1. Saya yakin semua mata rakyat di seluruh negara kini sedang bertumpu ke negeri Kedah. Sebagaimana maklum, riuh diperkatakan tentang hampir keseluruhan pemimpin UMNO di Kedah kini menyanggah kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Selaku antara pemimpin sayap Pemuda UMNO Bahagian di Kedah, sewajarnya saya memberikan sedikit ulasan tentang apa yang berlaku dari kaca mata peribadi saya sendiri. Sebelum itu, saya ingin memohon supaya sesiapa sahaja yang membaca nukilan ini supaya berlapang dada, tidak menyemat rasa buruk sangka atau niat yang tidak baik supaya ia memberi manfaat kepada semua.
2. Saya tidak nafikan bahawa belum pun berlangsung PRU 13, 'aura' Dato' Seri Mukhriz sudah terpancar, menarik minat ramai rakyat Kedah terutama golongan muda yang tidak mengenali beliau. Bukan saja membawa nama Ayahanda Tun M sebagai bonus tambahan, statusnya yang belum terpalit parut negatif, pendiriannya yang mirip ayahandanya, apatah lagi tidak ramai di Kedah yang tahu latar belakang beliau telah membuat ramai rakyat Kedah terpesona. Nama Mukhriz lebih gah lagi apabila Bapak Presiden, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan beliau bakal menjadi Menteri Besar Kedah jika BN berjaya merampas kembali negeri Kedah dari PAS. Sayang seribu kali sayang, Dato' Seri Mukhriz hanya mula kerap pulang ke Kedah disaat-saat akhir sebelum PRU 13 dan membiarkan UMNO Negeri serta Ketua-Ketua Bahagian berkampung di Kedah 'menyinsing lengan' mengembalikan Kedah kepada BN. Tiada masalah siapa menjadi Menteri Besar ketika itu kerana fokusnya ialah merampas Kedah kembali dari terus menjadi kerakusan PAS.
3. Pada pandangan saya, kemelut kepimpinan Dato' Seri Mukhriz sebenarnya telah lama dipendam oleh kepimpinan UMNO di Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan di segenap pelosok negeri Kedah. Ia bukan perkara baru dan mula kedengaran selepas setahun Dato Seri Mukhriz memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri dan UMNO negeri Kedah. Setahun diberikan kepada beliau untuk menyesuaikan diri dengan budaya politik tempatan yang pada saya sangat unik untuk difahami lenggok bahasanya. Namun memandangkan ramai tokoh-tokoh lama UMNO di Kedah yang melihat beliau masih lagi terkial-kial mendapatkan hubungan baik dari semua Bahagian di Kedah, atas nama hormat pada Ayahanda Tun M, Dato' Seri Mukhriz diberi 'masa tambahan'.
4. Namun setelah dua tahun masa diberikan pada beliau, ahli-ahli politik berpengalaman dan berpengaruh mula menyedari kegagalan Dato' Seri Mukhriz di Kedah, khususnya dalam menjalankan 'public relation' dengan UMNO Bahagian. Meskipun ada tikanya kelihatan 'mesra' di depan, namun boleh dikatakan ramai yang menyedari betapa kekok seolah-olah lakonan 'mesra politik' di depan mata. Kurang bersahaja, jauh sekali untuk benar-benar memahami lenggok gaya sebenar 'hemoi' sebagaimana orang laman seperti Dato' Abu Hassan Shariff, Dato' Othman Aziz, Dato' Seri Ahmad Bashah mahupun Dato' Seri Mahdzir Khalid. Ketika itu, sudah tersebar khabar angin yang mengeluh tentang kepimpinan Dato' Seri Mukhriz yang tidak menepati apa yang diharapkan semua kepimpinan UMNO negeri Kedah. Namun mujurlah ketika itu ramai lagi yang masih mampu menahan sabar dan hanya memendam rasa apabila hampir semua UMNO Bahagian 'merana' tanpa aktiviti selain 'mengemis' meminta-minta dari yang sudi memahami.
5. Namun sudah lebih 3 tahun, keadaan tersebut masih tidak juga berubah. Benar beliau sangat popular di mata rakyat Kedah, malah di seluruh negara. Namun ramai yang tidak tahu tentang 'lahar' yang terpendam di hati ramai ayahanda-ayahanda Ketua UMNO Bahagian. Boleh dikatakan ada cubaan mengadakan mesyuarat perhubungan negeri gagal ekoran tidak cukup korum. Petanda-petanda awal itu seolah tidak difahami oleh Dato' Seri Mukhriz bahawa ramai yang tersinggung hati padanya. Benar dalam sidang akhbar tempohari sebab-sebab yang dikemukakan untuk pucuk pimpinan tertinggi parti melakukan perubahan adalah bersifat umum dan tidak terperinci. Namun apa perlunya diperincikan sebab-sebab itu pada umum rakyat jika ia mampu membuka pekung di dada Dato' Seri Mukhriz dan seluruh kepimpinan UMNO negeri Kedah, bukan? Cukuplah ia diketahui oleh keluarga kepimpinan UMNO Negeri dan Pusat. Itulah bezanya tindakan berhemah kepimpinan orang lama, berbeza sekali dengan mereka baru setahun jagung menjadi pemimpin.
6. Pada pandangan saya, seorang ahli politik itu tidak hanya perlu bersifat 'mesra rakyat' sahaja. Malah seorang ahli politik yang hebat menurut Aristotle, individu itu perlu memiliki sifat mesra serta mampu mempengaruhi semua ahli persatuan atau pertubuhan yang disertai. Kedudukannya perlulah mampu memberi kesan kepada dasar yang diperjuangkan parti yang disertai dan mendapat tempat dihati masyarakat. Malangnya, mungkin terlalu fokus terhadap agenda meraih sokongan dan populariti dari rakyat, Dato' Seri Mukhriz mungkin terlupa tentang pentingnya membina pengaruh dan menjalin hubungan rapat yang baik dengan semua kepimpinan UMNO Bahagian di seluruh negeri Kedah. Mungkin tidak mampu semua, namun memadailah jika majoriti 10 UMNO Bahagian yang menyokong dari 15 UMNO Bahagian. Berdasarkan pengalaman saya melihat budaya politik dan sifat Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang terdahulu termasuk yang mempunyai pertalian darah yang rapat dengan saya, mereka setidak-tidaknya memiliki kedua-dua sifat 'mesra rakyat' dan 'kukuh kedudukan politik kepartian', seterusnya kelebihan tersebut menyaksikan mereka memiliki pengaruh dari majoriti keseluruhan rakyat negeri Kedah dan mampu mengawal majoriti kepimpinan UMNO di Bahagian-Bahagian di negeri ini.
7. Selain itu, perlu umum sedari bahawa kepimpinan dan populariti adalah sesuatu yang berbeza. Populariti pada pandangan saya adalah bersifat individual di mana persepsi masyarakat terhadap individu itu adalah subtance khusus. Sebagai contoh, ikon-ikon dunia hiburan seperti Dato' Siti Nurhaliza, ikon sukan Dato' Lee Chong Wei, ikon politik seperti Anwar Ibrahim atau ikon m media sosial Rani Kulup. Mengambil contoh Anwar umpamanya, beliau begitu popular ketika bersama UMNO dulu dan dilihat ditatang bagai minyak yang penuh. Bukan seorang dua taikun politik yang dicantasnya menerusi pengaruh Tun M dan mampu menubuhkan parti atas pengaruh popular yang beliau miliki. Orang tidak menilai organisasi yang dipimpin atau latar belakang pemimpin, tetapi beliau popular dalam trend rakyat masakini atas sentimen tertentu. Tapi jika dirujuk pada kepimpinan dan pentadbiran Anwar, hancur! Dato' Seri Mukhriz pula menjadi ikon rakyat, ramai yang 'jatuh cinta' padanya. Malang sekali, beliau belum lagi mampu untuk mengendalikan penghormatan itu di kalangan bala tentera UMNO Kedah yang dipimpin beliau secara keseluruhan. Sebenarnya terdapat banyak rungutan dari banyak organisasi di pelbagai peringkat sama ada organisasi politik mahupun kerajaan.KITA PASTI PERNAH MENDENGAR DIKALANGAN PEGAWAI KERAJAAN YG MENGATAKAN BAHAWA MB SEORANG YANG BLUR Bukan?. Namun tidak disuarakan sebelum ini kerana memberi peluang kepada beliau untuk berubah dan enggan mengundang kontroversi. Tidak perlulah saya ceritakan keluhan suara mereka yang mengeluh tentang kepimpinan Dato' Seri Mukhriz di negeri Kedah.
8. Perlu juga saya tekankan bahawa ini bukan soal kepimpinan Najib di peringkat pusat, tapi ini adalah soal krisis kepimpinan Dato' Seri Mukhriz di negeri Kedah. Ini juga bukan soal kelantangan Dato' Seri Mukhriz mengkritik Perdana Menteri, dan ini juga bukan juga tentang perang politik dalaman di antara beliau, Tan Sri Muhyiddin dan Tun M terhadap Najib. Saya seperti Dato' Seri Mukhriz meminta semua penyokongnya supaya bertenang kerana saya juga salah seorang penyokong beliau. Namun fakta dan hakikat terkini menunjukkan suara yang mewakili seluruh UMNO di Kedah jelas sekali kecewa dengan kepimpinan Dato' Seri Mukhriz di dalam parti di peringkat negeri. Saya akui benar bahawa ada rakyat yang kecewa dengan apa yang berlaku dan kami juga ahli UMNO sendiri turut kecewa. Namun, janganlah mengambil kesempatan ke atas kekecewaan rakyat itu untuk menyokong kita berdasarkan populariti kita. Dato' Seri Mukhriz sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'Gentlemen', meminta rakyat bertenang dan akan menyerahkan segala keputusan kepada pucuk pimpinan parti setelah perbincangan dibuat. Itu barulah 'Gentleman'. Kenapa perlu jadi hero jalanan seperti Anwar Ibrahim??? Mengapa perlu pergunakan sentimen kekecewaan rakyat untuk menyelamatkan diri dari keputusan majoriti Badan Perhubungan UMNO Kedah. Maaflah, saya berkata begini di atas pandangan peribadi saya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Saya tegaskan di sini bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan saya tiada kepentingan peribadi berhubung kenyataan ini. Cuma saya memohon supaya Bapak Presiden membuat keputusan politik dan bukan berteraskan 'personal vendetta'.

9. Saya melihat sidang akhbar yang menggemparkan ramai pihak itu sebagai satu cadangan kepada Bapak Presiden sahaja dari kepimpinan UMNO di seluruh negeri Kedah. Ia tidak semestinya muktamad perlu ditunaikan oleh Presiden. Malah dari sudut Perlembagaan Persekutuan 1948, jawatan Menteri Besar hanya boleh dilucutkan dari individu tersebut melalui dua kaedah sahaja iaitu undi tidak percaya ketika berlangsungnya sidang DUN di mana usul tersebut perlu dibuat oleh mana-mana anggota dewan dan usul itu perlu diterima oleh Speaker Dun. Setelah melakukan pungutan undi, barulah diperoleh keputusan sama ada jawatan Menteri Besar terlucut atau tidak. Satu lagi kaedah ialah menerusi perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah setelah mendapat nasihat dan cadangan dari ketua parti yang menang majoriti pilihanraya bagi Dun Kedah yang lalu. Walau bagaimanapun, ia terletak diatas budi bicara Presiden BN untuk mencadangkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah atau tidak, dan jika dicadangkan sekalipun, ia adalah bergantung pula pada perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah atau sebaliknya.
10. Dari sudut pandangan amalan prinsip demokrasi berperlembagaan pula, seorang ketua bagi parti yang menang pilihanraya itu mempunyai hak prerogatif untuk memilih dan memutuskan nama calon Menteri Besar yang beliau fikirkan sesuai untuk menjaga kepentingan negeri dan selari dengan dasar pentadbiran parti politik yang memerintah, bagi dicadangkan kepada Sultan atau Jemaah Pemangku Sultan. Atas nasihat dan cadangan dari Presiden BN itulah Sultan atau Jemaah Pemangku Sultan membuat keputusan. Untuk rujukan kes, boleh dilihat pada krisis Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Desas-desus yang saya ketahui mengatakan bahawa sebenarnya Ayahanda Tun M sebelum PRU 13 dulu telah bertemu dengan Presiden BN bagi meminta anaknya bertanding di salah satu Dun di Kedah dan mahu Dato' Seri Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar jika beliau menang. Khabarnya, Najib akur dan patuh pada permintaan mentor beliau itu meskipun menyedari bahawa Dato' Seri Mukhriz sendiri lebih berminat berkhidmat sebagai Menteri di peringkat kerajaan pusat. Lagipun, beliau dan keluarganya menetap di ibu negara dan ia memudahkan kehidupannya.
11. Apa yang saya kesalkan ialah reaksi Dato' Seri Mukhriz terhadap sidang akhbar majoriti para pemimpin UMNO Kedah itu. Pada pandangan saya, adalah tidak wajar sama sekali untuk menyerahkan kepada rakyat Kedah untuk menentukan jawatan beliau kerana jelas sekali lantikan beliau itu adalah berpunca dari cadangan dan nasihat Presiden BN yang dikemukakan kepada Sultan Kedah yang kemudiannya memperkenankan cadangan tersebut. Saya terfikir bahawa sekiranya Presiden BN mencadangkan nama lain seperti Dato' Mohd Rawi atau Dato' Tajuddin Abdullah sahaja kepada Sultan Kedah, saya yakin bahawa Dato' Seri Mukhriz tidak berpeluang untuk dilantik mengetuai Kerajaan BN Negeri Kedah. Hakikatnya, Dato' Seri Mukhriz hanya boleh menyerahkan jawatan Adun Air Hitam sahaja untuk ditentukan rakyat di Dun tersebut kerana beliau bertanding di kawasan berkenaan. Ia adalah berbeza dengan jawatan Menteri Besar yang dilantik Sultan Kedah atas nasihat Presiden BN selaku ketua parti yang menang pilihanraya bagi Dun Kedah. Maka sebab itulah saya tidak bersetuju dengan cara beliau mengheret rakyat ke kancah krisis kepimpinan parti di Kedah. Saya tidak kisah jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya dan saya menghormati pandangan pihak lain.
12. Dalam apa yang berlaku, rakyat akan tetap menyalahkan Perdana Menteri. Dan sekiranya ia tetap berlaku begitu, maka saya simpulkan bahawa Dato' Seri Mukhriz berjaya selindungkan kelemahan pentadbiran dan kepimpinan beliau di sebalik benteng rakyat! Saya tegaskan bahawa saya perlu memberi sokongan politik kepada Ketua UMNO di Bahagian saya sebagaimana yang dituntut dalam parti untuk menyokong Ketua yang mereka bernaung di bawah mereka. Dato' Seri Mukhriz dan mereka-mereka yang berada di sekelilingnya perlu sedar tentang kegagalan beliau selaku 'Ketua Kumpulan' dan saya berpandangan bahawa Setiausaha Politik kepada beliau harus mengambil tanggungjawab untuk meletak jawatan secara sukarela atas kegagalan beliau dalam menjaga pengaruh politik Dato' Seri Mukhriz di dalam UMNO di Kedah.
13. Ada juga saya terbaca 'jasa-jasa' Dato' Seri Mukhriz yang ditulis dan disebar oleh 'tentera-tentera siber' yang dikatakan di bawah seliaan pegawai beliau tentang KPI, hasil pendapatan dan pelaburan di Kedah. Melihat fakta dan segala hujahnya, saya akui ia benar. Namun yang saya ketawakan ialah semua 'jasa-jasa' Dato' Seri Mukhriz yang canang mereka itu hampir kesemuanya adalah jasa-jasa kerajaan pusat. Malah ketika Menteri Besar mengumumkan 6 projek mega, dan tidak meneruskan projek fokus sebelum ini seperti Zipy/Sulih di Yan, saya melihat keenam-enam projek itu mungkin hanya akan terlaksana pada tahun 2050 nanti. Bila umum projek mega, sibuk pula mencari dana dan pelaburan, jika tidak dibantu maka 'tentera-tentera siber' itu akan menyerang kerajaan pusat dan memburukkan Perdana Menteri. Cuba lihat apa yang berlaku pada projek Litar Lumba 1Kedah. Pada saya, litar berkenaan sepatutnya sudah terbina pada tahun pertama beliau sebagai Menteri Besar namun hingga kini masih tidak terlaksana. Bila ditanya, 'macai-macai' tertentu beri pelbagai alasan dan menyalahkan kerajaan pusat konon tidak memberikan peruntukan. Litar berkenaan setahu saya adalah permintaan anak muda untuk satu litar yang biasa bukanlah untuk setaraf dgn SIC Sepang yg dianggarkan puluhan Juta, bagaimana perutukan nak dpt kalau semua nak diMEGAKAN?Ia adalah antara manifesto yang sepatutnya mudah dilaksanakan, tapi mengapa gagal sehingga kini? Kenapa pula sibuk mencari pelbagai alasan dan tidak berusaha bersungguh-sungguh serta menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri?

14. Saya langsung tidak bermaksud untuk menidakkan sokongan saya terhadap Dato' Seri Mukhriz yang saya sanjung sejak lama dulu, sejak sebelum beliau bergelar Timbalan Menteri atau Menteri Besar lagi. Malah saya adalah antara individu yang kuat melobi beliau untuk bertanding di negeri jelapang padi ini dan sangat menyokong sekiranya beliau dilantik menjadi Menteri Besar. Malah, ketika mana beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Presiden UMNO tempohari, saya juga antara penyokong kuat Dato' Seri Mukhriz. Namun menyokong beliau tidak bermakna saya perlu menyokong segala tindak tanduk yang saya fikirkan tidak wajar atau kurang rasional bagi kepentingan politik parti di Kedah. Ayahanda Tun M sendiri pernah berpesan kepada saya supaya tidak mementingkan diri, tidak taksub pada mana-mana pemimpin dan mengutamakan kepentingan UMNO di jemala. Pesan itulah yang saya pegang hingga kini. Saya tidak kisah sekiranya beberapa orang 'tentera siber' beliau menyerang saya di media sosial kerana ia menjadi asam garam dunia politik masa kini. Namun sebelum menyerang, fikirkanlah tentang kematangan berhujah dan fokus kepada isu yang diperbincangkan, tidak melalut-lalut ke isu lain dan lakukanlah dengan ikhlas membina. Jangan malukan nama baik Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang dibawa....
15. Demi rakyat dan parti UMNO, saya tegaskan bahawa selaku ahli parti dan sebahagian dari anak jati Kedah, saya tetap menyokong penuh sebarang keputusan yang dibuat pucuk pimpinan. Saya menyusun 10 jari kepada Dato' Seri Mukhriz sekiranya beliau tersinggung dengan tulisan dari pemimpin kecil picisan ini. Saya berbangga pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Dato' Seri Mukhriz, namun hakikat yang perlu disedari hari ini ialah para pemimpin UMNO yang mewakili majoriti seluruh negeri Kedah telah bersuara. Saya amat-amat menghargai kepercayaan dan sokongan Dato' Seri Mukhriz pada usaha saya menaikkan sukan paintball yang telah saya usahakan sejak sebelum Dato' Seri Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar Kedah lagi. Saya tidak 'berhutang' pada mana-mana pemimpin secara individu kerana saya adalah ahli UMNO dan khidmat bakti saya juga adalah demi parti, bukan individu. Saya menulis kerana saya sayangkan UMNO Kedah, sayangkan Dato' Seri Mukhriz, sayangkan Dato' Seri Ahmad Bashah, sayangkan semua ayahanda-ayahanda Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan seluruh pejuang-pejuang UMNO di negeri Kedah yang selama ini bertungkus lumus merampas Kedah kembali dari kebejatan pentabdiran PAS. Saya benar-benar ikhlas dan berniat baik mahu melihat kesinambungan kepimpinan dan pentadbiran UMNO yang lebih baik pada masa akan datang. Kepada Bapak Presiden UMNO berikanlah penilaian yang wajar dan berjiwa besar,Apapun Kelemahan Mukhriz potensi beliau harus terus digilap.perubahan itu perlu tapi jgn dibuang bak kata pepatah tiada rotan akar pun berguna, Manakala jika Bapak Presiden dan perhubungan mencapai semula kata sepakat dan Mukhriz dikekalkan Ia adalah satu wakeup call pada MB Kedah bahawa beliau perlu membina semula kepimpinan berpengaruh bukan semata KEPIMPINAN YANG POPULIS.Dikerat-kerat tubuh ini, biar hilang nyawa dikandung badan, saya yakin perjuangan saya adalah demi Islam, bangsa Melayu dan tanahair, kerana disinilah lahirnya sebuah cinta...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
As salam...
ReplyDeletePenerangan dan pendirian jelas terpampang ANDA menongkah arus Moto yang sering UMNO LAUNGKAN selama ini.
RAKYAT DI DAHULUKAN dah pergi kemana?
Harus di ingat kemenangan UMNO bergantung pada kepercayaan RAKYAT bukannya kepercayaan KETUA BAHAGIAN.
Sepatutnya jentera2 UMNO di Kedah mengikut rentak MB yg disenangi kebanyakan rakyat. Belajar daripada beliau bagaimana beliau boleh di senangi rakyat.
Sedih tengok UMNO sekarang ni. UMNO kini sepertinya hilang tumpuan menjaga kepentingan RAKYAT.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
DeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
Karangan yg panjang berjela saudara menampakkan yg saudara mahu didahulukan berbanding rakyat. Itulah kelemahan sistem yg ada. Org macam saudara la yg membusukkan nama parti. Sesekali buatlah survey. Hari ini org masih menyokong parti disebabkan mukhriz dan muhyiddin. Kalau dua org ni keluar parti, kompom umno melingkup
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapatdan komen saudara ini..org begini mendahulukan parti dari rakyat
Deletesaya harap saudara banyak lagi belajar dan mencari pengalaman sebelum menulis karangan ni.
ReplyDeleteUMNO patut menjuarai hati rakyat dan pengundi bukannya menjuarai hati KB dan KC.
selebihnya KB dan KC perlu membantu MB bukanya membiar MB keseorangan berkerja untuk rakyat.
rakyat tak mahu banyak aktiviti kepartian sahaja. ia perlu melibatkan semua akar umbi rakyat kedah.
mana ada dalam dunia ni seorang ketua berkerja keseorangan, tanpa bantuan dan kerjasama ahlinya.
Buat teruk hg karang panjang² ja... tpi org boleh baca org cm hg ni spesis cmna.. yg kepala pemberontak tu ketua bhg alor setar, hg lak naib ketua pmuda bhg alor setar, integriti hg org boleh persoalkan. Sepekara lagi, hg ada kaitkan sokongn rkyat menyebabkan dsmm menolak desakan meletak jwatan.. hg kalau bagus info, pnh dgr najib kaitkan ahli 3 juta sokong dia? Sdgkan dia terpallit dgn kes² besar yg membabitkan nama baik umno dn BN. Awat najib babitkan akar umbi lak?? Nk karang oanjang berjela pun, wat kajian ler abih² dulu.. at least selak² akhbar perdana yg lepas²... org bertitle syed tk semestinya bijak..
ReplyDeleteBuat teruk hg karang panjang² ja... tpi org boleh baca org cm hg ni spesis cmna.. yg kepala pemberontak tu ketua bhg alor setar, hg lak naib ketua pmuda bhg alor setar, integriti hg org boleh persoalkan. Sepekara lagi, hg ada kaitkan sokongn rkyat menyebabkan dsmm menolak desakan meletak jwatan.. hg kalau bagus info, pnh dgr najib kaitkan ahli 3 juta sokong dia? Sdgkan dia terpallit dgn kes² besar yg membabitkan nama baik umno dn BN. Awat najib babitkan akar umbi lak?? Nk karang oanjang berjela pun, wat kajian ler abih² dulu.. at least selak² akhbar perdana yg lepas²... org bertitle syed tk semestinya bijak..
ReplyDeleteKepada shahbudin..
ReplyDeleteMungkin tuan tidak mengenali saya dan mungkin langsung tidak pernah tahu tentang saya tapi biarlah saya raktay yang marhaein mengulas dari sudut pandangan rakyat pula..
Berbaliklah kepada dasar dan motif UMNo diwujudkan..
Mempertahankan bangsa melayu dan agama Islam tetapi saya langsung tidak nampak kalian berbuat demikian..
Apayang kalian tahu hanya mengisi temolok dan mengenyangkan periuk nasi kalian sendiri..
Saya dulu pernah melalakukan kerja kalian ketika hendak meraih undi diserata tempat..
Kalian hanya menyerah tugas kepada budak yang langsung tidak berminat dengan kancang politik kalian..
Tidak perlulah bercakap tentang menyinsing lengan melakukan kerja tetapi apa yang kalian buat hanya bersembang dan mengarah orang lain yang melakukan kerja kalian..
Saya mengenali kalian dari tampok pemerintahan Ustaz Azizan lagi..
Pernah kalian mendengar sepenuhnya suara hati pengundi kaliana dan ahli2 Umno yang lain..
Semakin kuat kalian bersuara menjatuhkan orang yang disukai rakyat semakin kuat kebencian rakyat kepada kalian..
Sedang PM menjual negara kalian sibuk mempertahankan si PM dan isterinya..
Kereta mewah yang dimiliki kalian hasil apa..
Saya sendiri dengar dari mulut sahabat tuan“aku buat kerja politik hanya untuk bisnes sahaja”
Itu yang tuan cakap memperjuangkan bangsa..
Malu lah sedikit syed budin..
Segala apa yang kalian perolehi dari siapa..
Rakyat mengundi kalian untuk apa..
Benci rasanya membaca keluhan tuan yang panjang tetapi kosong hanya demi mwngisi dan mengenyangkan perut sendiri..
Perangai kalian tak unah seperti si jantan rakus..
Bodoh kiranya tuan mempertahankan sesuatu yang tidak pasti perjuangan nya..
Sedarlah syed budin dan sedarkan lah sahabat tuan jua..
Saling menasihati dan berpegang kembali kepada perjuangan kalian..
Saya sendiri tidak faham apa yang kalian kejarkan di dunia ini..
Merosakkan negara yang bebas dijajah dan membenarkan penjajahan kembali..
Saya anak jati kedah yang dulunya malu dengan pemerintahan kedah dan kembali bangga semasa pemerintahan mukhris kini malu dengan kalian mengugurkan pejuang dimata rakyat tapi sampah dimata kalian..
Dato Bashah saya rasa tuan sendri tahu perangai nya..
Perlukah lagi kita dengan kemorotan setelah kembali bersinar kini..
Ataupun perlu saya sebut kan seorang demi seorang sahabat kalian yang saya sendri kenal perangai nya..
#syedbudin
Setuju....100% .
Deleteapa nak heran... dia ni anak syed Unan....
DeleteLong & winding comments. I believe this is your personal view and doesnt represent & agreed by majority of wakil rakyat and UMNO members as a whole. At times you're influenced by your senior sifoo in the party. Some of them had expressed their dissatisfactions due to some personal issues which i do not want to elaborate.we do not have to be emotional & too expressive especially when making comments on your no.1 leader in the state moreover you are not sure the if there is a change of leader. With due respect to your leader you must learn the ethics when you write your comments.A leader can never work alone and need strong & undivided support from his subordinates like you & those who go against the leader. If the leader fail not only he fails but the team as well unless all of you have strive hard & put in yr efforts to assist.By toppling the innoncent leader do you think it will solve the problems in the state. I really doubt it especially those who are in line to replace him is very incapable based on their previous perfomance & KPi. These people failed miserably till we have to let go the state govt to the Opposition in previos election until last election recaptured back BN. What are the requirement & principles to be a good leader? I'm so sure everyone will agree that INTERGRITY & HONESTY will be the msin criteria of course not forgeting your INTELIGENCE, COMMITMENT & POPULARITY. This is not happening in our our politics. WEALTH & MONEY rules everything. Thats where we get to hear dumb & contreversial statement by the leaders.Its called self proclaimed leaders using their wealth to influence people.Whatever you said & do you must fall back to Allah Swt to seek his blessings.Wallahualam...
ReplyDeleteX mau komen panjang..teringin sangat untuk dengar komen dan analisis saudara berkenaan dato seri presiden parti kalau saudara benar2 ikhlas sayangkan perjuangan parti dan rakyat..
ReplyDeletepikiaq lain la syed oiiiiiiiiiii........ songsang sangat otak ang laa ni
ReplyDeleteDiharap sebelum menulis, sila berfikir dulu. Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara. Saya tak tahu awak ni siapa, tapi jelas awak tak tahu apa-apa Dan tidak berpijak dibumi yg nyata. Orang2 macam awaklah yg Akan mempercepatkan umno ditalqin kan.

ReplyDeleteHang di alor setar pun orang meluat ada hati nak tunjuk hebat.Hang pun kalo bapak bukan syed yunan, lama dah hang mampuih. Guna bapak untuk bergerak dlm politik dan cari job dalam kedah. Antara yang memasang angan2 besaq. Antara yang kurang disukai di kedah sebab karektor yang berlagak dan sombong. Upah budak berlakon didepan kamera sentiasa dan lebih banyak gambar dari kerja. Hutang suka tidak bayar. Satu kedah dah tahu. Menggunakan kedudukan politik dan bapa untuk cari makan. Kalo bapak hang tu org biasa hg jgn harap la. Tiba2 jadi hero konon. Hang pun orang x suka. Bila nak bayaq hutang2 job kpd org?
ReplyDeleteSokong...itu memang benar 100% .. :-)
Deletebapak dia pun ramai 'kerabat' tak suka....
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKmi rakyat kedah happy ja Dato Mukhriz jd MB Kedah. Hampa semua jgn dok gila kuasa sgt, kalo x puas hati cara pntadbiran dia, pi bgtau dia sndiri bincang elok2. Yg dok pi buat sidang media nk jatuhkan dia tu psaipa. Ingt, dunia ni sementara ja. Harta pgkat x bwk msok kuboq. Jalinkan la hubungn baik sesama manusia.
ReplyDeleteBro petang2 pegi la jogging...biar badan sihat, otak cerdas..
ReplyDeleteBro petang2 pegi la jogging...biar badan sihat, otak cerdas..
ReplyDeleteartikel kosong maknanya..terlalu bias..anak buah mad bashah dan ajk pemuda negeri..of course youre among who want MM step down..please do not repeat your mistake.. as a lawyer you should know that bias statement are unacceptable

ReplyDeleteAnda tulis:
ReplyDeleteDikerat-kerat tubuh ini, biar hilang nyawa dikandung badan, saya yakin perjuangan saya adalah demi Islam, bangsa Melayu dan tanahair, kerana disinilah lahirnya sebuah cinta...
Perjuangan anda serupa dengan cara sarkais or Circus.
Circus used colorful pageantry that disguises the fact that animals used in circuses are captives who are forced—under threat of punishment—to perform confusing, uncomfortable, repetitious, and often painful acts. Circuses used cruel methods used to train the animals as well as the cramped confinement, unacceptable travel conditions, and poor treatment that they endure—not to mention what happens to them when they “retire.”
Kalau nak suruh MB letak jawatan pun, kena ikut shariat (principles of law, governance) bukan ikut hati dan nafsu. Kena protes dulu dan lepastu minta jawapan takut jadi suatu fitna - itu cara orang yang beradab and berpelajaran dan bukan ikut cara impulse. Orang yg ikut impulse (tak bersabar) selalu nya rugi, kalau tak berjaya tukar MB Kedah, padah hanya pada diri mereka dan anda - inshaAllah.
Salam. Cuba fikir dan tgk rakyat meluahkan rasa marah dgn tindakan sombong sekutu2 hangpa dok nak jatuhkan MB kedah. Hangpa tgk dlm FB MB kalau seratus org komen semuanya menyokong MB Mukriz.
ReplyDeleteFB hangpa sorang pun tak menyokong tindakan hangpa. Tulis berjela2 pun tak ada sapa nak baca sampai habis. Sbb rakyat kedah tahu hangpa semua gila kuasa. Hangp semua mau bertaubat jgn buat lg perkara bodoh lagi.Hidup mukhriz. Hidup mukhriz. Hidup mukhriz.

Org politik skrg sibukkan parti dari memperjuangkan sosio ekonomi rakyat. Saya setuju dgn tuan. Dah la taksub dgn parti..politik Malaysia politik bangsat.
ReplyDeleteaku org johor. tp sangat amik tau hal politik di kedah skrg ni. utk karangan encik syed yang panjang berjela ni, baru baca smpai point ke 3 dah rasa menyampah. nampak sangat pentingkan diri sendiri. sbb pucuk kempimpinan seperti encik syed and the geng ni la yang buat org makin menyampah dengan UMNO dan BN. ready la utk jadi pembangkang semula lps PRU14
ReplyDeleteHahaha..aku setuju.. jom join marathon.. bagi Airbag kempis skit..
ReplyDeleteHahaha..aku setuju.. jom join marathon.. bagi Airbag kempis skit..
ReplyDeletebuang masa ja... hahaha
ReplyDeleteBaru ni terbaca wasap depa..kihkih
ReplyDeleteBaru ni terbaca wasap depa..kihkih
ReplyDeleteBuang masa betul aku baca karangan bahasa Malaysia spm 2015 ko ni. Nampak sangat penulis ingin melonjak naik dengan memberitahu dia kenal mukhriz Dan mukhriz xelok. Ni... Nak bagitau, kami ni dah lama kenal perangai org umno mcm hang ni Dan pemimpin umno yg otak mcm presiden umno tu. Disebabkan parti ini parti melayu, kami masih sokong sebelum ini. Tetapi tidak lagi sekarang, semua jemaah menteri, MT, KC, KA Dan KB sudah tidak relevant lagi utk menjaga org melayu. Makin ditindas Dan makin digula gula kan. Aku ramai kenal spesis ketua pemuda Dan timbalan mcm engkau ini. Semua bincang pasal duit, merungut pasal xcukup diberikan duit Dan cenderung utk berlumba lumba kumpul projek. Lepas tu tinggal rakyat, hilang demi agama, bangsa, Dan tanahair. Childish prick
ReplyDelete