Tuesday 31 May 2016

STERN WARNING FROM BEHIND THE BAR; ANWAR DESPICE MAHATHIR OPPOSITION AFFAIR


1. "Do not forget the agenda (opposition's goals), and do not follow his (Dr Mahathir's) agenda. Follow the people's agenda," said Anwar. "Do not follow the corrupt crony system and tyranny of the past. That is my message," he added.

2. Now, let us all recap the pillars of the opposition, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, a close confidante turn formidable foe of Tun Mahathir recent comments. And it seems, Anwar recently wrote a letter warning PKR against working with Dr Mahathir in the latter's bid to oust Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

3. In the letter, Anwar described how the "Mahathir-Kit Siang Declaration" was flawed and inconsistent with their reform agenda.

4. Tun, is alas halted in his aspiration to oust UMNO, by none other than his once upon a time protégé.

5. But, let's poke some fun here, no pun intended.. Tun M is brilliant enough to make full use of DAP and PKR. The two parties which were the strongest critics, are now below his feet and pretty much ‘lackies’ for Tun.

6. The eroded coalition, awaiting their impending doom, has got to now bow before the man they hated so much.. Oh well, at least PAS is smart enough not to be part of their folly.

7. This article is not on Dato Seri Anwar Ibrahim, nor it is on the flawed declaration of Mahathir-Kit Siang. But, this is ‘a pen’ on Tun.


8. Just as much as he loved in the past to pen letters to first Prime Minister, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman, let us just consider this as a letter to Tun too...

9. Admittedly, he had contributed tremendously  to Malaysia.. credit given where credit is due. He is no bigot, his sacrifices to the Nation remains in the heart of all UMNO men. The respect is still given. But, like a dimming light, that respect will soon fade.

10. Unfortunately enough, Tun is his fight for power to initially oust the PM, and now UMNO is not surprising. He is embittered really that he no longer has the say in the party.

11. It is rather sad, a man who helmed the party for 22 years, is now resorting to fight alongside the men and women he heavily criticizes; DAP a party he despised, and DSAI, the man he sacked.

12. It must be truly demeaning for him. He once stood tall with his principles, and now, everything has/have changed.

13. What are his fears? What has gotten him to despise UMNO so much to see its end? Or is it pure greed?

14. We should be wary of the greedy man who wants to grab everything in this country to satisfy his lust for power...

15. He too must be reminiscing the past now. Just as how he is snubbed now, he would most certainly recollect how he snubbed Almarhum Tunku and Tun Hussein Onn.

16. And yet today, no one bat's an eye of what he did in the past, but purely looks into his antics of openly condemning the PM..


17. Tun's criticism against the leadership, UMNO, the alliance with leaders of the opposition,  is unethical and against the norms of Malay traditions in the complexity of political game.

18. In terms of political criticism, there is always an underlining hidden personal agenda justified or otherwise. This agenda, is best, for all too deeply think and ponder..

19. Tun has gone against his own principles and had gone above board to criticize, and none is spared.

20. Truthfully, it seems that Tun fears the harsh reality, the ugly truth that the future for him is fraught..

21. Facial scars of mortification and opprobrium are all too apparent. There is no single way to hide that the stress has taken a toll on him.


22. Tun will have to reflect. If he wants to see the end of UMNO by working hand in hand with the leaders of the other block, he will face the impending doom of endless critics, degradation and odium.

23. Tun ought to comprehend, there is still the ounce of respect for him albeit his dark history in treating the past Premiers, Deputy Prime Ministers, Tun Abdullah Ahmad Badawi and the recent fiascos.

24. But, Tun, ought to recollect and introspect of his ghosts of pasts and future and the legacy he wants all Malaysian to remember and remain embedded immaculately in their hearts.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

Thursday 26 May 2016

BILA MAHFUZ TERLAJAK BLUUR…ASPIRASI MB DISALAH KABUR


1. Di England, Rowan Atkinson yang membawa watak Mr. Bean adalah seorang Ph.D holder. Bukan calang-calang mahu jadi pelawak sekalipun. Meskipun siri Mr. Bean dan filemnya adalah lawak tanpa dialog, namun jadi ikutan dan kegemaran seluruh dunia. Inilah hebatnya, bila intelektualisme mendasari pemikiran. 

2. Namun di Malaysia, bila emosi dan kekaburan serabut meliputi minda, maka lain yang dilontar atau diungkap, lain pula yang difahamkan. Mr. Bean aka Mahfuz Omar, yang diberi gelaran 'manja' oleh ramai facebookers dan bloggers, tidak semena-mena menyatakan MB Kedah setelah 100 hari pentadbiran beliau konon-kononnya masih menyalahkan anak muda. 

3. Inilah kekalutan 'BLUUR' serata-rata.. apa yang saya ikuti, gerak kerja MB sejak mengangkat sumpah pada 4 Febuari 2016, yang diusahakan beliau ialah menyediakan pelbagai platform kepada anak muda Kedah untuk masa depan yang serba mencabar. Ramai anak muda yang turut serta menyokong dan menikmati inisiatif berpandangan jauh beliau itu.


4. Berbanding Mukhriz, yang dijaganya hanyalah kelompok anak muda kroninya yang beroleh habuan dan 'ufti' dari khazanah Kerajaan Negeri Kedah (kita tak perlu bongkar semuanya, walaupun ada data dan angkanya). 

5. Mukhriz selfie sini sana dan akhirnya, semenjak bekas MB Kedah, Tan sri Osman Aroff menjadi Presiden KFA, Mukhrizlah MB Kedah pertama 'memperkakaskan' harta awam seperti padang bola dan pasukan Hijau Kuning untuk menjadi alat-alat politiknya. Tindakan 'Bluuur' serata-rata. 

6. Walhal peluang kerja untuk anak muda, peluang pendidikan, peluang latihan bagi mahasiswa anak Kedah, usaha menempatkan anak muda Kedah dipentas global dan ruang anak muda mencari makan di Kedah tidak pernah pun difikirkan Mukhriz. Beliau bagaikan 'khayal'..syok sendiri. Mewah dan megah berulang alik dari KL-AOR menaiki jet mewah milik Berjaya Group atau milik abang dan bapaknya. 

7. Nah..bila Ahmad Bashah ditakdirkan Allah menjadi MB Kedah, satu persatu agenda dan ruang bagi anak muda disediakan. Ikutan sorotan berikut: 

  • 7 Mei 2016- Litar Lumba Rakyat dimuktamadkan pembinaanya di SP, pada tahun ini juga(3 tahun Mukhriz Bluur dengan janjinya). 
  • 7 Mei- Inseting pengurusan RM2 ribu setiap persatuan belia yang aktif dan berdaftar dengan Jabatan Belia dan Sukan. 
  • 8 Mei 2016- Program IMAN(Internship Mahasiswa Anak Negeri) dipelopori. Pengambilan pertama seramai 10 orang pelajar cemerlang dari IPT dalam dan luar negeri anak Kedah bermula 1 September 2016 ditempatkan di pejabat MB, SUK, EXCO dan GLC Negeri. 
  • 8 Mei- Insentif dana pentadbiran bagi persatuan Mahasiswa Anak Kedah(RM3ribu setiap persatuan) bagi yang bernaung di bawah ANSAR. 
  • 8 Mei- Dua buah bas diumumkan bagi setiap IPTA Lembah Kelang untuk anak mahasiswa Kedah pulang beraya musim perayaan Aidilfitri. 
  • Padanan Industri Anak Muda Kedah - mempertemukan lulusan TVET (Faham ka Mr. bean Pokok Sena TVET tu apa?) dengan lulusan teknikal dan vokasional Kedah untuk diambil bekerja. Program pertemuan pertama, pada Oktober tahun ini, disusuli kali kedua pada Febuari 2017. Maknanya, jumpa, interview terus diambil kerja. Praktikal dan berkesan.
  • Penubuhan Akademi Bolasepak Dato Ahmad Basri(ADAB) - dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Pusatnya di Kompleks Hijau Kuning. MOU, naiktaraf infra sedang giat dijalankan. Bulan puasa tahun ini sudah boleh dirasmikan, pengambilan pelatih batch pertama selepas raya dari 12 buah daerah di Kedah. 
  • Agenda Anak Muda Kedah digubal - sekteriatnya di bawah Setiausahsa Kerajaan Negeri, menyalur, mengenalpasti kebolehan anak muda untuk ditempatkan dalam bidang yang sesuai. Sudah jadi Dasar Negeri, wahai Mr Bean!
  • SUKDA (Sukan Kedah Darul Aman) - dihidupkan kembali dengan temasya pertama pada bulan Disember 2016. Melibatkan beberapa jenis pertandingan, mengikut peringkat umur, penglibatan dari semua daerah dan setiap pasukan yang diurus oleh Pegawai Daerah, dimestikan akan diwakili oleh masyarakat berbilang kaum.
  • Apa lagi, penubuhan Barakah Volunteer Squad - setiap kawasan Parlimen, terdiri dari kalangan anak muda untuk membantu kerja kemanusiaan, memupuk sikap kesukarelaan. 
  • 17 Mei 2016 - pemberian RM110,000 untuk 11 buah pondok dan RM220,000 untuk pembelian kitab bagi pondok-pondok agama di Kedah. RM1.7 juta disalurkan untuk pelajar asrama Sekolah Agama Rakyat seluruh Kedah bagi meringankan beban ibu bapa. 2 tahun lagi wahai MatPut.. Kedah jadi Hub Maahad Tahfiz dan Pengajian pondok Agama di Malaysia. Patut PAS berjaya buat dah dulu.. Duhai Mr Bean aka Bluur, berapa jumlah diperuntukkan untuk Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat semasa PAS mentadbir Kedah (2008-2013)? Ada angka ka? Yang difahamkan hutang RM330 juta bagi pembinaan KUIN, dengan kos selenggara setahun sahaja RM22 juta, campur hutang beserta bunga faedah berjumlah RM42 juta setahun yang kini terpaksa ditanggung oleh kerajaan pimpinan Ahmad Bashah. 
  • Ada lagi ka untuk anak muda? Ada bro.. 1 Jun 2016 Pusat tuisyen Barakakah Kedah - percuma di 15 kawasan Parlimen untuk pelajar SPM. Ahmad Bashah selaku 'Abah', faham pentingnya pendidikan sebagai alat kemajuan. Pusat tuisyen ini menelan belanja RM800,000 setahun termasuk bayaran elaun guru dan sewa tempat, tapi Ahmad Bashah tak peduli itu semua, sebab baginya pendidikan adalah pelaburan. Maka dia tugaskan GPMS untuk menyelia tuisyen berkenaan. Mahfuz aka Mr Bean kalau ada anak menakan atau anak sendiri yang nak ambil SPM tahun ni, tahun depan dan berikutnya, jangan malu mai hantar.. Diterima tanpa prejudis politik! 

 8. Cukuplah takat tu..nanti kita sambung siri ke-2. Masa Depan Kedah Bermula Hari Ini - itulah yang diamanatkan Ahmad Bashah dalam ucapan rasmi 100 harinya, kerana mahu anak muda Kedah berada di pentas global.. Oops..lupa..Oktober tahun ini, 5 orang anak muda KEDAH batch pertama ditempatkan di MIT, Harvard, Oxford dan Cambridge.. Mr Bean akan Mat Put tau ka universiti tu dimana? Takpalah Mat Put..bawa orang Pokok Sena pi buat tour dulu di UUM.. Barulah dapat gambaran yang dikatakan 'universiti' tu apa dia?

9. Dan sepanjang Bashah jadi MB sehinggalah hari ini..belum pernah terkeluar dari mulut atau kenyataanya yang dia marahkan anak muda.. 'Abah, Bapak, Ayah' tetap sayangkan anak-anaknya.. walau ayah diboo.. dimaki.. dicerca dan dihina...

10. Akhir kalam, jadilah 'MR BEAN' yang berwawasan dan punyai akal fikiran.. Pesan alim ulama, jika berkawan dengan yang cerdik atau penjual minyak wangi, badan kita akan wangi dan otak pasti cerdik. Jika berdamping dengan yang masih 'Bluur'..pendendam, bangsawan yang serba ketidaktahuan..maka kita turut terpalit sama...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

Sunday 22 May 2016

100 HARI:RUPANYA DALAM LENA, AGENDA TERISI, KERJA TERLAKSANA


1. Saya terfikir tentang label yang diberikan pada DS Ahmad Bashah yang dileluconkan dalam FB atau media sosial yang lain mahupun whatsapp group yang mengkritiknya sebagai 'MB Lena'.

2. Jika itu tanggapan pihak terbabit, maka dalam 'lena'nya beliau boleh berbangga.

3. Tanpa perlu disuburkan dengan ‘aura’ atau imej lakonan yang dicipta, semenjak 4 Februari usai mengangkat sumpah, rupanya sudah 53 sentuhan terlaksana dan sedang mengambil tempat untuk diisi.

4. Wow! Not bad. Jika ukuran sekolah politik UMNO selama  35 tahun, dan pengalaman 25 tahun selaku ADUN dijadikan ukuran. Maknanya, politik dinilai dengan produk yang berjaya dihasilkan, bukan retorik berpanjangan, kemudian merengek dan bersandar pula pada kekuatan ‘nama negarawan’.


5. Ahmad Bashah tidak perlu menunggu lama, seminggu setelah mengangkat sumpah, arahan pentadbiran dikeluarkan supaya semua jabatan dan agensi tidak terlalu menitikberatkan aspek formaliti bila mengadakan majlis rasmi. Khidmat kepada rakyat pula perlu dipermudahkan dan berlangsung dalam suasana santai.

6. Seminggu selepas majlis angkat perlantikan EXCO, sistem mengadakan mesyuarat mengikut giliran di setiap daerah pula mengambil tempat. 'Walkabout' terus dilaksana, banyak sentuhan peribadinya tanpa disedari berjaya menyelesaikan isu-isu asas dan kemudahan penting untuk komuniti setempat. Kini secara rutin, setiap Ahad, Ahmad Bashah ber'walkabout' berkelana ke daerah-daerah dengan tujuan mengenal pasti masalah pembangunan yang masih wujud. Energetik sungguh jika mahu dibandingkan dengan usianya.

7. Apabila isu kos sara hidup menghimpit, dengan kejatuhan harga getah mendadak, pada 9 April, BARAKAH dengan tangkas dilancarkan. RM2 juta sumbangan yang memberi manfaat 20,000 ketua keluarga yang kurang bernasib baik dapat diagihkan. Dijangka menjelang 31 Disember 2016 nanti, 100 ribu rakyat marhein sudah dikenal pasti untuk mendapat agihan empat lagi komponen BARAKAH yang dilancarkan.


8. Hari-hari biasa, urusan di pejabat MB sendiri ditekankan dengan amalan merakyatkan khidmat dan mendemokrasikan pentadbiran. Tidak sampai sebulan, hubungan yang agak muram dulunya bersama KCS di waktu kepimpinan terdahulu, sepantas kilat dijernihkan. KCS kini ceria, panggillah bila pun jua, program MB, perancangan dasar realistik, sumbang saranan idea mereka sanggup berikan. Dan menariknya, sudah 4 jawatankuasa panel yang melakukan 'engagement' yang jelas dengan pejabat MB. Inilah kunci muafakat pentadbiran dan apabila penjawat awam saling melengkapi, seia sekata bersama MB. Banyak dasar, implementasi polisi boleh digerakkan bersama.

9. Dalam diam juga, isu terbengkalai sejak 8 tahun berhubung anugerah tanah untuk skuad Lang Merah hasil kejayaan treble 2007-2008, berjaya dirungkai. Menerusi satu mesyuarat mingguan EXCO, sekitar April 2016, keputusan dimuktamadkan dengan anugerah tanah kepada barisan pegawai dan pemain di daerah Pokok Sena. Sekali lagi dalam ‘lenanya’, janji yang gagal dilunas oleh 3 Menteri Besar terdahulu, Ahmad Bashah berjaya mengotakannya.


10. MB sedar, selain tugasnya mengetuai kerajaan negeri, 9 orang anggota EXCO yang mengetuai portfolio masing-masing perlu lebih cergas, memantapkan pentadbiran negeri. Maka 21 Febuari 2016, KPI EXCO diperkenal dan dimantapkan lagi berbanding sebelumnya.

11. Kini, pada setiap Khamis dalam setiap minggu, diwujudkan pula di semua jabatan 'Hari Bertemu Pelanggan'. MB dan barisan pegawai tinggi kerajaan negeri secara khusus bersedia untuk menerima apa jua permohonan, rungutan rakyat tanpa perlu temujanji atau syarat yang menyusahkan. Mudah, bukan? Simple, kasual dan membolehkan masyarakat tidak segan silu untuk mengunjungi premis utama pejabat kerajaan.

12. Sekali lagi dalam diam, malah kalau anda mahu menyatakan Ahmad Bashah terus dalam igauan 'lena', tiba-tiba IMAN (Internship Mahasiswa AnakNegeri) dirasmikan pada 8 Mei 2016 yang lalu. Mahasiswa anak Kedah yang berpotensi diberi peluang untuk diberi latihan pengurusan di pejabat SUK, pejabat MB sendiri dan seluruh anak syarikat Kerajaan Negeri selama setahun. Bagi yang cemerlang, berbakat, selesai menjalani latihan mereka diserap ke dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri (KCS) ataupun di tempat strategik. Inilah pelan jangka panjang seorang ‘Abah’ untuk anak-anaknya kerana beliau sedar ‘MASA DEPAN KEDAH BERMULA HARI INI’.


13. 'Wow' sekali lagi, apabila tahun ini mencatat sejarah, kerana 5 orang pelajar cemerlang anak Kedah, diusahakan untuk mendapat tempat di Harvard, Oxford, Cambridge, Princeton, Yale dan MIT. Jauh betul visi Ahmad Bashah, sekali lagi bukan kosmetik atau selfie retorik. Walaupun beliau sering dihina kerana hanya memiliki MCE (SPM), namun jelas fikiran beliau setajam graduan universiti tersohor dunia. Ia sekaligus membuktikan tidak guna jika berkelulusan universiti luar negara jika hanya gemar 'berselfie' sahaja mengejar populariti sahaja.

14. Ahmad Bashah terus merenung dari sisi yang lain. Setelah dicongak, dihitung jumlah pondok dan Maahad Tahfiz di Kedah, rupanya 70 buah lebih jumlahnya. Nah! Pada 17 Mei yang lalu, setiap pondok diagihkan RM10,000, biaya membeli kitab pengajian RM20 ribu setiap pondok diperuntukkan. Lebih mengharukan RM1.7 juta diberikan untuk biaya anak-anak generasi ini yang berada di Sekolah Agama Rakyat, buat mengurangkan beban ibu bapa. Tak semena-mena, di Pondok Pak Ya, pada tarikh yang sama, elaun khas untuk para Hafiz dan hafizah diumumkan terutama pada golongan Huffaz yang menabur bakti di Kedah. Bonus tambahan, bila Kedah diumumkan selaku HAB MAAHAD TAHFIZ DAN PENGAJIAN AGAMA DI MALAYSIA.


15. Bukan sekadar diumum, jawatankuasa kerja dan pelaksana ditubuhkan dua hari kemudiannya dengan dipengerusikan PENGARAH JAIK, Mudir Pondok dan muafakat bersama panel pakar ilmuan Islam. Rupanya kini, pengisian, kurikulum, keperluan selain aspek penting untuk menjadikan usaha itu sebagai satu realiti sedang disiapkan. Pantas dan tangkas gerakan MB, walau terus diwajahkan dengan wajah yang 'lena'.

16. Keperluan duniawi tidak ditinggalkan sama sekali walau ukhrawi dititikberatkan, menyedari dunia adalah jambatan ke akhirat. Rungutan jalan berlubang, berlopak, tidak di tar, pada 2 Mei 2016. Sepanjang 13,323 km jalanraya di seluruh negeri dinaik taraf, melibatkan biaya RM170 juta dan sekaligus 600 orang kontraktor Bumiputera kelas G1 yang selama 2 tahun yang lalu dahagakan kerja tiba-tiba mendapat rezeki dan laba.


17. Lebih manis, impian sejak 1990 untuk diadakan satu akademi bola sepak sempena nama BAPA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MODEN KEDAH, Allahyarham Dato' Ahmad Basri, dengan memori Ahmad Bashah yang masih utuh bersama arwah, tiba-tiba 18 MEI lalu berjaya dipenuhi penubuhannya. Rangka kerja ke arah itu sedang digandakan pencapaiannya. Untungnya, KBS dan program Pembangunan Bola Sepak Negara turut memberi kerjasama. Jangan terkejut jika dua minggu dari sekarang MOU antara KFA dan NFDP dimuktamadkan, jangan pula ternganga jika Ramon Marcote menjadi ketua jurulatih ADAB (Akademi Dato' Ahmad Basri) selain menggunakan pembantu pencari bakat dari kalangan bekas pemain skuad Hijau Kuning yang pernah berjasa.

18. Banyak rupanya. Walaupun baru melepasi 100 hari pentadbiran Ahmad Bashah. Sebenarnya, banyak agenda telah diisi, kerja dibuat, tanpa mahu menzahirkan rasa bongkak. Cukuplah sekadar coretan pendek ini berbicara. Cuma secara sinikal saya sekadar mahu berkata, “RUPANYA DALAM LENA SUDAH BANYAK AGENDA TERLAKSANA’.


19. Jangan lupa pada hujung tahun ini, LITAR LUMBA RAKYAT yang 'dipekasamkan' selama 3 tahun oleh 'pemimpin muda' yang dikatakan kuat auranya, di Sungai Petani telah dimuktamadkan pembinaannya. Dijangka pada hujung tahun ini siaplah litar tersebut.

20. Apalagi? Tunggu esok 22 Mei 2016, Amanat 100 hari..banyak yang sedang diisi, dan banyak lagi program sedang menanti. Semuanya untuk rakyat, program mudah dilaksana, cepat dirasa.

21. Terima kasih ‘ABAH’. Tanpa perlu aura, atau berbinkan 'negarawan', ABAH boleh melakukannya. Alhamdulilah.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

Wednesday 11 May 2016

70 TAHUN CABARAN MEMBADAI, PRINSIP TAK MUDAH TERGADAI


1. Sejak ditubuhkan pada 1946 hingga ke hari ini, siapa pun tidak mampu menafikan jasa UMNO. Dari hanya beberapa juta rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan hingga kini kira-kira 31 juta rakyat Malaysia pasti pernah merasa nikmat perjuangan yang diberikannya. Sejak lahir hinggalah ke liang lahad.

2. Walau ditohmah dan dibadai fitnah pihak tertentu, kerja untuk negara  tetap diteruskan, khidmat untuk rakyat tetap diperkukuhkan. Jerih payah pengorbanannya tanpa kenal jemu, pagi dan petang, siang dan malam, tanpa mengenal lelah.

3. Sebagai parti politik tonggak yang sejak merdekanya mentadbir negara, maka tentunya UMNO dicemburui musuh politiknya. Lantaran itu, usaha berterusan dikomplotkan untuk rebahkan UMNO, dengan apa cara pun jua. Hingga matlamat menghalalkan cara pun diredahnya untuk mengejar kuasa dari UMNO.


4. Teguh dan uniknya UMNO, kerana dek kepelbagaian, struktur organisasi yang lengkap dari peringkat Pusat hinggalah ke Cawangan-Cawangannya yang mantap, UMNO tetap utuh dan kekal diyakini rakyat di negara kita.

5. Proses dalam UMNO juga dinamik biarpun segelintir yang kecewa mendakwa kononnya demokrasi sudah 'mati'. Lantas mereka sanggup mula bersekongkol dengan musuh bangsa dan agama. DAP yang dulunya 'diludah' mereka, kini dalam dakapan mesra.

6. Sepanjang sejarah dasar perjuangan UMNO, parti keramat bangsa ini juga konsisten mengamalkan dasar-dasar parti seperti mana yang termaktub di dalam Artikel 3, Perlembagaan UMNO. Bezanya hanya cara pelaksanaan dan penambah baikan mengikut kesesuaian peredaran zaman.
.
7. Kini di era Najib Razak, cabaran membadai kian bertali arus terhadap UMNO. Apatah lagi era ini, dianggar seramai 20 juta pelayar internet dan 41% darinya memiliki akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.


8. Segala isu begitu mudah diviralkan. Gambar-gambar diedit, disuper impose kian bertebaran di media maya oleh pihak tertentu hanya kerana mahu wujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat. Tujuan mutlak mereka hanya satu, menjatuhkan UMNO dari teraju kuasa. Bila UMNO sudah hilang kuasa, maka mudahlah mereka bermaharajalela berbuat apa sahaja yang mereka suka.

9. Empat teras kepentingan kita yang ingin mereka ganggu gugat, Islam, kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu, dan menidakkan kedaulatan Raja-Raja bukan lagi rahsia. Empat perkara itulah tiang seri kekuatan bangsa Melayu. Hatta Perlembagaan Persekutuan pun disyaratkan untuk memelihara keempat perkara itu ketika negara ini terbentuk.

10. Apabila keempat-empat tonggak penubuhan negara itu berjaya diruntuhkan satu persatu, maka mudahlah agenda mereka memecah belah, direkayasa. Natijahnya, kekallah sepsis Melayu sebagai produk pameran pelancongan di muzium seperti puak Read Indian di benua Amerika.

11. Namun, Allah itu terbukti Maha Kuasa. Kesedaran ahli-ahli, dokongan penjawat awam, alim ulama, dan doa golongan yang soleh masih menyebelahi UMNO. Kita bangkit menongkah unsur yang mampu merosakkan segala yang terbina selama ini.

12. Hakikatnya, walaupun cuba dinafikan musuh-musuh politik, hati kecil mereka pasti mengakui bahawa UMNO adalah penentu kestabilan negara hingga ke hari ini. Track record UMNO mentadbir kerajaan, tiada sesiapa pun mampu nafi. UMNOlah yang memacu ekonomi dan memupuk sikap harmonis antara kaum dan etnik, sedangkan musuhnya sering cuba mencemar usaha tersebut.


13. Itulah UMNO yang kini berusia 70 tahun. Walau dinista dan ditabur dengan tanggapan negatif berfaktakan kepalsuan, Allah SWT tetap memelihara dan mengamanahkan kuasa padanya. Tidak perlu diletak perkataan 'Islam' atau 'amanah' pada namanya, namun dasarnya begitu Islamik dan komited melaksanakan amanah yang dipikul.

14. Terbukti sudah. 70 tahun, biar cabaran membadai menerjah ke pantai, namun prinsip perjuangan UMNO sukar digoyah dan tidak mungkin tergadai. Itulah jati diri pejuang-pejuang UMNO tulen. Tidak seperti mereka yang hanya mementingkan diri mengejar kuasa, tapi tiada rasa malu untuk mengaku kononnya 'sayangkan parti'.

15. 70 tahun membenih jasa, menabur khidmat untuk semua. Cukup matang dan berpengalaman untuk terus memberi khidmat kepada agama, nusa dan bangsa. Zaman terus beredar, pemimpin bersilih ganti, UMNO tetap teguh di bawah rahmat Allah SWT.

16. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE-70. Hidup Islam..! Hidup Melayu..! Hidup UMNO..! Dirgahayu parti perjuangan ku...

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar

Sunday 8 May 2016

TERLAJAK TAJA: BERSEDIAKAH ALIFF HILANG RM100 JUTA?


1. Saya tertarik sangat dengan tawaran RM100 juta yang ditawarkan Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, kepada sesiapa saja yang dapat membuktikan beliau menagih tanah Kedah untuk kepentingan diri dan syarikatnya. Bukanlah bermata duitan, namun beliau perlu hati-hati dengan tawaran tersebut. Bimbang juga jika ada yang bisa membuktikannya.

2. Satu sen pun belum KFA terima, tapi D'Herbs dan Aliff Syukri sudah dapat publisiti percuma. Mulanya dulu katanya 'tanpa syarat'. Kemudian tidak jadi taja, kononnya kerana Kedah bertukar MB. Tapi kemudiannya 3 pertemuan diadakan dengan KFA berbincang tentang terma tajaan.

3. Saya difahamkan KFA tidak pernah menawarkan sebarang projek usahasama yang tiada kaitan dengan bola sepak Kedah dengan pihak D'Herbs. Namun Aliff Syukri dalam sidang media baru-baru ini mendakwa beliau ditawar membangunkan sebidang tanah.



4. Kenyataan itu membuat saya tertanya, siapa yang tawarkan tanah tersebut pada Aliff Syukri. Yang pastinya bukan KFA kerana bidang tanah itu bukan milik KFA.  Aliff Syukri perlu tanya soalan tersebut pada dirinya sendiri dan jawab seikhlas hati.

5. Jika dikatakan ia ditawar oleh wakil atau syarikat perunding yang mewakili KFA, tapi tanpa pengetahuan pihak KFA sendiri, maka mungkin Aliff Syukri telah tertipu oleh pihak tertentu. KFA tidak pernah tawar tanah atau projek di luar bidang kuasanya.

6. Apa motif Aliff Syukri sebenarnya dengan mendakwa MB Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menipu, memalukan dan memfitnah dirinya? Kerana isu tanah yang dicadang untuk projek usahasama itu?

7. Adalah menjadi tanggungjawab Ahmad Bashah selaku MB untuk melindungi kepentingan negeri Kedah dari dimanipulasi pihak tertentu. Pihak tertentu itu tidak semestinya Aliff Syukri, namun mungkin pihak lain yang cuba mengambil kesempatan.

8. Pendapat saya, jika Aliff Syukri mahu melabur dalam sektor hartanah, property development atau perniagaan strategik, adalah lebih wajar beliau bawa proposal itu kepada Kerajaan Negeri Kedah atau Exco berkaitan. Tapi bukan kepada KFA.

9. Namun jika Aliff Syukri benar-benar berhasrat untuk membangunkan bola sepak Kedah, maka mungkin boleh dicadangkan kepada KFA tentang proposal dan perancangan strategik seperti perencanaan pembangunan bola sepak JDT. Ia tidak membabitkan tentang tanah milik kerajaan negeri atau GLC Kedah, dan ia perlu berkait dengan soal bola saja.

10. Saya yakin, KFA boleh penuhi syarat D'Herbs jika syarat tajaannya sama standard termanya seperti Standard Chartered menaja Liverpool. Sangat gentleman dan benar-benar dalam situasi 'menang-menang'. Publisiti pun dapat, Liverpool pun puas hati. Khabarnya tidak banyak jumlah Liverpool ditaja, cuma £30 juta pound sterling sahaja.

11. Sebelum ini saya pernah melihat beberapa bentuk iklan D'Herbs yang dikatakan 'terlajak melampau' paparan promosinya. Saya bimbang juga iklan-iklan 'terlajak melampau' sebegitu akan memenuhi ibu negeri dan semua daerah di negeri kami.

12. Khabarnya mahukan bilik VIP khas mengadap padang, suite DiRaja? Bagaikan setaraf dengan Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan pula? Siapa yang cadangkan pada Aliff Syukri untuk meminta sesuatu yang 'terlajak melampau' sebegitu?

13. Selaku die hard fan Liverpool, belum pernah lagi seumur hidup saya mendengar Ian Rush atau Kenny Daglish jerit perkataan 'Carlsberg' setiap kali menjaringkan gol untuk Liverpool. Hazard pula tidak pernah jerit 'Samsung' setiap kali jaringkan gol. Cuma tulisan Standard Chartered dan Samsung terpampang di jersi mereka ketika meraikan gol menerusi lensa siaran langsung. Itulah etika tajaan sebenar.

14. Saya difahamkan DHerbs mahukan pengecualian cukai 100% dari jumlah tajaan? Teori dasar fiskal dari manakah idea ini diperolehi? KFA boleh luluskan pengecualian cukai? Jawatan Ahmad Bashah dalam urusan ini adalah sebagai Presiden KFA dan bukan MB Kedah. DHerbs perlu tahu perbezaan kuasa bagi kedua jawatan tersebut walau disandang oleh pemimpin yang sama.

15. Saya melihat syarat-syarat 'terlampau' dari Abang Terlajak Laris seperti yang disebut umum itu adalah suatu yang bersifat 'terlajak taja'. Begitu juga dengan tawaran RM100 juta itu, bagaikan 'terlajak tawar'. Mungkin itulah jadinya bila serba-serbinya 'terlajak'.

16. Berdasarkan beberapa syarat yang Aliff Syukri sendiri dedahkan dan beberapa fakta benar yang saya ketahui, tindakan KFA adalah tepat untuk menolak 49 syarat cadangan yang dikemukakan Dherbs secara keseluruhan.

17. Kadang-kadang, kita harus akui wang itu bukanlah segala-galanya. Ia tidak dapat membeli kepentingan rakyat Kedah. 'Manipulasi' pula perlu dikekang dari mengancam kepentingan rakyat dari tergadai demi kepentingan pihak tertentu.Berbeza pula dengan Aliff saya kira, pertimbangan beliau adalah wang, Difahamkan ketika segala sidang media yg dibuat oleh pihak dherbs tentang isu tajaan ini jualan produknya telah meningkat berkali ganda Inilah strategi dan agendanya!!! 

18. Saya positif mengatakan mungkin Aliff Syukri telah dimanipulasi pihak tertentu yang kemudian menjadikan Ahmad Bashah sebagai mangsa keadaan bagi mereka yang teruja dengan kehadiran Abang Terlajak Laris di Stadium Darul Aman.

19. Namun begitu, semua pihak juga perlu sedar bahawa kepentingan negeri Kedah adalah menjadi keutamaan Ahmad Bashah yang perlu dipelihara sebagai amanah yang wajib dijunjung. Itulah ertinya tanggungjawab. Bukan sekadar setuju tandatangan sahaja, tapi tergamak menggadai kepentingan rakyat untuk keuntungan berat sebelah yang merugikan negeri.

20. Saya sedar bahawa Ahmad Bashah ditohmah begitu hebat sekali tentang isu ini. Namun saya yakin bahawa beliau akan lebih teruk dikutuk dan dihentam jika KFA bersetuju dengan 49 syarat 'pelik' yang dikemukakan itu.


21. Buat Aliff Syukri, buang yang keruh, ambillah yang jernih. Berlapang dada dan cubalah bermuhasabah. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jika benar ikhlas, saya yakin Allah akan buka jalan seluasnya buat Aliff Syukri untuk berbakti di negeri kami. Harapnya, biarlah berpadanan dan tidak lagi 'terlajak' seperti sebelum ini.

22. Buat masa ini, anggap saja kita 'tiada jodoh'. Namun jika berhajat, masuklah 'meminang' dengan 'adab dan adat' yang betul. InshaAllah, segalanya akan dipermudahkan.

Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
AJK Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar