Sunday, 20 August 2017

OVERVIEW PASCA SIDANG DUN KEDAH


1. Selama 4 hari sidang DUN Kedah berlangsung bagi penggal ini. Jangka masa yang lebih lama dari sidang DUN Selangor dan Pulau Pinang yang hanya diadakan 2 hari.

2. Satu bukti bahawa kepimpinan Ahmad Bashah lebih terbuka dan berani dalam mendepani persoalan pembangkang.

3. Malah semua ADUN baik dari backbenchers mahupun pembangkang diberi laluan secukupnya untuk membahas titah ucapan KBDYM Tuanku Sultan.


4. Selain pada hari berikutnya sesi soal jawab lisan diperluaskan.

5. Apa yang menarik dalam sidang DUN kali ini?

6. Pertama, jelas menampakkan sebahagian besar ADUN pembangkang tidak berupaya mengungkap isu isu setempat secara jelas untuk diberi perhatian kerajaan. Puncanya kerana sebahagian besar isu sudah ditangani kepimpinan Ahmad Bashah dan barisan Exconya. Aspek kedua, didorong oleh kerana kegagalan ADUN berkaitan melalukan penyelidikan dan penelitian isu setempat secara mendalam.


7. Maka natijahnya ruang perbahasan digunakan untuk tujuan mempamir agenda peribadi, memperlekeh kejayaan pimpinan orang lain dan membuat syarahan politik seperti mana ditunjukkan oleh ADUN Air Hitam, Lunas dan Anak Bukit.

8. Dari sudut yang lain apabila barisan Exco merakamkan satu persatu siri kejayaan pembangunan yang tampak nyata di depan mata dan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Kedah, lantas ADUN pembangkang tersipu diam.

9. Apa yang mampu dilalukan oleh ADUN pembangkang hanyalah memberi input tambahan untuk menjayakan lagi apa yang sudah dilaksanakan oleh Kerajaan BN Negeri Kedah.

10. Paling menarik tentunya keupayaan Ahmad Bashah sendiri yang telah menzahirkan sebanyak 23 perkara utama yang sedang diupaya dalam pelbagai bidang dan menjadi nyata dibawah pentadbirannya.

11. Lebih menjadi luarbiasa apabila fungsi masjid mahu digerakkan melalui kuatkuasa peraturan agar anak kariah di sesuatu tempat tidak ada yang kelaparan.


12. Idea dan gagasan tindakan yang advance turut dijelmakan melalui penubuhan Kompleks Asnaf yang pertama seupamanya didunia dengan operasi di kampus lama KUIN Taman Wira. KOMPLEKS melatih, menyelenggara kegiatan ekonomi asnaf dan disediakan pula kemudahan rawatan dialisis, ubatan dan klinik kesihatan percuma.

13. Nyatalah, sentuhan pengalaman dan sensitiviti memahami keperluan sebenar rakyat menjadikan sesi DUN kali ini sebagai venue untuk semua ADUN dan Exco kerajaan merakamkan satu persatu pencapaian yang berjaya dilakar hasil kepimpinan Ahmad Bashah era kini. Meski baru memegang jawatan MB selama 1 tahun 6 bulan.

14. Jangka masa yang menunjukkan pencapaian jauh lebih baik dan luarbiasa dari kepimpinan anak negarawan yang hanya bersandar gah pada aura. Namun gagal membawa impak dan manfaat besar kesan dari sikap blurr serata rata.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam Kedah Aman Makmur,
Sebagai pemberi komen yang bertanggungjawab, tidak akan dibenarkan sebarang komen dari 'anonymous' di blog ini. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab di atas sekarang komen yang melanggar etika, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan SKMM.

Sila bertanggungjawab atas ulasan/komen yang diberikan.

Terima kasih.