1. Insha Allah, sekiranya diizinkan Allah SWT, dijangka puluhan ribu rakyat Malaysia, terutama yang berbangsa Melayu dan cintakan keamanan serta menghormati sensitiviti bangsa Bumiputera di negara kita akan berhimpun buat julung-julung kalinya akan menyertai himpunan raksasa yang aman, Himpunan Rakyat Bersatu, di Padang Merbok pada 16 September ini. Jika tiada aral yang melintang dan diizinkan Allah, saya juga akan turut serta dalam himpunan tersebut.
2. Sebelum ini, pelbagai persepsi negatif dan tanggapan buruk telah dimainkan oleh pihak tertentu mengenai himpunan tersebut. Kebanyakannya dicetuskan oleh pihak pembangkang, mereka seolah takut melihat umat Jawi Melayu bersatu dalam sebuah himpunan mega. Mungkinkah mereka masih pagi paranoid dengan kenangan peristiwa 13 Mei yang menjadi igauan ngeri puak chauvinis dan kiasu yang tersemat di dada mereka-mereka itu? Itu saya tidak pasti. Apa yang saya yakinkan ialah puluhan ribu yang bersatu hati, sejiwa di Padang Merbok nanti.
3. Ada dakwaan dari pihak DAP yang mengatakan himpunan Rakyat Bersatu itu adalah satu himpunan yang berteraskan 'RASIS'. Pada pandangan saya, tuduhan tersebut adalah MENGARUT sama sekali. DAP bukan penganjur dan tidak tahu apa yang mereka cakapkan berkenaan himpunan itu. Saya yakin bahawa tuduhan itu adalah bertujuan untuk menjejaskan imej himpunan 16 September ini dengan menafikan hak berhimpun berdasarkan Akta Himpunan Aman 2011.
4. Apakah DAP dan para aktivis mereka yang bergerak menerusi NGO fikir konon hanya Bersih sahaja layak dan berani berhimpun di negara ini? Suka saya menegaskan di sini bahawa fakta menunjukkan himpunan Bersih 4 yang disertai DAP itu gagal memenuhi peraturan yang ditetapkan. Malah tiada sebarang kebenaran diluluskan untuk berhimpun dan menghuru-harakan jalanraya di ibu negara pada 29 dan 30 Ogos yang lalu. Biarpun ditawarkan Padang Merbok pada Bersih untuk berhimpun, namun mereka tetap suka mencabar undang-undang walaupun ada di kalangan peguam dan pengamal undang-undang yang menyertai himpunan haram itu. Pada hemat saya, tindakan tersebut sangat memalukan dan tidak bertamadun!
5. Berbanding Himpunan Rakyat Bersatu, saya ingin menegaskan bahawa himpunan tersebut langsung tidak membayangkan semangat perkauman khususnya bagi bangsa Melayu. Kami berhimpun beramai-ramai esok adalah disebabkan Bersih sendiri yang kurang ajar dan mencabar keamanan serta kestabilan politik negara. Memang Bersih didominasi oleh DAP dan kaum Cina yang terpengaruh dengan doktrinisasi supaya tidak menghormati kontrak sosial yang terpatri sebelum merdeka dulu. Setelah nenek moyang kami bertolak ansur dengan prinsip Jus Soli, dan nenek moyang kamu bersetuju dengan kontrak sosial, maka kini kamu cuba tunjuk kurang ajar pada apa yang telah disepakati?
6. Saya yakin, ramai lagi kaum Cina yang tahu menghomati kontrak sosial dan hak yang dimiliki bangsa bumiputera terutama bangsa Melayu di negara kita. Hanya DAP dan mereka yang terpengaruh dengan dakyah parti itu sahaja yang tergamak mencabar maruah bangsa kami di jalanraya. Terlanjur pihak berkenaan bersikap kurang ajar, maka kami yang mendaulatkan perlembagaan dan kontrak sosial berhimpun beramai-ramai untuk mengajar DAP dan Bersih supaya belajar menghormati 'rumah' serta 'tuan rumah' ! Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu sanggup berkongsi rumah dengan syarat, tapi sekarang mereka cabar pula Melayu dan Malaysia? Memang silap besarlah..!
7. Pada himpunan Bersih 4 sebelum ini, kononnya himpunan itu tiada sebarang provokasi dan berlangsung aman. Definisi aman dan tiada provokasi bagaimana yang mereka maksudkan jika ada yang memijak gambar pemimpin utama bangsa Melayu seperti Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang? Jika tiada provokasi, maka takkanlah ada laporan polis terhadap himpunan Bersih itu, bukan? DAP fikir rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk mereka perbodohkan? Kononnya tidak melanggar peraturan. Tapi berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa itu tidak dinamakan melanggar peraturan, kah? Pihak ultra kiasu itu benar-benar tidak tahu apa yang mereka cakapkan!
8. Salahkah bangsa Melayu mempertahankan hak dan kontrak sosial yang telah dicemarkan oleh sikap kurang ajar pihak yang tidak bertanggungjawab itu? Siapa pula yang hasut masyarakat Cina di Malaysia ini untuk tidak menghomati hak tuan rumah? Siapa yang ajar mereka berkurang ajar untuk tidak menghiraukan kontrak sosial? Siapa yang jolok sarang tebuan? Dan bila bangsa Melayu bersatu dengan satu suara mahu menggegarkan doktrinisasi jahat dengan merobohkan hasutan perkauman DAP itu, tiba-tiba kami dituduh 'RASIS'? DAP perjuang kehendak bangsa Cina secara melampau dikatakan tidak rasis, tapi bila kami pertahankan hak dan maruah Melayu dituduh 'RASIS'? Nampaknya dunia sudah terbalik?
9. Perlu diingat bahawa 16 September ini adalah Himpunan Rakyat Bersatu yang mana memperlihatkan majoriti rakyat Malaysia menolak budaya perhimpunan haram ala Bersih 4, menolak politik ala DAP yang mendalangi chauvanism kaum tertentu, menolak percubaan mengguling kerajaan yang dipilih secara demokrasi, menolak politik fitnah terancang terhadap pimpinan negara, menolak campur tangan asing dalam hal ehwal dalam negara dan menolak budaya biadap dan samseng menghina pemimpin negara. Lebih membanggakan, kami juga bersatu menyokong kerajaan berusaha menghadapi masaalah ekonomi rakyat dan negara, mempertahankan kerajaan pilihan rakyat dan mempertahankan lima prinsip Rukunegara dan yang paling utama, bersatu mempertahan kan kesatuan dan kedudukan MELAYU DAN BUMIPUTERA serta hak semua kaum dlm negara MALAYSIA. Jika dibandingkan dengan Bersih, perhimpunan kami ini jauh lebih positif dan bermakna!
10. Jelas sekali bahawa tuduhan yang dilemparkan DAP dan pihak tertentu terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang kononnya 'RASIS' adalah satu propaganda jijik semata-mata. Malah saya dengan berbesar hati menjemput mana-mana rakan yang bukan berbangsa Melayu untuk sama-sama turun bersatu bersama kami di Padang Merbok pada 16 September ini untuk sama-sama menghormati perlembagaan negara, kontrak sosial dan prinsip jus soli sebagai lambang sebuah negara Malaysia yang merdeka. Kita perlu baja dan suburkan kembali keharmonian kaum yang telah dicemari secara tidak langsung oleh pihak-pihak chauvinis dan ultra kiasu yang berselindung di sebalik parti politik serta NGO berbaju kuning sebelum ini. Ayuh kita gamatkan Padang Merbok beramai-ramai..!
11. Pihak berkuasa telah memberikan kebenaran. Himpunan Rakyat Bersatu adalah sah disisi undang-undang dan bukan haram seperti Bersih 4. Kita patuhi hak berhimpun secara aman dan kami berikrar untuk tidak melakukan sesuatu yang mampu mencetuskan kekecohan atau huru-hara seperti pihak baju kuning. Hanya yang benar-benar berjiwa Melayu dan bangsa Malaysia sahaja yang akan menyokong dan menyertai Himpunan Rakyat Bersatu. Ketahuilah dunia bahawa kami berhimpun kali ini adalah demi maruah agama, bangsa dan negara. Jika mereka mahu menjual, maka kami juga sanggup membeli. Berpantang ajal pendekar sebelum melangkah pencak, tunggulah Padang Merbok kami hadir membuka gelanggang. Apa yang pasti, di mana langit di pijak di situlah langit dijunjung kerana 'di sinilah lahirnya sebuah cinta'...
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.