Sunday, 20 August 2017

OVERVIEW PASCA SIDANG DUN KEDAH


1. Selama 4 hari sidang DUN Kedah berlangsung bagi penggal ini. Jangka masa yang lebih lama dari sidang DUN Selangor dan Pulau Pinang yang hanya diadakan 2 hari.

2. Satu bukti bahawa kepimpinan Ahmad Bashah lebih terbuka dan berani dalam mendepani persoalan pembangkang.

3. Malah semua ADUN baik dari backbenchers mahupun pembangkang diberi laluan secukupnya untuk membahas titah ucapan KBDYM Tuanku Sultan.


4. Selain pada hari berikutnya sesi soal jawab lisan diperluaskan.

5. Apa yang menarik dalam sidang DUN kali ini?

6. Pertama, jelas menampakkan sebahagian besar ADUN pembangkang tidak berupaya mengungkap isu isu setempat secara jelas untuk diberi perhatian kerajaan. Puncanya kerana sebahagian besar isu sudah ditangani kepimpinan Ahmad Bashah dan barisan Exconya. Aspek kedua, didorong oleh kerana kegagalan ADUN berkaitan melalukan penyelidikan dan penelitian isu setempat secara mendalam.


7. Maka natijahnya ruang perbahasan digunakan untuk tujuan mempamir agenda peribadi, memperlekeh kejayaan pimpinan orang lain dan membuat syarahan politik seperti mana ditunjukkan oleh ADUN Air Hitam, Lunas dan Anak Bukit.

8. Dari sudut yang lain apabila barisan Exco merakamkan satu persatu siri kejayaan pembangunan yang tampak nyata di depan mata dan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Kedah, lantas ADUN pembangkang tersipu diam.

9. Apa yang mampu dilalukan oleh ADUN pembangkang hanyalah memberi input tambahan untuk menjayakan lagi apa yang sudah dilaksanakan oleh Kerajaan BN Negeri Kedah.

10. Paling menarik tentunya keupayaan Ahmad Bashah sendiri yang telah menzahirkan sebanyak 23 perkara utama yang sedang diupaya dalam pelbagai bidang dan menjadi nyata dibawah pentadbirannya.

11. Lebih menjadi luarbiasa apabila fungsi masjid mahu digerakkan melalui kuatkuasa peraturan agar anak kariah di sesuatu tempat tidak ada yang kelaparan.


12. Idea dan gagasan tindakan yang advance turut dijelmakan melalui penubuhan Kompleks Asnaf yang pertama seupamanya didunia dengan operasi di kampus lama KUIN Taman Wira. KOMPLEKS melatih, menyelenggara kegiatan ekonomi asnaf dan disediakan pula kemudahan rawatan dialisis, ubatan dan klinik kesihatan percuma.

13. Nyatalah, sentuhan pengalaman dan sensitiviti memahami keperluan sebenar rakyat menjadikan sesi DUN kali ini sebagai venue untuk semua ADUN dan Exco kerajaan merakamkan satu persatu pencapaian yang berjaya dilakar hasil kepimpinan Ahmad Bashah era kini. Meski baru memegang jawatan MB selama 1 tahun 6 bulan.

14. Jangka masa yang menunjukkan pencapaian jauh lebih baik dan luarbiasa dari kepimpinan anak negarawan yang hanya bersandar gah pada aura. Namun gagal membawa impak dan manfaat besar kesan dari sikap blurr serata rata.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman

Friday, 4 August 2017

TRANSFORMASI SADA: BEKALAN UTILITI DISEMPURNA



1. Isu utiliti seperti bekalan air adalah isu sejagat. 156 buah Negara seluruh dunia mengalaminya. 1.38 bilion penduduk dunia masih bergelut untuk mendapat air bersih terawat melalui bekalan di paip. Dalam konteks Malaysia dan di negeri KEDAH khususnya kita masih beruntung kerana sumber air mentah permukaan masih banyak. Selain bekalan air bersih adalah terjamin melalui operasi syarikat sepertimana peranan SADA dan syarikat air di negeri yang lain.

2. Mari kita amati apa isu, pendekatan dan solusi bekalan air dalam konteks Kedah. Semoga dengan kejelasan maklumat, tidaklah kita membuat andaian dan prasangkan yang tidak sepatutnya.

Pertama, SADA dalam usaha menaiktaraf infrastruktur, setelah hampir 7 tahun sejak diperbadankan mulai 2010(dibawah kerajaan Pakatan pembangkang) gagal melakukan apa-apa penambahbaikan. Mulai Julai 2016 naiktaraf loji rawatan sepertimana yang sedang giat dilakukan sekarang, 7 buah semuanya, selain pembinaan loji baru di Sg Santap yang akan siap menjelang 26 Ogos dan mampu menangani isu bekalan di kawasan Pokok Sena dan utara Pendang.

KEDUA, kos modal yang besar bagi menyelenggara 12,000.50 KM panjang paip utama, 36 buah LRA, selain operasi rumah tangki, isu agihan bekalan, takungan air di empangan, faktor cuaca, dan juga masalah jangka hayat paip yang sudah berusia agak lama.


KETIGA, SADA sedang menyusun semula budaya kerja dalam organisasi, agar respon, tindakan aduan, fokus staf dalam menghayati fungsi SADA selaku operator utama membekalkan perkhidmatan air bersih terawat kepada pengguna dapat didigest dan dihadam dengan jelas.Skim berasaskan lantikan saudara mara dalam jawatan sepertimana era PAS dahulu sudah diketepikan. Setiap jabatan dinilai KPI bagi 3 bulan sekali. Pembaziran dan penyelewengan yang dilakukan oleh regim terdahulu kini sedang dibersihkan.

3. Dalam konteks negeri Kedah, hanya 1.4% akaun pengguna terlibat, jika dijumlah dari segi bilangan isirumah bermakna melibatkan seramai 27,000 orang. Namun kita memahami isu uitili seperti bekalan air ini cukup sensitif.

4. Meskipun jumlah kecil terlibat, namun SADA tetap memberikan perhatian. Penting difahami, 1.4% akaun pengguna terjejas bukanlah pula bermakna langusng ketiadaan bekalan air, bezanya pengguna mengharapkan air dialirkan melalui paip ke kediaman mereka secara konsisten.

5. Kekurangan ini ditampung melalui operasi penghantaran bekalan lori tangki air bersih secara berkala, kerana selaku operator SADA dibenarkan berbuat demikian, berdasarkan peruntukkan AKTA Indutsri Perkhidmatan Air 2006(Akta 655).


6. Hakikatnya SADA amat memahami permintaan bertambah dengan faktor percambahan industri, dan juga pertambahan bilangan kawasan perumahan domestik selain dalam musim tertentu seperti perayaan yang penggunaanya meningkat 3 kali ganda.

7. DARI PERSPEKTIF SADA , semakin banyak air bersih terawat yang dapat kita bekalkan, semakin banyak hasil akan diperolehi. Sebab itulah antara lain, konsep Kadar Air Tidak berhasil sebagai contoh diluaskan dimensi skopnya, tidak sekadar semata-mata melibatkan aspek teknikal seperti paip bocor semata-mata namun apa jua faktor sampingan lain yang mengakibatkan air bersih terawat yang dibekalkan SADA hilang, namun perolehan hasilnya tidak setimpal.

8. Langkah-langah pembetulan, baik dari segi human factor, teknikal, keupayaan, dan prestasi SADA dan yang lebih penting komunikasi awam bersama komuniti yang dilakukan.Maka isu-isu berbangkit dapat diselesaikan bagi meminimakan rungutan seterusnya meletakkan SADA antara operator bekalan air bersih terawat yang terunggul dalam Negara.

9. Sejumlah 557 ribu akaun pengguna melibatkan keperluan 2.1 juta rakyat dikelolakan oleh SADA. Dari sudut aduan, contoh yang cukup ketara sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang baru lalu dibuat dengan bandingan dengan musim perayaan yang sama pada 2016.


10. 2017 mencatatkan 1,610 panggilan berbanding 2016 sejumlah 6,297 aduan. Bermakna penurunan yang cukup tinggi sejumlah 75%. Dari keseluruhan aduan berkenaan, jumlah aduan berkaitan ketiadaan bekalan air hanyalah 273, berbanding 2016 sebanyak 661, penurunan sebanyak 41%. 

11. Konsep ketiadaan bekalan air ini pula, bukan bermakna langsung tiada bekalan, akan tetapi ianya bersifat on and off dan kadangkala isu tekanan bekalan air yang rendah, kerana melibatkan faktor geo kawasan. Kejayaan menurunkan peratus aduan adalah kesan langkah dan persediaan awal melalui 9 pendekatan praktikal yang diusahakan SADA selain perhatian khusus yang diberikan oleh YAB DATO SERI MENTERI BESAR KEDAH sendiri selaku Pengerusi SADA.

12. Seperkara yang perlu difahami kadangkala berlaku kebocoran paip kesan kerja-kerja yang dilakukan oleh konraktor agensi yang lain, namun SADA akhirnya harus mengambil tanggungjawab.

13. Demikian juga banyak faktor sampingan lain, mempengaruhi bekalan seperti keadaan sungai sama ada berlakunya pencemaran ataupun tidak, keadaan teknikal di LRA, rumah pam, selain faktor paip yang berusia agak lama. Kita memahami bahawa banyak lingkungan faktor persekitaran yang menjadi punca kepada isu bekalan namun prinsip pentingnya setiap aduan pengguna kepada PUSAT ADUAN DI IBU PEJABAT dan juga Pusat Aduan setempat disusuli dengan cepat dan segala tindakan dimaklum kembali pada pengguna. 

14. Sejak SADA diperbadankan pada tahun 2010, beberapa siri kejayaan dan penambahbaikan berjaya dilaksanakan. Prinsip pentingnya,kejayaan ini boleh diukur dari beberapa sudut, sebagai contoh sudut teknikal. Sebagai contoh kadar NRW yang berada pada tahap 54% 2010 berjaya diturunkan menjadi 46.6% tahun 2015 dan jangkaan untuk tahun 2017 ialah sekitar 42-43%. Ini satu pencapaian yang besar.


15. Selain itu SADA berusaha mengurangkan operasi penghantaran bekalan lori tangki supaya berada pada keadaan sifar apabila kesemua loji rawatan air, dan loji rawatan yang baru di Sungai Santap beroperasi sepenuhnya.

16. SADA turut mensasarkan peningkatan hasil melalui kempen galakan membayar bil awal, penguatkuasaan yang tegas bagi kegiatan penyambungan paip secara tidak sah serta kecurian air. Peningkatan hasil bermakna lebih banyak pelaburan modal boleh dilakukan bagi menaiktaraf lagi infrastruktur bekalan air, selain manfaatnya dipulangkan pada penggun serta hasil turut boleh dikongsi dalam arus pembangunan ekonomi negeri.

17. Paling penting ialah orientasi SADA sebagai operator yang menyediakan khidmat bekala air bersih terawat mestilah mencapai satu tahap KPI yang memuaskan. Ini melibatkan komitmen semua petugas dan staf SADA di semua peringkat bagi meningkatkan sistem penyampaian. Alhamdulilah perubahan ini sudah semakin Nampak dengan jelas dan jauh lebih baik dan berbeza dengan pendekatan budaya kerja terdahulu.

18. Kejayaan sebenar SADA ialah apabila wujudnya rantaian hubungan erat antara SADA dan pengguna, selain kerjasama komuniti dalam menyalurkan aduan, serta mempersepsikan SADA dari sudut yang betul. Demikian juga pihak media, disamping komentar dan teguran yang dibuat, perlulah merakamkan sekali segala tindakan kerja positif yang digerakkan SADA.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman