Thursday 2 July 2015

TEROBEK JEJAK MALAYSIA BOSNIA #TEROBEKJEJAKMALAYSIABOSNIA....

Jenazah saudara seagama kita yang menjadi mangsa kekejaman pembersihan etnik di Bosnia-Herzegovina sekitar tahun 1992, kira-kira 23 tahun yang lalu. Semoga nasib bangsa Melayu Muslim kita tidak seburuk ini suatu hari nanti...
1. Selesai menunaikan solat terawih semalam, sambil menghirup segelas kopi panas, saya terkenang kembali perjalanan saya ke sebuah negara yang pernah dilanda konflik perkauman di rantau Balkan sekitar tahun 1992 dahulu. Mewakili delegasi Malaysia-Bosnia Business Council diketuai Naib ketua Pemuda Umno Malaysia' saya berada dibumi Bosnia herzagovina menyaksikan kini rantau Balkan "moving Forward" meimpikan penyatuan keamanan dan kemakmuran, Delegasi Malaysia amat menerima penghormatan atas jasa negara kita terhadap sumbangan ketika konflik Balkan, Bosnia yang kini kembali indah dan mengorak langkah sebagai negara islam membangun walau sudah menjangkau 23 tahun lalu tragedi berdarah yang memilukan umat Islam seluruh dunia itu berlaku.  ia tetap kembali berdarah dihati apabila saya menyaksikan pameran memorial konflik berkenaan pada pertengahan Mei lalu. Visual-visual memilukan itu masih segar di kotak pemikiran saya hingga kini...

2. Masih tergambar di kotak pemikiran saya imej-imej menyayat hati yang memaparkan kekejaman bangsa Serb yang menyembelih, membunuh etnik Bosnia beragama Islam. Begitu kejam pelakuan mereka sesuka hati mencabut nyawa bayi yang tidak berdosa manakala kaum hawa telah diperkosa nafsu serakah tentera Serb supaya bayi yang dilahirkan kelak adalah berketurunan Serbia. Bergetap bibir menahan amarah, sayu memandang gambar-gambar terpamer di depan mata. Di hati hanya Allah saja yang tahu...

3. Tanpa sedar, terpacul kalimah syukur.. 'Alhamdulillah' dari bibir saya. Betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia ini di mana kita masih lagi diberi nikmat kehidupan yang aman damai meskipun negara kita mempunyai kepelbagaian etnik, agama, adat resam, kepercayaan dan cara hidup yang berbeda. Lalu tiba-tiba, terlintas persoalan di fikiran saya, apakah kemakmuran ini akan kekal selamanya? Tidak seperti di Bosnia-Herzegovina? Terbayang pula wajah para syuhada, saudara kita di Palestin. Bagaimanakah Ramadhan mereka kali ini...?


Saya saksikan sendiri memori kepiluan saudara seagama kita di Bosnia-Herzegovina pada pertengahan Mei lalu. Sanggupkah kita mengharungi tragedi seperti ini di Malaysia? Bersediakah kita? Apa jaminannya ia tidak akan berlaku?
4. Pada Ramadhan yang lalu, saudara-saudara kita di Palestin begitu hebat dibedil tentera Zionis Rejim Israel. Semenanjung Gaza berdentum dengan tembakan meriam, kereta kebal, mortar dan serangan bertali arus. Saya masih ingat lagi ketika mana seluruh dunia sedang bersorak bersempena Piala Dunia 2014 yang menyaksikan Brazil dimalukan Jerman, 1 -7, nyawa saudara-saudara kita di Gaza melayang bagai tidak berharga di mata tentera kafir Zionis yang dilaknat itu. Dalam kelaparan, saudara-saudara kita di sana diuji dengan dugaan yang maha hebat...

5. Saya terfikir, apakah kita bangsa Melayu Muslim di Malaysia mampu menahan dugaan sehebat itu? Apakah kita bangsa bumiputera tidak akan jadi senasib dengan etnik Bosnia di rantau Balkan? Dan apakah kita di sebuah negara yang aman damai ini terkecuali dari menjadi padang jarak padang tekukur seperti di wilayah Palestin? Pada pandangan saya, Malaysia sebenarnya tidak kebal dari malapetaka sebegitu...

6. Ya, di awal Ramadhan ini, kita bangsa Melayu Muslim dicabar 'rejim' baru yang seolah mencabar kesabaran kita yang sedang menahan lapar dan dahaga. Amarah kita bagai disentak apabila rejim DAP di Pulau Pinang bertindak 'menggergaji' papan tanda UMNO yang menjadi maruah bangsa Melayu Muslim mempertahan kedaulatan bangsa, agama dan tanahair sejak merdeka. Benar, darah muda saya tiba-tiba 'panas' ketika itu dan bahangnya masih membakar hingga ke hari ini. Kurang ajar!!! Apakah 'rejim' itu tidak sedar bahawa bumi yang dipijaknya ini ditebus dengan airmata, darah, keringat dan jasa UMNO??? Apa pula jasa DAP ketika itu? Sekadar membakar api kebencian di kalangan rakyat sehingga tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969? Bagaikan langit dengan bumi bedanya...!

Apakah tangisan ini hanya akan dilalui saudara kita di Palestin? Pada saya, Malaysia tidak terkecuali untuk menangis seperti mereka sekiranya kita terus dipengaruhi permainan politik yang menanam sikap benci sesama kita.
7. Ramadhan kali ini mereka berani 'menggergaji' menurunkan maruah parti yang berjasa itu. Saya kira, tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan berani 'menggergaji' tiang seri rumah pusaka kita, malah mungkin suatu masa nanti mereka sanggup berlaku kejam 'menggergaji' leher kita! Diberi sedikit amanah kuasa di sebuah pulau yang asalnya milik Kedah, mereka sudah berani bermain dengan api? Saya menyifatkan tindakan itu sebagai satu cetusan api kecil yang sekiranya dibiarkan berlaku, tidak mustahil apinya akan menjadi marak semarak-maraknya suatu hari kelak. Jika tidak berlaku seperti di Myanmar terhadap etnik Rohingya, mungkin kita bakal senasib dengan saudara kita di Bosnia atau di Palestin. Dengan lagak yang ditunjukkan rejim DAP Pulau Pinang itu, segalanya bermungkinan berlaku di bumi bertuah ini..

8. Di saat itu barulah kita Melayu Muslim mahu bersatu? Baru ketika itu kita hendak mengaku saudara seagama? Ketika itu barulah kita mahu duduk semeja? Di saat sudah terhantuk, baru kita hendak tengadah? Lihatlah di depan rakan-rakan semua bagaimana umat Melayu Muslim dipecah belahkan dengan hanya menggunakan satu senjata ampuh yang bernama 'POLITIK'. Jangan sesekali menuding jari pada 'POLITIK', sebaliknya cuba renung diri sendiri bagaimanakah kita terpengaruh dengan kebobrokan dan momokan permainan politik DAP.

9. Lihat apa yang DAP lakukan terhadap PAS. Mendapat pertolongan percuma dari PAS dan PKR sebelum ini, DAP secara tidak disedari berjaya mempengaruhi sebilangan rakyat dengan politik kebencian terhadap UMNO sehingga parti keramat bangsa itu berantakan sesama sendiri. Lebih sadis lagi, PAS pula yang dulunya dipeluk cium DAP dan setelah puas diperkudakan, kini disepak terajang DAP bagaikan binatang tidak bermaruah hampir setiap hari. Lihatlah bagaimana dalam tempoh 7 tahun, PAS telah berjaya dipecah perintah kepada 2 -3 puak dan kini makin meruncing setelah golongan ulama parti itu kembali menguasai PAS. UMNO masih berantakan, manakala PAS pula sedang retak menanti belah. Lihatlah bagaimana permainan DAP terhadap dua parti Melayu Muslim terbesar itu di negara sendiri!

UMNO sengaja "digergaji", tidak mustahil nanti 'rumah pusaka nenek moyang', malah 'leher' kita akan 'digergaji' rejim DAP
10. Dari sudut perkongsian kek ekonomi pula, kita bangsa Melayu Muslim sudah lama tewas di tangan golongan bangsa bukan Melayu. Sedang dalam pendakian mengejar jurang ekonomi negara, bangsa Melayu Muslim di negara kita diuji pula dengan agenda TPPA. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengibaratkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik itu membayangkan Malaysia bakal 'dijual' dalam proses perjanjian dengan pihak Barat tersebut. Hanya dilihat menguntungkan syarikat multinasional, apakah para usahawan Melayu di negara dapat menggapai perkongsian kek ekonomi dunia dalam situasi ekonomi sekarang? Hendak berkongsi 30 peratus ekonomi Malaysia pun usahawan Melayu masih gagal, bagaimana hendak menggapai 'bulan dan bintang'? Saya menyarankan agar pihak kerajaan mengambil berat dengan pendirian MTEM tersebut dan mencari jalan sebaik mungkin demi survival ekonomi bangsa.

11. Bangsa Melayu Muslim di negara kita tidak dapat dinafikan masih gagal menguasai ekonomi negara. Di saat ini, politik yang sedang dikuasai oleh Melayu Muslim pula sedang diporak-perandakan oleh agenda busuk DAP menyemarakkan pengaruh politik kebencian rakyat terhadap UMNO, sambil menjahanamkan PAS sejahanam-jahanamnya. Namun sedih dan mengecewakan, masih ada lagi anak bangsa sedarah seagama kita yang sanggup membiarkan diri dipengaruhi agenda DAP yang kononnya 'sangat suci murni' itu. Sampai bila kita mahu terus begini? Bilakah saatnya kita akan sedar dari dibuai selendang Hannah Yeoh di dalam masjid dan tabung-tabung lumayan yang ditabur di masjid serta surau yang hanya 'opera' semata-mata? Hingga kita 'digergaji leher' seperti saudara-saudara kita di Bosnia, Palestin dan Myanmar?

Biar kita berbeza ideologi politik, namun tali persaudaraan kita perlu utuh dipelihara. Terguris di lengan kanan, lengan kiri terasa pedihnya. Sesungguhnya Islam menegaskan kita umat Islam semuanya bersaudara, maka ikutlah seruan Islam itu demi agama, bangsa dan negara.
12. Justeru itu, sempena bulan yang penuh rahmah dan rahim-Nya, mengambil keberkatan Ramadhan yang tiada tolok banding kemuliaannya, ayuh kita rapatkan saf ukhuwah, jalin kembali ikatan persaudaraan kita dan bermuhasabah diri, kembali bersatu dengan 'tali Allah'. Sedarlah dengan permainan politik yang memecah-belahkan kita. Sedarlah diri yang mungkin nasibnya akan mengemis di bumi sendiri nanti. Buanglah yang keruh, jernihkan kembali segala kekaburan dan detik noda yang menjadi titik hitam di hati. Saya seru kepada seluruh umat Islam tanpa mengira UMNO atau PAS, renunglah nasib anak bangsa Melayu Muslim di bumi bertuah ini kerana 'Disinilah Lahirnya Sebuah Cinta'...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.