1. Saya yakin, sekiranya dinyatakan bahawa penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah untuk memecah-belahkan masyarakat Malaysia dulu, ramai yang akan akui hakikat dan kebenaran itu. Namun antara sedar atau tidak, sebenarnya kita masih lagi akur dengan dasar penjajah itu sehingga ke hari ini di mana ia membuahkan hasil yang mencemarkan perpaduan yang terbina. Walau pihak kerajaan sejak dari zaman merdeka lagi menyemai benih-benih perpaduan yang mensasarkan keharmonian pelbagai etnik, agama dan budaya di negara kita, ia tetap terancam dek kerakusan segelintir mereka yang mencetus api perkauman.
2. Namun baru-baru ini, Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir Khalid menyarankan supaya perbincangan yang serius mengenai Sekolah Satu Aliran diadakan secara sihat bagi menyemai integrasi dan asimilisasi kepelbagaian etnik di negara kita. Sebagaimana maklum, beberapa pihak sebelum ini begitu agresif melakukan provokasi melampau yang bersifat perkauman khususnya di laman-laman sosial sehingga mencetus kemarahan di kalangan bangsa Melayu dan Bumiputera di negara kita. Apabila tercetus reaksi berkenaan yang menyaksikan kebangkitan bangsa Melayu di Himpunan Baju Merah baru-baru ini, ada pula yang menuduh tindakan tersebut berbaur rasis. Maka saya difahamkan atas dasar itulah, Dato' Seri Mahdzir Khalid menyarankan ura-ura mewujudkan sekolah satu aliran sahaja di negara kita.
3. Pada pandangan saya, sekiranya dimansuhkan SRJK (C) atau SRJK (T), mereka yang bakal melatah dan melenting adalah Dong Zhong, DAP dan mungkin parti komponen BN sendiri seperti MCA dan Gerakan. Sekolah satu aliran bukanlah perkara baru. Cadangan tersebut sudah lebih dari 5 tahun, hasil cetusan seorang yang berbangsa Cina, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim. Secara dasarnya, beliau melihat Sekolah Satu Aliran amat signifikan bagi menyemai keharmonian kaum di kalangan rakyat Malaysia supaya bermula dari proses pendidikan awal negara. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
4. Sebelum ini pada tahun 1997, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah cuba mewujudkan Sekolah Wawasan bagi tujuan yang sama dengan menempatkan ketiga-tiga aliran sekolah di lokasi yang sama. Namun malang, walaupun pelbagai kemudahan dan tarikan ditawarkan di Sekolah Wawasan, ia dipandang dingin oleh masyarakat Cina, khususnya Dong Zhong. Persatuan Cina itu mendakwa kononnya mereka takut identiti kaum Cina terancam dan akan terhapus sekiranya dilaksanakan sekolah berkenaan. Jika Sekolah Wawasan ditentang Dong Zhong, apatah lagi Sekolah Satu Aliran. Saya yakin, persatuan itu akan menjadi pihak yang paling kuat membantah penubuhan Sekolah Satu Aliran ini.
5. Saya tertanya-tanya, apakah benar seorang Cina akan terhakis identitinya sekiranya belajar di Sekolah Satu Aliran? Berasimilisasi dan berintegrasi dengan kaum lain di sekolah akan menjadikan seorang Cina bertukar menjadi seorang India atau Melayu? Dangkal sungguh pandangan itu. Hakikatnya, Cina tetap Cina, India tetap India dan Melayu tetap Melayu juga, bukan? Malah identiti mereka juga tidak berubah. Cina tetap akan bermata sepet, India akan tetap berkulit gelap dan Melayu tetap dengan identiti keMelayuanya. Bezanya, mereka akan berasimilisasi melalui pergaulan seharian. Sama ada mereka akan bergaduh bertumbuk atau bersahabat baik, ia merupakan satu perkara yang subjektif. Yang paling utama, proses berkenaan akan menyebabkan kita berasimilisasi sesama etnik!
6. Apabila mula bergaul sesama kaum, maka di situ secara tidak langsung akan wujud satu hubungan. Dan adalah menjadi satu kewajipan bagi Kementerian Pendidikan untuk merangka satu pendekatan bagi mengawal sengketa di antara para pelajar yang masih mentah di sekolah-sekolah rendah itu untuk bersatu, sehati sejiwa sebagai bangsa Malaysia yang saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain. Saya yakin, Muniandi tidak akan melupakan Ah Chong, dan Siew Lan pula tidak akan melupakan Mariam. Jika mereka bergaduh sekalipun, saya yakin hati mereka akan bertaut semula menjelang dewasa mengenangkan nostalgia di zaman kanak-kanak mereka di sekolah rendah SATU ALIRAN!
7. Saya tidak melihat Dong Zhong mempunyai satu pun alasan yang relevan untuk membantah perlaksanaan Sekolah Satu Aliran. Malah pada pandangan saya, sekiranya mereka takut pada bayang-bayang sendiri dengan cuba mempertahan pendirian mereka berhubung identiti kaum Cina, maka itu menunjukkan betapa tebalnya sikap RASIS yang ada pada Dong Zhong. Pada saya, mereka lebih mementingkan sikap RASIS mereka berbanding mengutamakan semangat perpaduan di kalangan kepelbagaian etnik di negara kita. Hakikat pendirian degil tersebut membuktikan mereka mengamalkan sikap perkauman di negara kita. Pada hemat saya, pandangan yang tebal dengan sifat rasisme itu tidak wajar dipedulikan kerana ia berpaksikan kepada pendirian yang tidak rasional dan kurang sihat kepada masyarakat di Malaysia.
8. Senada dengan pendirian Ketua Pergerakan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin baru-baru ini, saya menyarankan kepada Dato' Seri Mahdzir Khalid supaya tidak mengendahkan pihak yang memandang serong dan paranoid dengan penubuhan Sekolah Satu Aliran. Malah sekiranya ditubuhkan Sekolah Satu Aliran kelak, kita bakal dapat menilai secara jelas tentang siapakah sebenarnya yang tebal sikap perkaumannya di negara berbilang bangsa ini. Sebagai sasaran, saya juga menyarankan supaya Kementerian Pendidikan membina Sekolah Satu Aliran tersebut dengan mensasarkan sekolah yang bersifat pembinaan 'negara bangsa', di mana ia tidak merujuk kepada milik mana-mana bangsa di negara kita. Pun begitu, amat penting untuk diterapkan nilai-nilai dasar pendidikan negara dan rukunegara yang menjadi teras kepada pengukuhan keharmonian kaum di Malaysia.
9. Tahniah kepada Dato' Seri Mahdzir Khalid kerana berani mencadangkan sesuatu yang difikirkan sangat sesuai untuk dilaksanakan bagi menjalin kembali keharmonian kaum di negara kita yang kian tercemar. Perbincangan secara teliti, sihat dan menyeluruh perlu diusahakan segera bagi merealisasikan perlaksanaan Sekolah Satu Aliran secepat mungkin khususnya bagi mendidik generasi muda yang lebih bersatu hati pada masa akan datang. Kepada Dong Zhong pula, saya mengharapkan agar mereka lebih berfikiran rasional, terbuka dan tidak lagi jumud dengan sikap paranoid dengan memberikan alasan demi alasan yang dangkal. Jika Melayu dan India sanggup berkorban, kenapa pula Dong Zhong harus 'keras kepala' cuba menegakkan benang yang basah?
10. Di zaman serba mencabar dan terbuka ini, saya berpandangan bahawa kita perlu bersedia lebih awal menyediakan modal insan yang lebih bersatu dan saling memahami antara satu sama lain. Bermula 'melentur buluh dari rebung' merupakan satu pendekatan yang sangat perlu ke arah menjamin kestabilan masyarakat berbilang bangsa di negara kita, sejajar dengan Wawasan 2020 yang menggariskan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu jiwa. Perlu ditekankan bahawa Malaysia ini adalah negara Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain yang berstatus warganegara di mana kita semua perlu memikirkan kaedah untuk menambah baik budaya masyarakat kita dengan nilai-nilai murni. Ramuan tersebut adalah perlu untuk menuju ke arah "Better Malaysia" yang kita semua impikan selama ini.
11. Justeru itu, saya memohon agar semua pihak memandang positif terhadap langkah Kementerian Pendidikan dengan cadangan penubuhan Sekolah Satu Aliran yang diyakini menjadi pemangkin kepada ikatan perpaduan yang lebih jitu dan erat di kalangan masyarakat Malaysia. Malah suka saya mencadangkan bahawa untuk merealisasikan hasrat ini, Saya berpendapat dalam menunjukan keberanian politik yang tinggi, dengan sgala infra yang telah wujud pada sekolah kebangsaan saya mengusulkam sebagai langkah permulaan sekolah kebangsaan wajib diperkasakan dengan memberi pelbagai insentif kepada ibu bapa pelbagai bangsa menhantar anak2 mereka disitu, yuran dihapuskan, quality guru ditingkatkan, penaikan taraf silibus subjek juga seharusnya menepati apa kehendak ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka. saya percaya jika langkah ini diambil dahulu kita mampu melihat sejauhmana penerimaan ibu bapa dan jika ada kelemahan kita mampu juga memperbaiki dari masa ke semasa.
12 Seharusnya kita perlu berkorban kepentingan tertentu dalam usaha merealisasikan sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan negara. Tidak perlulah dipolitikkan Sekolah Satu Aliran kerana isu ini tiada kena mengena politik negara. Ikhlaskan hati semurni mungkin demi masa depan Malaysia yang lebih bersatu rakyatnya kerana 'Di sinilah lahirnya sebuah cinta' untuk kita semua...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.