![]() |
| Bila pesalah undang-undang dilabel "hero", itu namanya budaya songsang yang cuba diterap pada masyarakat |
2. Saya menyeru kepada semua rakyat supaya berfikir dengan akal yang waras mengenai senario ini. Dalam hal penahanan pemimpin-pemimpin pembangkang itu, sudah jelas mereka berhimpun tanpa permit, bukan? Sedangkan, undang-undang menetapkan bahawa mereka yang mahu berhimpun walaupun secara aman, perlu memohon permit dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa (dalam isu pihak berkuasanya adalah DBKL). Jadi, bila mereka tiada permit dan berdegil mahu berhimpun, maka sudah jelas bahawa mereka telah melanggar undang-undang. Sekaligus membuktikan bahawa mereka bersalah. Ditambah pula dalam perhimpunan haram itu mereka dikatakan telah menyampaikan kata-kata berbaur hasutan yang memungkinkan kekecohan dan huru-hara berlaku, maka sudah tentulah bertambah-tambah pula kesalahan mereka melanggar undang-undang. Bila ditahan di bawah Akta Hasutan 1948, mulalah mereka merengek-rengek dengan peguam masing-masing, mendesak mahu dilepaskan. Wajarkah pihak berkuasa lepaskan pesalah undang-undang begitu saja? Sekurang-kurangnya perlu mereka perlu "diajar" sedikit bukan? Setimpal dengan kesalahan mereka.
