1. Dicanang serata negeri dek kerana kerisauan kejutan 50 ribu mat motor anak muda berhimpun di Sungai Petani tanggal 7 Oktober lalu bersama MB. Fitnah dilempar kononnya MB Kedah berbohong dan dinaratifkan Litar Lumba Rakyat yang dijanjikan oleh PM dibuat menggunakan wang negeri melalui bayaran premium tanah hotel ST REGIS dan bukannya peruntukkan pusat seperti dijanjikan.
2. Walhal keduanya adalah isu berbeza. Untuk rekod bagi biaya Litar Lumba Rakyat di Bandar Amanjaya, sejumlah RM10 juta sudah disalurkan oleh Kementerian Kewangan pada Kerajaan Negeri dengan kerja pengambilan tanah dan urusan pembersihan tapak sudah mula dijalankan. Bakinya RM20 juta dibayar mengikut kemajuan projek.
4. Sementara kos pengurusan dan bayaran premium tanah hasil pembinaan Hotel St. REGIS di Langkawi pula jumlah yang perlu dibayar oleh MOF ialah sebanyak RM37 juta sepertimana diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri tanggal 19 Julai 2017 yang lalu. Sehingga kini MOF sudahpun melangsaikan RM11 juta bagi bayaran premium tanah dan bakinya sebelum akhir tahun ini.
5. Hakikatnya Kedah beroleh bayaran sebanyak 67 juta untuk 2 projek ini. Hasil dari kecekapan pengurusan, diplomasi berhemah dalam rangka hubungan baik antara pimpinan negeri dan Persekutuan.
6. Persoalannya, kenapa isu ini dimainkan mereka?? kerana ya di zaman pentadbiran Dato Seri Mukhriz sememangnya ada cadangan dari kerajaan persekutuan supaya bajet litar tersebut diambil gunapakai sebahagiannya daripada bayaran premium tersebut. Tapi apa yang cuba disembunyikan faktanya adalah kerana permintaan pentadbiran Mukhriz waktu itu untuk bajet litar adalah sebanyak 70 juta.
7. Jangan kita lupa bahawa MOU antara MBI inc dan SIC telahpun ditandatangani ketika pentadbiran MM dengan alasan kononnya litar tersebut adalah bertaraf 5 bintang. sikap 'ambitious' inilah yang menjadi pertikaian kerana litar yang diharapkan hanyalah untuk menyediakan sebuah litar rakyat. Terutamanya hasrat belia dan pemuda yang membuat permohonan pada PM agar bajet ini diluluskan dan akhirnya PM memberikan komitment beliau dalam kempen PRU13 bahawa jika BN kembali memerintah Kedah, impian ini akan terlaksana.
8. Namun, apabila ditampuk kuasa DSMM telah mencadangkan sebuah litar bernilai 70 juta yang semua bajet dipohon pada kerajaan persekutuan walaupun hakikatnya Kedah tidak mempunyai keperluan untuk diadakan sebuah litar bertaraf MEGA, cukuplah sekadar sebuah litar rakyat hasil daripada aspirasi anak muda Kedah.
9. Bagi melayan juga cita cita besar MM ini, kerajaan persekutuan mencadangkan supaya kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan berada dalam situasi "menang -menang" yang mana kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan 30 juta dan selebihnya kerajaan negeri yang tanggung mengunakan wang premium tanah ST Regis tersebut. Bukankah adil apabila sikap 'ambitious' MM itu dipertanggungjawabkan sebahagiannya dari dana kerajaan negeri? Justeru perbincangan ini tergantung dan gagal mencapai kata sepakat dicanangkan kerajaan Federal tak mau bagi duit.
9. Namun, apabila Dato Seri Diraja Ahmad Bashah mengambil alih pentadbiran negeri, permohonan ini dibuat semula dan kertas cadangan yang baru dikemukakan memohon sebuah litar rakyat yang hanya bernilai RM30 juta. Maka bayaran premium tanah tersebut yang bernilai RM37 juta dapat diselamatkan dan menjadi hasil kepada kerajaan negeri. Ini termaktub didalam keputusan MMK 19 Julai 2017.
10. Dato Seri Ahmad Bashah tidak pernah berbohong! Yang berbohong dan cuba mengelirukan rakyat atas niat semata mata memburukan BN Kedah adalah pihak pembangkang diketuai oleh MM sendiri di Kedah. Ini fitnah yang keterlaluan dek kehabisan modal politik semata mata. Yang dikesalkan kenapa kelebihan dan manfaat pelbagai yang diperolehi ini perlu dicemburui, difitnah dan ditohmah sedemikian rupa...? Ini adalah satu kegagalan DSMM yang cuba diusahaselindungkan!!!
11. Lantaran itu,cukupla saya katakan kepimpinan Ahmad Bashah dan kerajaan BN sedia ada perlu terus diberi mandat memerintah Kedah supaya usaha MENERUS KEMAJUAN DAN MENZAHIR IMPIAN RAKYAT dapat diteruskan.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.