Showing posts with label hijau kuning. Show all posts
Showing posts with label hijau kuning. Show all posts

Thursday, 15 March 2018

HARAPAN: MANIFESTO KE @ MANIFESKETUM NIE???


1. Tiada sisi menarik dalam tawaran manifesto Pakatan Harapan yang diuar-uarkan 8 Mac lalu.

2. Ianya tidak lebih sekadar satu lagi ulangan skrip  pembohongan bersiri yang memakan diri.

3. Pakej ditawarkan dengan menelan belanja RM100 bilion dalam tempoh 100 hari pemerintahan juga tidak masuk akal.

4. Ini manifestasi kerja orang terdesak untuk mengkayakan kembali kroni mereka yang selama 3 dekad selama ini tidur dalam kekenyangan.

5. Ambil contoh penghapusan GST yang berada pada kadar 6% digantikan dengan SST 16% ianya membuka laluan kembali pada urusniaga 'black economy' dan negara akan kehilangan hasil cukai lebih RM40 bilion selain manipulasi berterusan pada pengguna.


6. Janji penghapusan semua konsesi tol juga adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini bermakna dalam tempoh 5 tahun penggal pemerintahan Pakatan Harapan, setiap satu syarikat pemegang konsesi kutipan tol akan beroleh bayaran subsidi percuma sebagai pampasan berjumlah RM2.5 bilion. Jika 10 pemegang syarikat konsesi terlibat, bermakna berbilion dibayar secara percuma sedangkan konsesi konsesi inilah kesan pemerintahan Maharaja 22tahun.

7. Persoalannya pengurusan ekonomi yang bagaimana mahu dijana oleh Pakatan Harapan? Jika mahu dikatakan pengurusan negara menuju bankrap, ya itulah maksud sebenarnya.

8. Lebih intrik dan menghairankan, BR1M yang selama ini dikatakan rasuah, dedak dan dimusuhi Pakatan Harapan, tiba tiba mahu diteruskan. Di mana RM6.8 bilion mahu diambil untuk diagih kepada 7 juta penerima? Apakah sekali lagi menerusi hasil 'samunan' ataupun pemberian dari taukeh dan kroni tertentu. Dan selaku pampasan atau 'compensation'nya projek mega mana pulak yang mahu diberi pada penderma tadi?

9. Agak mengelirukan juga, Pakatan Harapan mahu mengembalikan subsidi dan merangka mekanisme bentuk lain. Isunya, subsidi sememangnya terus diberi. Namun pendekatannya lebih adil dengan agihan subsisi bersasar bukan subsidi berpukal seperti sebelum ini. Ya kita faham, subsidi yang dicanang mahu dikembalikan Pakatan Harapan pastinya subsidi kepada konglomerat seperti mana sebelum ini. Dengan taukeh gula Robert Kuok akan mengaut 20 bilion setahun, pengusaha IPP seperti YTL dapat meraih 34 bilion setahun selain kawan rakan Tun Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang bakal menerima labanya. Kesudahannya jurang 'economy disparity' dan jurang pendapatan akan kian melebar.


10. Demikian juga janji Pakatan Harapan mahu wujudkan 1 juta peluang pekerjaan. Satu tawaran yang merupakan hasil ciplakan kerajaan BN. Dalam tempoh 6 tahun kebelakangan hampir 1.7 juta peluang kerja pelbagai telah diwujudkan di semua peringkat. Jika anak muda negara ini mahu terlibat dalam kerja kerja 3D yang antaranya bersifat 'Dirty and Dangerous' pastinya tambahan 4 juta peluang pekerjaan dapat diraih anak tempatan.

11. Jelas dari beberapa angkubah dan tawaran dalam manifesto Pakatan Harapan, kita boleh rumuskan bahawa ianya:
A. Tawaran bersifat janji syok sendiri 
B. Pakej tawaran yag bakal membankrapkan negara 
C. Janji yang tidak akan dipenuhi 
D. Janji janji rekaan yang dirangka persis ibarat tulisan sang penagih ketum

Maka yang terhasil adalah Manifesketum bukannya Manifesto sebenar sepertimana paparan dan upaya pelaksanaan yang selama.ini dapat dizahirkan oleh Barisan Nasional...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman

Monday, 29 May 2017

KECAMAN DITANGANI, MUAFAKAT KEJAYAAN MENJADI REALITI #KITALAH JUARA


1. Masih terbayang jelas, tanggal 21 Febuari 2016, 17 hari setelah Allah SWT mentakdirkan Ahmad Bashah untuk diberi amanah mengemudi Kedah.

2. Pada malam itu atas kapasiti Presiden KFA, beliau hadir untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Lang Merah.

3. Prestasi pasukan yang ketika itu baru naik ke Liga Super sedang terumbang ambing dengan digelar pakar seri. Desakan dilontarkan agar KETUA Jurulatih Tan Cheng Hoe digantikan. Namun, selaku peneraju pengurusan KFA, Ahmad Bashah mengambil pendekatan untuk terus memberi peluang pada Cheng Hoe, malah keyakinan, kepercayaan serta dorongan terus diberikan.


4. Di malam tersebut juga buat pertama kali Ahmad Bashah diboo..kesan padang bola sepak dipolitikkan secara agresif oleh mantan MB terdahulu.

5. Rupanya, segala sudah dirancang. Mantan Menteri Besar terdahulu dengan berbekalkan sokongan segelintir kelab penyokong dan sebulan terdahulunya buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kedah telah memperalatkan STADIUM DARUL AMAN untuk membuat ucapan berbaur politik tatkala perlawanan berenti rehat semasa ‘friendly game’ di antara KEDAH dan SUNGAI ARA FC.


6. Pemain tatkala itu terpinga-pinga dan mereka sama sekali tidak menyangka bahawa selama terlibat dengan sukan bola sepak, inilah kali pertama mereka dilibatkan dalam satu kancah politik kotor lagi memualkan.

7. Realitinya, Stadium Darul Aman sejak kebangkitan Hijau KUNING di tahun 1987 menerusi sentuhan Allahyarham Dato Ahmad Basri, terjau kepimpinan KFA oleh Tan Sri Osman Aroff selain bantuan pencari bakat yang diupaya oleh arwah Cikgu Kassim Saad tidaklah pernah dipolemik dan dijadikan alat politik begitu rupa. Seteruk Mukhriz dan konconya mernecana agenda.


8. Benarlah kerana dendam kesumat segala yang boleh dijadikan alat dimanipulasikan. Namun Ahmad Bashah menerima pengajarannya yang pertama lalu terus istiqamah kental bersabar.Kemudi KFA dipasak, kebajikan pemain dan persekitaran kondusif pengurusan dijaga. Beliau tidaklah sepertimana kepimpinan Mukhriz yang meletakkan orang penting dari kalangan krooni untuk kuasai dan tentukan perjalanan KFA termasuk soal lantikan jurulatih dan pemilihan pemain. Sebaliknya Ahmad Bashah menumpu soal kewangan, mengukuh dana KFA, memastikan venue yakni Stadium DARUL AMAN, kukuh lojistik dan persiapannya serta memastikan momentum pengurusan KFA tidak tergendala dengan isu remeh temeh.

9. Tidak cukup dengan cabaran pertama dilalui, kontroversi kedua kemudiannya tercipta dan harus terus didepani Ahmad Bashah. Sekitar Mac hingga April pemilik syarikat D’Herbs entah apa skripnya, bermain tarik tali bagi maksud penajaan Hijau Kuning.


10. Paparan dimedia indah bunyinya, namun dibalik tabir penajaan ini lebih bermaksud keuntungan yang melibatkan hak negeri dan rakyat Kedah. Termasuk syarat-syarat penajaan yang tidak masuk akal yang dikenakan syarikat dan diluar bidang kuasa serta kemampuan KFA untuk mengotakannya.

11. Sekali lagi demi legasi masa depan dan kebaikan semua, Ahmad Bashah dikeji kerana dikatakan menolak tawaran lumayan penajaan. Walhal disebalik tajaan tersingkap duri beracun yang boleh melemah dan melumpuh kepentingan negeri dan pasukan dalam jangka panjang.

12. Tempoh bertenang diwujudkan, Ahmad Bashah seperti biasa dalam pada sibuk mengurus negeri dan parti, tetap memberi tumpuan tidak berbelah bahagi. Memastikan KFA dan pentadbiran tim Hijau Kuning berjalan lancar.


13. Suntikan dana bulanan RM2 juta mula disegerakan, dalam masa yang sama BDB sebuah SLC Negeri mengadakan perkongsian strategik bersama KFA.

14. Lalu kebajikan pemain,pengurusan barisan kejurulatihan terus terjaga, disebalik masih ada saki baki kumpulan tertentu dalam KFA dan penyokong Ultras yang seakan mahu merencana agar pasukan terus corot dengan ahmad Bashah akhirnya menjadi kambing hitam untuk disalahkan.

15. Maka benarlah, manusia boleh merancang namun Allah ada jua perencanaanya, prestasi pasukan kian baik.


16. Kemenangan demi kemenangan dicatat. Dari sebuah pasukan yang dipandang enteng, dikonspirasikan dengan skrip sistematik oleh musuh Ahmad Bashah, namun akhirnya Lang MERAH terbang megah.

17. Kedudukan ke-3 Liga diraih. Separuh akhir Piala FA berjaya dijejaki, tanggal 30 Oktober 2016, Shah Alam menyaksikan Kedah dinobat selaku juara Piala Malaysia.

18. Penyokong mula membuka mata, Ahmad Bashah seperti sifat kebapaanya terus menjalankan tugas selaku nakhoda, menyedia apa yang perlu asalkan kebajikan dan momentum semangat pemain terbela.Tatkala musim 2017 dimeteri, Piala Sumbangsih pula digenggami dengan JDT, pasukan gah selatan Negara ditumbangkan di gelanggang mereka sendiri.


19. Prestasi pasukan kian gah dan terpuji. Carta Liga Super kemudiannya diungguli, namun skrip dan ujian ketiga menimpa Ahmad Bashah selaku peneraju KFA. Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe mula bermain tarik tali. 1 April 2017 surat perletakan jawatan di serahkan dengan notis singkat.

20. Terpinga-pinga, barisan pemain dan pengurusan untuk mencari jurulatih ganti dalam masa yang singkat. Telahan pula, musim perlawanan semakin rancak dengan edisi Piala FA pula perlu ditangani.

21. Ahmad Bashah kemudiannya didesak untuk melantik segera jurulatih baru dengan opsyen kepada jurulatih luar. Namun dengan sentuhan pengalaman dan kematangan pentadbiran, Nidzam Adzha Yusoff yang selama ini sudah 3 musim menjadi pembantu Cheng Hoe diberi keyakinan dan kepercayaan mengambil tanggungjawab mengemudi Lang Merah.


22. Kepercayaan Ahmad Bashah dengan cukup sempurna. Demikianlah ibarat kata bidalan, ‘orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

23. 20 Mei 2017 sekali lagi di Shah Alam, dibawah kemudi jurulatih baru, Piala FA dalam gengaman, melengkapi penguasaan Kedah 3 piala dalam tempoh 7 bulan teraju pengurusan dinakhodai oleh Ahmad Bashah. Malangnya kejayaan manis di malam berkenaan turut dicalarkan sekali lagi oleh Mukhriz MAHATHIR yang berterusan menghasut segelintir penyokong ultras, dengan sedikit imbuhan murahan agar memboo Ahmad Bashah.

24. Buat kali ke-2, sorakan boo dibalas dengan kejayaan memegang Piala. Ahmad Bashah terus dengan fokus dan tumpuannya, memastikan KFA di landasan tepat. Usai kemenangan dalam Piala FA, janji untuk mengangkat  Nidzam ADZHA selaku ketua jurulatih utama dilunaskan.


25. Pada 25 Mei 2017 pula di ISTANA ANAK BUKIT, janji Ahmad Bashah kepada seluruh barisan pemain, jurulatih dan pengurusan untuk bonus dan imbuhan kemenangan Piala FA ditunaikan. Setahun sebelumnya barisan pemain Hijau Kuning yang mengunguli juara double treble bagi edisi 2007 dan 2008 turut disempurnakan janji anugerah tanah, satu janji yang gagal dikotakan oleh kepimpinan dua orang PRESIDEN KFA sebelumnya.

26. Inilah rentetan jalan ceritanya. Skrip penuh berliku sebelum detik menjulang kejayaan datang bertamu. Tanggal 28 OKTOBER 2017 pula, akan menjadi satu lagi titik keramat. Penentu sama ada di malamnya Kedah dengan siapsiaga dan muafakat pasukan yang ada mampu menjulang dan mempertahankan Piala Malaysia. Jika prestasi pasukan dikekalkan dengan tempo permainan sepertimana kini, Piala Super juga tidak mustahil diungguli.


27. Jika skrip dan tinta indah itu terakam menjadi satu realiti, maka pasukan Hijau Kuning akan mencatat satu lagi sejarah baru dengan menguasai semua piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak negara.

28. Asas menuju kejayaan ini hakikatnya sudah digarap dengan baik.Dengan muafakat, sikap dan konsep yang sering Ahmad Bashah tekankan serta melalui komitmen semua, harapan dan doa HIJAU KUNING kebanggaan kita,pastinya menoktahkan satu sejarah tersendiri.


29. Dalam hal ini, tidak syak lagi Ahmad Bashah selaku Presiden KFA layak dinobat sebagai ‘PENERAJU MUAFAKAT KEJAYAAN’.

30. Kitalah juara dan kitalah yang terbaik dari segalanya. 

31. TERIMA KASIH AHMAD BASHAH. SALAM BARAKAH RAMADHAN.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darulaman