1. Saya rasa terpanggil untuk mengulas
kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), saudara Nik Nazmi Nik Ahmad yang
mendakwa himpunan haram #KitaLawan yang diadakan di ibu negara baru-baru ini
sebagai “berjaya”. Benarkah dia “berjaya” atau sekadar cuba meraih populariti
murahan melalui sentimen negatif di kalangan anak muda demi kepentingan politik
sendiri?
2. Mungkin benar Nik Nazmi telah berjaya
“menghasut” sekitar 5,000 orang dari seluruh negara untuk berkumpul di ibu
negara bagi menjayakan himpunan tersebut. Namun apa faedahnya? Kita semua
maklum bahawa realitinya “kejayaan” itu tidak akan membebaskan Anwar dari
hukuman penjara, bukan? Sebabnya, Anwar atau sesiapa sahaja tidak kebal dari
hukuman dan kedaulatan undang-undang. Ya, yang itu semua orang tahu.
3. PKR lahir di tepi jalan sekitar 1998
dahulu. Ketika itu, Keadilan begitu ramai “hero” seperti Ruslan Kassim, Ezam
Mohd Noor, Zul Noordin dan ramai lagi yang pernah ke penjara kerana Anwar.
Justeru itu, saya positif untuk mengatakan bahawa himpunan #KitaLawan adalah
satu permainan Nik Nazmi untuk mengangkat diri sebagai “hero” PKR memandangkan
dia dilihat seolah “lembik” dan partinya semakin ketandusan “hero”. Secara
jelas, ia hanyalah demi “political mileage” Nik Nazmi sendiri. Anwar tetap
tidak bebas, tapi Nik Nazmi “berjaya” memenuhi matlamat untuk mengangkat
dirinya, bukan? Saya tertanya-tanya, bilakah AMK atau PKR akan berubah dan
bersifat matang dalam mencapai matlamat. Lain matlamat yang dilaung, lain pula
matlamat yang dicapai. Konon bermatlamat membebaskan Anwar, tapi matlamat
naikkan imej “hero” Nik Nazmi yang dicapai. Sampai bila PKR mahu terus jadi
parti “kelentong” rakyat?
