1. Gesaan Mukhriz agar jawatan PM dihadkan selama 2 penggal selain diasingkan jawatan Menteri Kewangan merupakan satu lagi gimik politik pembangkang yang cuba meraih sokongan. Malah, saya sendiri dalam usul politik mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar telahpun membawa usul menghadkan penggal jawatan PM ini dan mana mana jawatan utama dalam kerajaan mahupun parti agar peremajaan parti dan kepimpinan berlaku secara serius. Usul cadangan ini telah saya bentangkan didalam sidang perwakilan 2 tahun lalu semasa Mukhriz masih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar Kedah untuk dibahaskan dan diterima oleh sidang perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar.
2. Namun,ketika itu tidaklah pula usul saya ini mendapat perhatian daripada Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah ketika ini iaitu Mukhiz sendiri.Kerana apa? adakah kerana beliau masih berada ditampuk kepimpinan kerajaan? Selesa dengan kuasa dan jawatan Menteri Besar? atau pada padangan beliau ketika itu 2 penggal ditampuk kuasa tidak cukup untuk merealisasikan misi dan misi beliau mewarnakan kerajaan Negeri?. Akan tetapi berlainan pula padangan beliau kini apabila beliau bukan lagi sesiapa dalam kerajaan mahupun parti UMNO. Pada pandangan saya, ianya juga seakan-akan menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.
3. Jika asas jangka masa jawatan dijadikan sebab berlakunya penyelewengan, maka bermakna selama 22 tahun ayahnya Tun Mahathir menjadi PM dan Menteri Kewangan sudah tentulah benar sepertimana diberitakan oleh Barry Wain bahawa Dr Mahathir telah melakukan khilaf dengan mengakibatkan negara kerugian ratusan billion.
4. Prinsipnya sistem 'check and balance' dalam kerajaan melalui mekanisme jemaah kabinet cukup jelas, dan sebarang pelaksanaan keputusan atau dasar penting adalah hasil konsensus.
5. Jika benar pihak pembangkang ikhlas melaksanakan sistem dua penggal bagi pemegang jawatan utama mereka boleh menunjukkan contoh duluan dengan melaksanakan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
6. Isu keduanya adalah berhubung fungsi SPRM. Secara spesifik ruang lingkup kuasa SPRM kini telah melalui penambahbaikan dan jurisdikasi yang lebih jelas berbanding era Mahathir. Malah Menteri dari UMNO sendiri sebagai contoh Dr Khir Toyo dan ramai lagi telah pernah didapati bersalah dan menjalankan hukuman mahkamah.
7. SPRM di era kini bukan sahaja bebas melaksanakan tugas mereka 'without fear and favour' malah dapat bertindak dengan objektif tanpa takutkan campurtangan politik. Ia tidak lagi seperti di era Dr Mahathir berkuasa dulu.
8. Jelasnya cadangan yang diutarakan oleh Mukhriz ini bukan sahaja bersifat gimik politik malah sekadar satu cadangan bersifat gula gula, tidak ikhlas serta cuba menarik perhatian rakyat semata mata.
9. Sekiranya Mukhriz benar-benar ikhlas dalam dua hujahnya itu, maka sudah tentu beliau sudah umumkan hanya akan jadi MB untuk dua penggal saja ketika di awal pentadbirannya di Kedah sebelum ini.
10. Malah jika beliau benar nekad dengan hujahnya tentang SPRM, maka beliau sepatutnya meminta pihak berkuasa itu menyiasat segala dakwaan mengenai bapanya, abang kakaknya, bapa saudaranya, saudara maranya, sahabat handainya termasuk kroni-kroni bapanya ketika menjadi PM dulu. Ia juga adalah bertujuan untuk membersihkan nama keluarganya.
11. Jika tidak berani untuk berbuat demikian, janganlah pura-pura berani di depan rakyat. Keikhlasan perlu ada dalam keberanian. Apatah lagi kita umat Islam tertakluk pada hukum-hakam, dosa dan pahala, maka perlulah kita utamakan syariah terlebih dahulu.
12. Usahlah bermain kata-kata dan menanam tebu dipinggir bibir kerana kami semua sudah muak dengan janji manis, ugutan, sikap kuku besi dan segala 'maha' yang bapanya pernah amalkan dulu. Cukup-cukup sudah, dunia kini sudah berubah...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.