1. Difahamkan Pakatan Harapan telah mengumumkan untuk mengadakan satu himpunan raksasa pada hari ini 14 Oktober, yang diberi nama "Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dan akan berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya.
2. Pengerusi Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya, Tony Pua mendakwa kononnya himpunan itu diharap mampu memberi orang ramai kefahaman mengenai isu 1MDB.
"Kita akan lancar kempen berkenaan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' dan kita akan adakan satu himpunan raksasa pada 14 Oktober."
3. Sebelum terjebak dengan himpunan kononnya 'anti-kleptokrasi' itu, perlu difahami tentang apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'kleptokrasi'. Etimologinya, istilah kleptokrasi berasal dari bahasa Yunani iaitu 'klepto' dan 'kratein' yang bererti 'diperintah oleh pencuri'. Manakalan Cambridge Dictionary mendefinisikannya sebagai "a society whose leaders make themselves rich and powerful by stealing from the rest of the people: This was not a democracy; it was a kleptocracy". Selain itu, Mac Millan Dictionary mentafsirkannya sebagai "a form of corrupt government that allows the ruling class to accumulate great wealth and power while neglecting the mass of citizens" dan Oxford Dictionary pula menyifatkannya sebagai "A government system ruled by a leader who uses his power to steal the country's resources". Sarjana Indonesia, Amich Alhumami (2005) mentafsrikannya "Negara kleptokrasi adalah negara yang di dalam praktik pemerintahannya ditandai oleh keserakahan, ketamakan dan korupsi yang mewabah (a government characterized by rampant greed and corruption).
4. Istilah kleptokrasi seperti diuraikan ini kemudian menjadi sangat popular setelah digunakan oleh Stanislav dalam "Kleptocracy or Corruption as a System of Government" (1968) yang merujuk pada "a ruler or to official whose primary goal is personal environment and who possesses the power to gain private fortunes while holding public office."
5. Merujuk kepada segala takrifan, pengertian, fakta dan penjelasan ilmiah di atas, adilnya pada hemat saya, istilah kleptokrasi tersebut lebih sesuai dirujuk kepada seorang tokoh politik veteran dan sekutunya yang cukup terkenal yang terlibat dalam skandal BMF, Perwaja Steels dan banyak lagi. Jika tidak, tak mungkin anak-anaknya kini diiktiraaf antara "top malaysian richest man"... Tidak begitu????
6. Kleptokrasi dapat difahami sebagai sebuah bentuk pentadbiran pemerintah dengan menggunakan wang yang berasal dari hasil negara , public atau hasil am untuk memperkaya diri sendiri. Amalan rasuah, korupsi, nepotisme dan persekongkolan kejahatan dilakukan oleh mereka yang memiliki kekuasaan sewenangnya.
7. Kita tentu ingat sebuah nasihat popular dari sarjana ekonomi dan pemikir Perancis, Frederic Bastiat, yang mengatakan bahawa jika lembaga negara penuh dengan praktik 'illegal' dan korupsi, negara itu pun berubah menjadi sebuah institusi kleptokrasi.
8. Sejarah awal kleptokrasi ini harus diperihalkan terlebih dahulu sebelum pihak-pihak yang kini seolah-olah dilanda sindrom "short term memory lost" dan pencanang yang kononnya "holier than thou" ini menipu rakyat dengan licik dan penuh muslihat jijik.
9. Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan Bank Dunia pada 17 September 2007 menyebut sejumlah nama pemerintah negara dan pemerintahan yang melakukan korupsi politik. Di antara nama-nama tersebut adalah Soeharto, Ferdinand Marcos, Mobutu Sese Seko, Sani Abacha, Slobodan Melosevic, Jean Claude Duvalier, Alberto Fujimori, Pavlo Larazenko, Arnoldo Aleman, Joseph Estrada. Penyebutan nama mereka seiring dengan pelancaran program Stolen Asset Recovery atau StAR Initiative. Jika dirujuk nama-nama itu, hampir semuanya mentadbir negara masing-masing di era 'pemimpin maksum' itu, bukan? Semuanya 'tumbang', melainkan dirinya...
Bekas diktator di Filipina, di Malaysia...? |
10. Tun Mahathir mendakwa 1MDB kononnya adalah satu contoh 'kleptokrasi', namun beliau tidak mampu membawa bukti kukuh termasuk sekutu rapatnya, Clare Rewcastle Brown, yang gagal membuktikan fitnah rasuah RM90 juta terhadap Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
11. Tun Mahathir pernah mengatakan 'Melayu mudah lupa'. Namun untuk pengetahuannya, kami tidak lupa dan malangnya beliau sendiri mungkin mudah lupa. Sebelum lupanya menjadi kronik, saya memohon penjelasan daripada Pakatan dan Tun Mahathir untuk menjelaskan isu-isu berikut;
1. Memetik laporan Time Magazine, seorang pakar ekonomi Singapura, Morgan Stanley, mendakwa:
"The country (Malaysia) might have lost as much as US$100 billion since the early 1980s to corruption.
"One of these scandals is the Perwaja Steel project which is usually associated with a loss of RM2.56 billion. But it seems like RM10 billion is a more likely figure. In fact, Mahathir himself had admitted publicly in 2002 that Perwaja lost RM10 billion in a dialogue with Malaysians in London where he also admitted that there were possible misappropriation of funds and mismanagement in Perwaja.
"Total losses had increased to RM2.49 billion from RM1 billion when Eric Chia took over. Perwaja was crippled by additional debts amounting to RM5.7 billion.
"The new management of Perwaja prepared an internal report where it claimed the following among others:
– inaccurate accounting records
– unauthorised contracts amounting to hundreds of millions of ringgit
– alleged misappropriation of funds
– dubious maintenance contracts amounting to RM292 million (including a contract amount of RM200,000 per month to a company for gardening, cleaning and vehicle maintenance)
– award of RM957 million contract to companies of a long time associate of Eric Chia".
"In 1999, Anwar made a police report which stated that “He (Eric Chia) in fact repeatedly claimed that his actions had the support and under the directions of Prime Minister Dato Seri Dr. Mahathir. And this is further substantiated with letters written by the Prime Minister himself. With the so-called mandate, the Board was sidelined, tender procedures were blatantly ignored and there were quesitonable, ‘unsatisfactory’ payments made to certain parties.”
Pertanyaan saya, merujuk kepada tafsiran rasuah dan kleptokrasi, adakah ini juga satu contoh rasuah dan kleptokrasi? Atau ia merupakan salah urus tadbir? Atau Dato' Seri Anwar juga bersekongkol dengan Tun sekarang untuk menutup skandal-skandal mega terlampau di zaman itu???
2. Malaysia Airlines System Berhad (MAS) pada 1997 - tiga tahun selepas syarikat berkenaan diteraju oleh Ketua Pegawai Eksekutif baru, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1994, dikatakan bahawa Tun Mahathir serta Menteri Kewangannya pada ketika itu, Tun Daim Zainuddin, mengarahkan Tajuddin menerusi syarikatnya Naluri Berhad membeli pegangan MAS sekaligus mengambil alih syarikat penerbangan berkenaan.
Beberapa tahun kemudian, MAS mengalami kerugian bernilai RM259.95 juta pada 1997. Wang siapa yang lebur dan siapa yang 'menyedut' keuntungan di sebalik skandal yang menjadi bahan serangan DAP dan PAS pada ketika itu?
Bukankah ini juga bertepatan dengan perincian sebuah tindakan kleptokrasi???
3. Tun Mahathir juga dilaporkan telah mengarahkan syarikat minyak dan gas negara, Petronas, supaya menjamin syarikat Konsortium Perkapalan Berhad milik anaknya, Datuk Seri Mirzan Mahathir yang dihimpit hutang besar bernilai USD490 juta. Apa siginifikannya sebuah syarikat GLC negara terpaksa menyelamatkan syarikat peribadi milik anak Perdana Menteri?
Bolehkah saya sifatkan tindakan ini sebagai "the big hong kong bail-out"???
4. Bagaimana pula dengan penganugerahan kontrak kepada Opcom Sdn Bhd? Kementerian Kewangan pada Oktober 2003 mengeluarkan arahan kepada Telekom Malaysia Berhad (TMB) untuk meluluskan syarikat Opcom Sdn Bhd milik Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai vendor pengilang, pembekalan dan penghantaran kabel optik fiber bagi kegunaan TMB. Pada 7 Oktober 2003, Kementerian Kewangan bersetuju meluluskan kontrak bernilai 214.2 juta.
Sekali lagi, GLC dipaksa 'menambah kekayaan' anak-anak Tun Mahathir??? Syarikat anak orang lain tidak layak untuk membida secara adil dan mendapatkan kontrak tersebut? Tidakkah ini juga kleptokrasi?
5. Menunggu kepada laporan RCI, apakah jawapan kepada skandal forex yang membabitkan Bank Negara nanti?
6. Bagaimana pula dengan skandal Maminco? Kerugian dan keberhutangan sehingga RM1.6 bilion pada 1980'an? Pada tahun 1981, sebuah syarikat, Maminco Sdn Bhd ditubuhkan tidak lama selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri kononnya bertujuan untuk mengawal harga bijih timah di Bursa Saham London. Maminco keluarkan pinjaman berjumlah RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra tetapi kekal berhutang apabila harga bijih timah jatuh akhirnya?Apa agaknya jawapan Tun Mahathir?
12. TAPI YANG LEBIH PENTING, APA JAWAPAN PENGIKUT DEMONSTRASI PENGIKUT TUN DAN PAKATAN? Fahamkah anda maksud kleptokrasi? Siapa sebenarnya pelopor dan bapa kleptokrasi di Malaysia? Dan anda masih mengikut beliau secara membuta tuli? Anda lupa isu rumah Pinhorn Road oleh Lim Guan Eng? Bukan itu kleptokrasi?
13. Sebenarnya, isu bermula tahun lalu. Pada 22 Julai 2016, sehari selepas saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB. Sabitan kesalahan boleh membawa kepada hukuman pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI). (Namun harus diingat, dulu pun Amerika Syarikat memang terkenal anti-Mahathir dan Mahathir juga anti-Amerika Syarikat. Dulu, Tun Mahathir gemar berkata 'ini agenda US', tohmahan, 'inteference if sovereign' dan sebagainya. Tapi sekarang bernada lain?)
14. Untuk Tony Pua dan DAP, selesai dahulu kemelut rasuah, nepotism dan kleptokrasi yang jauh lagi bersuluh. Guan Eng telah menyalahgunakan kuasa, jawatan awam atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya sendiri dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar kategori tanah pertanian untuk maksud kediaman semasa mesyuarat jawatankuasa perancang negeri pada 18 Julai, 2014.
15. Dia juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli rumahnya dari Phang Li Koon sebanyak RM2.8 juta yang berada di bawah nilai pasaran hartanah daripada RM4.27 juta pada 28 Julai 2015.
16. Mengapa Tony Pua berdiam diri yang elegan mengenai perkara ini? Tony mungkin lupa bahawa dia pernah berkata bahawa Guan Eng perlu mengambil cuti jika dia didakwa di mahkamah. Walau bagaimanapun sehingga hari ini selepas didakwa di mahkamah, Guan Eng tidak pernah pergi bercuti dan Tony Pua kini tiba-tiba "lupa" apa yang dia katakan sebelum ini?
17. Adakah dia juga mengamalkan "selective moral compass" atau "hanya aku yang baik lain jahat (holier than thou)". Dalam hal ini, DAP jelas mengamalkan kleptokrasi, nepotism. Dan tokoh kleptokrasi negara Tun Mahathir dilantik pula menjadi Pengerusi Pakatan Harapan?
18. Sewajarnya, demonstrasi ini jauh lebih elok jika dibuat terhadap TUN, Pakatan dan DAP. Tun atas skandalnya, PKR atas salah laku di Selangor dan Dap di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, kerajaan DAP menghadapi skandal rasuah, kleptokrasi dan kes-kes mahkamah yang melibatkan Guan Eng, bukan? Lupa?
19. Masyarakat di negara ini sepatutnya tidak sesekali membiarkan diri mereka diperguna dalam demonstrasi sedemikian jika tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan 'kleptokrasi', tujuan sebenar diadakan dan agenda tersembunyi di sebalik penganjurannya. Sebaliknya, lebih relevan jika Ahli Parlimen Pakatan membawa usul tentang isu ini ke Dewan Rakyat. Daripada itu, mungkin RUU dapat menggubal undang-undang yang menguatkuasa tentang tindakan kleptokrasi. Atau sekurang-kurangnya diperkemas dengan pindaan klausa mendefinisikan kleptokrasi, kaedah untuk menguatkuasa dan hukuman yang setimpal.
20. Sehingga kini, tuduhan yang melibatkan 1MDB dan cubaan mengaitkan dengan Dato' Seri Najib didapati langsung tidak menepati syarat istilah kleptokrasi. Tiada kena mengena langsung. Siasatan DOJ yang difailkan hanya di bawah KARI. Mungkin terdapat tuduhan awam, namun tanpa pembuktian dan bukti-bukti kukuh, tuduhan itu tidak membawa sebarang makna selain hanya untuk kepentingan politik pembangkang. Malah DOJ juga dilaporkan gagal meneruskan kes ekoran tiada saksi. Jelas sangat, tiada langsung sebarang unsur kleptokrasi, bukan? Apakah bentuk penguatkuasaan kleptokrasi? Jika hanya berdasarkan tuduhan awam sahaja tanpa bukti kukuh, maka kita boleh bekukan semua akaun dan aset yang kononnya terlibat?
21. Berikut saya bawakan dua kes yang melibatkan dakwaan yang hampir sama dan berlaku di Amerika Syarikat dan India;
1. Amerika Syarikat
Kongres Amerika Syarikat telah mula menggunapakai Akta Magnitsky Global pada Disember 2016. Akta tersebut memberikan kuasa kepada Presiden AS untuk membatalkan visa dan membekukan sebarang aset yang dimiliki terhadap sesiapa yang dianggap mencabul hak asasi manusia atau tuduhan awam yang mendedahkan rasuah.
Akta Magnitsky Global atau nama penuhnya Akta Hak Asasi Manusia dan Akauntibility Global turut mensasarkan warganegara asing yang "bertanggungjawab terhadap individu yang terlibat dengan perlakuan tidak adil seperti membunuh, penyeksaan atau sebarang keganasan antarabangsa yang dikenalpasti terhadap individu lain di mana-mana negara asing".
Presiden AS juga diberikan kuasa untuk membuat keputusan dasar luar rasmi negara yang melibatkan "perlakuan rasuah yang ketara, termasuk pengambilalihan aset persendirian atau awam untuk keuntungan peribadi, rasuah yang berkaitan dengan kontrak kerajaan atau melibatkan sumber semula jadi, rasuah, atau penggunaan atau pemindahan hasil rasuah ke bidang kuasa luar negeri."
Semua kes masih lagi dalam berjalan, namun belum ada sebarang sabitan diputuskan.
2. India
Tarikh 14 Februari 2017, mencatat sejarah Tamil Nadu apabila keadilan bakal ditegakkan terhadap bekas Ketua Menteri, J Jayalalithaa (JJ) dan individu kepercayaanya, VK Sasikala, yang antara lain akhirnya disabitkan tuduhan oleh Mahkamah Agung di bawah Akta Pencegahan Rasuah (PCA) untuk memiliki aset yang tidak seimbang dengan sumber pendapatan mereka yang diketahui.
Olehitu, Mahkamah Tinggi melabuhkan tirainya berhubung kes kontroversi yang mengambil tempoh selama 21 tahun sejak aduan dibuat oleh pemimpin negara itu, BJP Subramanian Swamy (yang kemudian menyerati Parti Janata) terhadap Jayalalithaa pada 14 Jun 1996.
Mahkamah mengambil masa kira-kira 11 tahun perbicaraan sebelum memutuskan penghakimannya. Berikut adalah ulasan D'Cunha mengenai kelewatan yang terlalu lama itu; "Terbukti daripada rekod ini bahawa selepas perbicaraan disambung semula di Mahkamah ini, tertuduh telah memfailkan permohonan demi permohonan di setiap peringkat prosiding perbicaraan di Mahkamah ini, membangkitkan isu-isu interlokutori yang berbeza, yang kononnya membuktikan aspek-aspek yang berbeza berkenaan hak mereka untuk perbicaraan yang bebas dan adil, dan hampir setiap perintah yang diluluskan oleh Mahkamah ini dibawa ke Mahkamah Rayuan atau Semakan ke Mahkamah Tinggi Karnataka serta kemudian ke Mahkamah Agung India yang mengakibatkan kes ini tertangguh dalam tempoh yang sangat lama".
Kes ini melibatkan Jayalalithaa, yang menjadi Ketua Menteri pertama yang bakal disabitkan di bawah PCA.
Dia merupakan tertuduh utama dan mereka yang tinggal bersama di kediamannya, Poes Garden di Chennai, semasa tempoh pertamanya sebagai Ketua Menteri turut dituduh bersama iaitu Sasikala, Sudhakaran (dikemukakan oleh Jayalalithaa sebagai "anak angkatnya") dan Elavarasi (anak saudara Sasikala) mengamalkan kleptokrasi merangkap rasuah. Jayalalithaa dan Sasikala (tertuduh ke-2), didakwa mengapungkan syarikat-syarikat dikatakan milik mereka di mana kedua-duanya adalah rakan kongsi. Harta, aset dan wang telah diperoleh dan dipindahkan atas nama syarikat-syarikat ini walaupun tiada aktiviti perniagaan sebenar dijalankan.
Selepas tahun 1991, kira-kira 31 firma dilaporkan terapung di atas nama Sasikala, Sudhakaran dan Elavarasi, yang mana tidak ada pulangan cukai pendapatan yang difailkan serta tiada penilaian cukai komersial telah dilakukan terhadap syarikat-syarikat berkenaan. Aset dan dana Jayalalithaa didapati tidak seimbang hingga mencecah Rs 66 crore (660,000,000 rupee/ RM43 juta).
Mahkamah perbicaraan itu menjatuhkan hukuman terhadap Jayalalithaa di bawah PCA dan dipenjarakan selama empat tahun serta denda Rs. 100 crore (RM65.2 juta). Sasikala, Sudhakaran, dan Eavarasi pula masing-masing dihukum penjara untuk tempoh empat tahun dan denda Rs. 10 crore (RM6.5 juta). Selepas disabitkan kesalahan, Jayalalithaa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri dan menamakan O Panneerselvam sebagai penggantinya.
Walau bagaimanapun, rayuan bagi keputusan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Karnataka dan keputusan tersebut telah dibatalkan oleh oleh Hakim CR Kumaraswamy. Jayalalithaa kemudian kembali sebagai Ketua Menteri dan meninggal dunia di pejabatnya pada 5 Disember 2016 sebagai orang yang "tidak bersalah". Namun begitu, keputusan Mahkamah Agung terus membayangi reputasi dan legasinya hingga kini.
22. Maka jelas, tiada satu pun daripada kes-kes berkenaan sama sifatkan untuk dijadikan rujukan melibatkan kes di Malaysia.
23. Kesimpulannya, kempen kleptokrasi yang dicanang oleh Tun Mahathir dan Pakatan hanyalah sandiwara jahat semata mata untuk lebih memburuk-burukkan BN. Ia hanyalah sekadar satu lagi strategi mainan politik populis untuk menanam kebencian pada UMNO-BN dan puucuk pimpinannya. Dari segi sifat dan syarat, apakah benar Presiden UMNO adalah seorang kleptokrat? Beliau langsung tidak menepati ciri kleptokrai seperti mana fakta dan hujah yang telah saya utarakan di atas. Kepada mereka yang berada di himpunan itu hari ini, percayalah bahawa ia hanyalah satu pekerjaan yang sia-sia belaka yang hanya menjadi alat mainan politik jijik.
24. Jika benar, pimpinan Pakatan komited untuk 'selamatkan Malaysia' mahupun begitu mengambil berat tentang isu kleptokrasi ini, Ahli Parlimen mereka sepatutnya mencadangkan RUU mengenai kleptokrasi diusulkan dan didebatkan, serta diangkat menjadi undang-undang yang baru di negara ini. Ini barulah namanya selamatkan Malaysia!!! Bukannya mengajak rakyat buang masa di jalanan atas kempen berniat jahat dan strategi politik sempit pembangkang yang semata-mata mahu mengambarkan persepsi kononnya Kerajaan BN ini telah menzalimi rakyat.
25. Saya yakin pertanyaan-pertanyaan saya di atas hanyalah melibatkan beberapa skandal popular yang hingga kini menjadi tanda tanya besar bagi kita. Namun begitu, diyakini juga masih banyak lagi skandal-skandal yang pernah mencetus kontroversi, sama ada yang berlaku di depan mata mahupun di belakang kita rakyat Malaysia. Jika kita meneliti kembali point point saya di atas, yang paling layak 'diselamatkan' adalah parti-parti di dalam Pakatan Harapan sendiri kerana Pengerusinya adalah yang sebenarnya seorang Raja Kleptokrasi!!!