1. Tamat sudah Muktamar PAS 2017 dengan kali ini Kedah menjadi tuan rumah.
2.
Di sebalik keyakinan menawan 5 buah negeri termasuk Kedah, Muktamar
kali ini nampak seakan PAS kembali mahu menjadi dogmatik dan self
sufficient tanpa perlu adanya pakatan dengan pihak lain.
3.
Kerangka hubungan dengan PPBM ditutup kerana PPBM dianggap parti yang
tiada hala tuju sehingga imam dan makmumnya tidak jelas.
4.
Tahaluf siyasi bersama PKR diputuskan bercerai talak tiga atas prinsip
PKR tidak lagi mendokong prinsip. Islam yang konon dijulang PAS.
5. DAP dianggap musuh utama malah berpatah arang berkerat rotan.
6. PAN pula dicop seteru yang wajib dihapuskan sama sekali sepertimana persepsi PAS pada UMNO sekitar 80'an dahulu.
7. Ironinya PAS sudah membuka pintu kontroversi dan permusuhan dengan semua pihak.
8. UMNO sendiri ditafsir selaku musuh kedua berbahaya selepas DAP.
9.
Nampak timbul semacam keyakinan bahawa PAS sudah utuh dan gagah serta
boleh bergerak sendirian dalam realiti politik masa kini yang sukar
dijangkakan.
10. Terlihat seolah-olah dinamisme perjuangan Islam
disegarkan meskipun ramai yang ketahui bahawa selama ini Islam menjadi
alat kepada PAS bagi menyebarkan pengaruhnya.
11. Dan di sebalik
semua itu edaran risalah berhubung kekayaan pimpinan atasan PAS menjadi
antara polemik yang mengundang perhatian.
12. Demikian juga
peristiwa ribut melanda di hari ke-2 usai sahaja Dewan Ulama PAS
melaungkan 'Jahanam PAN' sepertimana dulu doa 'KO UMNO'.
13. YAB
MB Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah mengenepikan sentimen ideologi
dan politik kepartian dengan menziarahi kesemua mangsa yang cedera
akibat musibah berkenaan.
14. Pemilihan AJK PAS PUSAT pula kali
ini mencerminkan golongan yang sebahagian besarnya totok cenderung
kepada Haji Hadi, demi membolehkan bahtera PAS dilayar tanpa ada lagi
serpihan ganguan pro PAN.
15. Namun secara realitinya, apa yang
jelas tidaklah kelihatan apa apa elemen yang boleh membawa 'Ummph..'
dalam konteks gerakan PAS hari ini.
16. Mungkin juga benar pandangan YB PAS sendiri Mahfuz Omar, PAS sudah menjadi parti makan keliling dan 'kebuloq' habuan dunia.
17.
PAS sebenarnya cuba ditampilkan kuat dan bersedia untuk menjadi hebat
padahal sendinya kian rapuh dan tiang serinya mula dimakan anai-anai
menunggu runtuh untuk menutup sebuah episod perjuangan terakhir.
18.Dan
hasrat PAS yang menggunung tinggi untuk menawan 5 buah negeri sekadar
angan Mat Jenin. Dengan sikap dan pendirian PAS yang bersendirian,
bekerja secara silo dan memusuhi semua pihak usahanya nampak sedikit
sukar.
19. Dan di Kedah sendiri antara negeri yang disasarkan
Pas, impian itu menjadi kelam dan hambar. Kerana onar serta duri yang
ditimpakan kesan 5 tahun pemerintahan PAS bersama rakan pakatan ketika
itu masih berbekas dihati sebahagian besar rakyat.
20. Jalan
keluar bagi PAS yang terbaik untuk terus memetakan Daulah Islamiyahnya
hanya satu yakni menjadi badan dakwah sepertimana ABIM, JIM atau Isma.
Itulah yang seeloknya.
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman
|
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.
Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.
Terima kasih.