tentang hak seseorang tertuduh untuk perbicaraan dengan ekspedisi yang munasabah di mana pandangan ini turut dipertahankan oleh Supreme Court in The State (O'Connell) v Fawsitt [1986] IR 362).

Kedua, bagi kes-kes yang membabitkan kelewatan yang tidak munasabah, kebimbangan utama pihak mahkamah adalah sama ada perbicaraan itu wujud terdapat risiko yang nyata jelas dan serius yang menjurus kepada kemungkinan perbicaraan yang tidak adil.

6. Selain itu, terdapat juga banyak penulisan dan perbincangan di kalangan pengamal perundangan tentang kelemahan kritikal dalam kertas pertuduhan. Sila rujuk laporan Free Malaysia Today ini:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/07/05/vague-cbt-charges-against-najib-must-be-corrected-says-lawyer/


7. Merujuk kepada kes yang diketuai Tommy Thomas terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak, adalah jelas bahawa beliau langsung tidak bersedia untuk melakukan pendakwaan dan alasan yang diberikan untuk menangguhkan kes tersebut adalah tidak dapat diterima sama sekali.

8. Tindakan Peguam Negara itu telah mencetus persoalan yang lebih besar sama ada beliau mempunyai bukti-bukti yang kukuh terhadap pertuduhan itu atau tidak.

9. Tindakan Tommy Thomas  yang dibenarkan untuk menangguhkan kes tersebut bagi jangka masa yang panjang membuktikan beliau mempunyai masalah bukti atau sumber yang tidak cekap, malah mendorong kepada kegagalan pendakwaan atau dakwaan digugurkan. 

10. Lebih buruk lagi, kelemahan ketara pihak pendakwaan itu juga akan menimbulkan masalah dari sudut hak pembelaan untuk mendapatkan perincian pendakwaan, sekaligus menjejaskan keupayaan mereka untuk membela anak guam yang diwakili secara adil.

11. Menghairankan pula apabila Peguam Negara mendakwa tidak perlu sebarang penangguhan terhadap pendengaran semula kes Altantuya, sebaliknya mengambil tindakan mendapatkan penangguhan dalam tempoh yang lama dan menafikan hak peguambela untuk mendapatkan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

12. Justeru itu, adalah jelas tindakan Tommy Thomas itu telah menafikan keadilan dan hak perbicaraan yang adil terhadap tertuduh, Dato' Seri Najib Tun Razak. Keadilan terhadap beliau telah dinafikan...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.