Sunday, 13 March 2016

THE MALAY DILEMMA : TUN M DAN DAP


1. Ramai yang sudah menduga bahawa setelah laluan melalui pintu UMNO terhalang, kerana terkeluar dari adab berjemaah dan aturan displin parti, Tun M bersama gerombolan pimpinan UMNO yang lain termasuk anaknya Mukhriz akan memilih komitmen kerjasama dengan pakatan pembangkang, termasuk DAP. Sebuah parti ALIRAN KIRI yang dahulunya sejak 1965 dibenci dan dimusuhi Tun M. Sekaligus mengiyakan kata-kata sarjana, “di dalam politik tidak ada musuh atau kawan yang kekal, yang kekal hanyalah ‘kepentingan’.

2. Hakikatnya kenapaTun M sanggup bersemenda dengan Lim Kit Siang tokoh yang pernah di ISAkannya, termasuk anak Kit Siang, Lim Guan Eng? Jawapannya cukup mudah, by hook or by crook Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang parti BN diberi mandat memerintah selepas PRU ke-13 yang lalu mesti dijatuhkan.

3. Jatuh Najib, bermakna dendam berbalas, laluan mudah untuk Mukhriz dan sekutu tajaan Tun M naik dalam hieraki pentadbiran negara. Ini bukanlah cubaan selamatkan Malaysia, tapi antara usaha terakhir Selamatkan Dinasti dan kabilah yang boleh dipulas telinga oleh Tun M.



4. Dan dipihak DAP, PKR, PAN, tentulah persekongkolan dengan Tun M ini disambut ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Persis permandian beradas antara Raja Mendeliar dan Alfonso de Alberquque dengan menjad daling membuka pintu Kota Melaka kepada tentera Portugis, sehingga runtuhnya Empayar Melayu Melaka 1511.

5. Hakikatnya dipihak pakatan pembangkang mahupun kabilah Tun M sendiri sedar budaya politik Malaysia. Semenjak 1955, PRU konsisten diadakan, dan naik atau jatuhnya sesebuah kerajaan cukup tertib melalui lunas demokrasi.

6. Lantas, sekali lagi atas nama ‘Rakyat’, label ini digunakan, walhal deklarasi yang digubal sekadar tidak sampai 30 minit itu, hanya cerminan kehendak nafsu amarah yang tidak boleh ditahan lagi. Jika mahu digunakan takrif itu sekalipun, setidak-tidaknya mewakili 15 juta pengundi berdaftar yang disahkan oleh SPR yang turut mewakili separuh dari keseluruhan penduduk negara.

7. Jika nama rakyat mahu digunakan, maka buatlah referendum, dapatkan consensus dalam bentuk tandatangan yang sahih dari 15 juta pengundi berdaftar, maka gerakan ini tentulah lebih meyakinkan untuk ‘Selamatkan Malaysia’. Sekali lagi teringat kata-kata ahli falsafah British, John Locke, seawal abad ke-18 sudah dinyatakan olehnya, "demokrasi dan kepentingan rakyat mempunyai ribuan jenis definisi sehingga banyak orang secara sewenang-wenang memperalatkan makna demokrasi atas nama rakyat".

8. Hakikatnya, saluran di dalam UMNO masih belum tertutup jika benar-benar Tun M mahu menjatuhkan Najib. Lebih 25,000 Cawangan, 191 Bahagian termasuk sayap-sayap parti, maka berkempenlah, pengaruhilah mereka, GUNAKANLAH SEBANYAK MUNGKIN DEDAK YANG BELIAU ADA. Jadikanlah mereka ini yakin dengan kebenaran dan kekuatan perjuangan Tun M bersama kabilahnya. 


9. Saya amat yakin, mustahil untuk KE SEMUA 4.2 juta ahli UMNO begitu mudah diberi makan dedak atau gemar makan dedak seperti mana ulangan TUDUHAN Tun M dan kabilahnya terhadap DS Najib. Ramai ahli, pimpinan UMNO yang berprinsip dan berani serta jika kena caranya, boleh dimanfaatkan mereka ini untuk menjadi golongan pendesak yang sebenar.

10. Tun M juga dengan pengaruh kabilah dan kekuatannya, perlu juga mendekati 30 ahli MKT, lakukanlah proses mempengaruhi di kalingan mereka ini, hujahkan dengan fakta, kebenaran, dan jika dianya benar mustahil jika tidak pun semua, boleh jadi separuh dari Ahli MKT akan muncul untuk mendesak Presiden UMNO berundur.

11. Inilah tatacaranya dan jika itu gagal dimanfaatkannya, maka jelas Tun M seperti mana amanat beliau selama 22 kali dalam Perhimpunan Agong UMNO yang sering menyaran dan mengarahkan semua ahli untuk utamakan parti melebihi individu dan juga yang sering mengingatkan agar bangsa ini berdisplin dan tidak mudah berputus asa, maka Tun M dan kabilahnya sebenarnya yang cepat putus asa dengan gagal mempengaruhi ahli dan pimpinan UMNO yang lain untuk menyokong kehendak dirinya dan misi kabilahnya. 


12. Tun M dan kabilahnya jugalah merupakan kelompok yang kurang displin kerana lebih utamakan agenda peribadi, rasa amarah emosi mengatasi kepentingan parti.

13. Maka barangkali sudah termakbul doa arwah Ustaz Fadzil Noor mantan Presiden PAS satu ketika dahulu, ‘Ya Allah kau panjangkanlah umur Dr. Mahathir agar dianya dapat melihat kerosakan yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu’.

14. Maka manifestasi kerosakan ini terbentang di depan mata, dengan mesranyaTun M memperalat serta diperalat DAP, musuh umat Islam, musuh bangsa nombor wahid yang asas perjuangan mereka hanyalah mahukan sebuah negara republic dan memusnahkan semua legasi, kemuliaan syiar dan syariat Islam. Yang perjuangan mereka selama ini mahu menyanggah ‘Malay supremacy’, menjulang LGBT, prinsip kesamaratan dan usaha mengkuburkan sosial kontrak yang sudah termeterai sekian lama.

15. Maka Tun M, selaku realis politik apa sahaja pasti digunakannya. Kerana beliau sepanjang sejarah adalah pejuang, dan perjuanganya tentulah tidak lebih dari usaha membina dinasti, melindungi kroni dan menjaga kemahuan diri. Kerana padanya, dia sahaja yang betul, maka serasilah TUN M dan DAP, disebabkan selama ini DAP juga merasakan dasar dan pendekatan mereka sajalah yang SENTIASA betul. Mereka sajalah yang ternampak seakan penuh berintegriti, bebas rasuah dan amanah kononnya.

16. Kita mendoakan, agar Perjuangan Tun M yang belum selesai menemui jalan abadi dengan setiakawannya bersama DAP. HidupTun M, Hidup DAP!

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.