Saturday, 18 March 2017

MUAFAKAT KEDAH MEMBIRU GAGAH!!


1. Mac punyai makna signifikan pada orang Melayu.

2. Lebih kurang 71 tahun lalu di bulan Mac 42 buah persatuan Melayu buat pertama kali secara fitrah berkumpul di Sultan Sulaiman Club untuk memetakan semula asas penyatuan Melayu bagi tujuan survival bangsa dan menuju Merdeka.

3. Dengan karamah Insaniah kemudiannya 11 Mei 1946, pihak Istana memberi perkenaan pada perjuangan murni ini lalu tertubuhlah UMNO.

4. Masa silih berganti... Bukan sekadar Merdeka dapat diperjuangkan UMNO hasil penyatuan ahli dan sentimen rakyat terhadapnya, malah sejak Merdeka pembangunan dan kemajuan terhasil adalah kesan langsung dari sentuhan UMNO yang kemudian menunjangi pembentukan gabungan antara kaum bermula Perikatan kemudiannya Barisan Nasional.


5. Tiada siapa boleh menafikan jasa bakti UMNO. Tiada seorang insan juga yang terlepas dari mendapat nikmat kesan pentadbiran dan perjuangan UMNO.

6. UMNO adalah satu institusi. Pokok besar yang buahnya dinikmati semua orang. Rimbunannya menjadi teduhan bagi semua orang. Manfaat pokok itu diraih dan ditagih oleh semua orang yang berkehendak dengan pelbagai keperluan.

7. Kini pokok besar itu sedang diintai untuk ditebang hasil dari khianat beberapa individu yang dulunya gah dan dijulang atau hebat kerana dokongan UMNO.


8. Namun dengan izin Allah persekongkolan itu dengan niat jahat itu Insya Allah tidak akan berjaya menumbangkan pohon besar UMNO yang diabsahkan jasanya oleh 16 juta umat Melayu.

9. Demikian juga UMNO di Kedah. 1.01 juta pengundi terus bergantung harap. Biarpun ahli UMNO Jelapang Padi hanya mewakili 28 peratus dari total pengundi namun sejak 57 rakyat negeri ini bersetia dan bergantung harap pada UMNO.

10. Pada hari ini, 18 Mac. mengambil semangat kelahiran UMNO 71 tahun lalu, ribuan pendokong UMNO seluruh negeri kembali berhimpun di Ayer Hitam, Jerlun.


11. Terasa aura penyatuan kembali sirna. TERASA bahang semangat kembali menyala. Dengan satu seruan dari Jeneral UMNO Negeri, Dato Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah..slogan Muafakat Kedah Membiru Gagah kini mula menjengah.

12. Siapsiaga untuk membenamkan pengkhianat Melayu, penghianat bangsa yang kini bekerja siang malam bersama sosialis komunis DAP untuk menebang pohon UMNO.

13. Di Alor Biak, Ayer Hitam hari ini, gerakan Pemuda mendapat semangat baru, Pergerakan Wanita disuntik keyakinan menyala sementera Sang Puteri akan terus membentang hikmah gerak kerja.


14. UMNO Kedah yang dipandang remeh sebelumnya kesan asakan artificial Mahathir Mohamad, anak beranak dan kaum kroninya kini sesak dada. Benarlah yang menentang UMNO samalah seperti menentang institusi unggul yang melindungi agama dan survival bangsa.

15. Penentangan seperti ini bukan sahaja akan gagal malah pastinya menerima 'tulah' dari parti UMNO penuh karamah...


16. Dengan semangat Muafakat Kedah, kepaduan gerak kerja, kesatuan hati, Negeri Jelapang Padi bukan sahaja akan membiru gagah malah UMNO seluruh negara seakan melalui proses kelahiran semula.

17. Kelahiran untuk terus mempersada agenda bangsa dan agama demi masa depan negara.

18. Dan segalanya bermula kini, Di Jerlun Kedah.

MUAFAKAT KEDAH..MEMBIRU GAGAH.
UMNO YANG PENUH KARAMAH...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman